Thursday, December 19, 2019

Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak

December 19, 2019



Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020. Untuk Irine sendiri sebagai salah seorang ibu, ambil perkara ni sebagai sesuatu yang positive secara tak langsung nak menjamin keselamatan anak-anak dalam kereta ketika kami bergerak ke mana-mana menuju ke suatu destinasi. 

Bagi Irine sendiri, anak-anak ni adalah satu amanah dan tanggungjawab dalam kehidupan kami sekeluarga.  Mungkin orang luar tak pernah bayang macam mana laa kan keadaan kami yang mempunyai 4 orang yang masih kecil (6 tahun, 4 tahun, 3 tahun dan 1 tahun) ketika masuk sahaja dalam kereta, apa yang anak-anak akan lakukan.Behave kah mereka? atau masing-masing sedang memanjat? Melompat kah? Tak geti duduk diam kah? Menuju ke seat penumpang depan kah? Tergolek-golek dekat belakang kah? 

Herm...itulah yang terjadi dalam keluarga Irine sendiri sebelum Irine dan suami wajibkan pemasangan carseat terhadap anak-anak. Pernah situasi kami nak balik kampung dari Shah Alam ke Perlis yang memakan masa 7-8 jam, sebabkan takde carseat, anak dengan selamba nya nak duduk berkepit jugak dengan ayah dia sambil drive ke arah utara. Betapa bahaya dan risikonya perbuatan macamtu. Ini antara salah satu usaha dan inisiatif Irine dan suami untuk elakkan apa-apa yang tak diingini terjadi pada anak-anak. 

Yang Irine ni pula, memang akan sentiasa pangku dan ribakan anak dengan Irine di seat penumpang depan. Selain dari bahaya kalau apa-apa terjadi, Irine sendiri sentiasa mengadu dekat suami tak larat sakit-sakit badan nak riba anak dekat seat depan. Suami pun tak boleh nak buat apa. Rupanya jalan penyelesaian semua ni adalah dengan disiplinkan anak dengan duduk di carseat masing-masing. Cara ni secara tak langsung dapat melatih anak untuk menjadi lebih berdisiplin dan berdikari.


Soalan yang ramai yang bertanyakan pada Irine, 

"kalau dah pasang carseat 4 bijik dalam kereta, Irine duduk mana?"

Irine ni penduduk tak tetap.haha. Boleh jadi duduk depan, boleh jadi duduk dekat belakang dengan anak-anak. Jujurnya Irine lebih suka duduk belakang dengan anak-anak sebab boleh perhatikan keempat-empat anak Irine. Seronok sangat sebab time ni lah Irine boleh borak-borak dengan anak-anak. Anak-anak pun memang kejap cerita tu lah, kejap cerita ni lah. Ada je benda nak mengadu. Bonding time la kiranya. Suami pun dapat focus bila nak bawak kereta, takde sape nak ganggu. Kalau dulu? Huhhhh....*mengeluh kesal*

Sebenarnya bila Irine teman diorang dekat belakang, waktu-waktu ni dalam tempoh nak pastikan mereka dalam situasi bertenang duduk dalam carseat. Agak-agak semua dah ok dan sampai 4-4 dah tertidur dalam carseat, barulah Irine akan berpindah ke seat depan teman husband. Perasaan yang tak dapat kami nak describekan bila pergi mana-mana, keempat-empat anak sedang nyenyak tidur dalam carseat masing-masing, ibu ayah dapat dating dekat depan tanpa sebarang kewujudan orang ketiga. kihkih. 


Keadaan kami dalam kereta. Full House! hihihi. 
Kalau ikutkan manual book, inshaAllah paling max pun boleh lagi pasang 2 carseat. Total 6 buah carseat dlm ni.Tapi tuh in future punya cerita lah.haha. Takde niat untuk menambah anak lagi pada waktu sekarang.haha. 


Untuk carseat ni Irine lebih prefer walk in terus ke kedai untuk lebih faham tentang cara nak install dalam kereta. Jujurnya Irine kalau bab-bab nak pasang carseat ni, Irine lah paling cerewet. Sebab kena teliti betul-betul. Beza dengan dulu. Dulu mana ada check sangat harness kena kemas, berbelit ke tak, longgar ke tak, shoulder belt betul ke tak dengan paras bahu anak,adjust headrest, kedudukan lapbelt, eh macam-macam lah. Ibu bab-bab macamni akan minta ayah yang akan ajarkan dekat ibu. Memang dia ajar banyak kali. Then ibu applykan, lama-lama pandai. 



Ok Irine senaraikan dulu jenis carseat yang Irine guna ya? Kot-kot ada yang nak refer dan survey untuk anak-anak. 

1st : Kak Nina (umur 6 tahun)
Model name - Joie Trillo LX Ember - jenis booster
Usage - From 15kg - 36kg


2nd & 3rd : Hasya & Umar guna sama model (umur 4 tahun & 3 tahun)
Model name - Joie Verso Ember 
Usage - From Newborn - 36kg 
(newborn until 18kg need to rear facing, then forward facing change to booster mode)


4th : Baby Hud
Model name - Joie i-Spin 360 Merlot 
Usage - From Newborn - 18kg 

  Keempat-empat carseat Irine pilih Joie. Anak-anak pun selesa dengan carseat jenis ni and masa awal-awal fitting pun anak-anak happy.hehe.


Untuk seat kedua, Irine letak Umar dengan baby Hud. Seat tengah tu Irine lipatkan boleh letak apa-apa barang. Kalau kitorang rajin, seat tengah tu kitorang cabutkan je letak dekat rumah. So tengah-tengah ni jadi laluan la untuk mundar mandir. Kalau seat lipat, Irine ni panjat je lah nak keluar atau pegi ke depan.haha. 


View Irine dari belakang boleh pandang kesemua anak-anak Irine.hehe. 


Hasya seat belakang sekali dengan Kak Nina. Hasya guna model jenis sama macam Umar 
Model name - Joie Verso Ember. 
(Boleh rear facing until 18kg)

Hasya memang sentiasa dengan spect dia.haha. Dia memang all the time kalau nak keluar pergi mana-mana setia dengan spect dia.hehe. Satu sebab dia tak suka panas, satu lagi sebab dia MALU TAKNAK PANDANG ORANG.haha.


Hasya dengan Umar, Irine masih guna posisi REAR FACING. Untuk carseat model jenis ni, boleh guna rear facing sampai berat 18kg. Both of them belum cecah 18kg lagi. Bila Irine buat research, kedudukan rear facing adalah lagi selamat berbanding forword facing. Baby Hud pun Irine akan letak dalam keadaan rear facing sampai 18kg. Sebab tu Irine pilih car seat Joie sebab dia boleh rear facing sampai 18kg. 


Soalan paling famous dari kalangan kawan-kawan :-

"Tak sakit ke kaki Hasya dengan Umar kena hadap macamtu? Kesiannya tengokkk"

Secara jujurnya, diorang tak pernah complain pun kaki diorang lenguh sebab lagi selesa duduk dalam keadaan rear facing. Kalau forword facing lagilahhhh lenguh kaki sebab kaki akan tergantung dan terjuntai. Setakat harini Alhamdulillah anak-anak suka sangat dalam keadaan macam ni. Irine pun lega sebab mereka semua buckle up dalam car seat masing-masing. 


"Dalam 4-4 anak ni, siapa yang paling "ber" drama setiap kali nak masuk car seat?"

Irine boleh katakan Hasya dengan Umar yang akan ambil masa sikit untuk masuk car seat. haha.Diorang ni memang akal sama, yelahh beza umur pun tak jauh, sorang 4 tahun, sorang lagi tu 3 tahun. Umar ni dia selalu reka-reka cerita yang dia ada "darah". Darah apa pun tak tau. Konon-konon macam kaki dia darah la, tak pun tangan. Sengaja je create something sebab apa? sebab nak lepas dari car seat. Nak suruh ayah ibu lepaskan dia.haha. See? Bijak-bijak. Tapi kami tak terpedaya pun, tau tipu helah dia.heheh. 


Tapi kejap tu je mulut dia bising, lama-lama tu dia tidur dengan penuh nyenyaknya. 
Ibu suka tengok view macamni. Lagi-lagi kalau Umar yang tidur.haha. Senyap satu kereta.kihkih.


Ni view ibu kalau ibu duduk depan. Umar tengah tidur masa ni.


Ini pula baby Hud. Baby Hud Alhamdulillah paling takde masalah duduk car seat dia. Memang empuk sangat car seat Joie dia ni. Kalau lah ibu bersize kecil, dah lama ibu nak duduk car seat jugak. Hud punya car seat ni boleh pusing 360. Memang mudah sangat nak handle. Hud kalau setiap kali naik kereta memang dia akan tidur. Jarang la dia buat masalah. Senyap jeee dok belakang. 


Kadang tak sampai hati nak angkat dia dari car seat. Lena sangat dia tidur. Syukur sangat sebab ibu tak perlu pun nak riba anak duduk dekat depan dengan ibu. Ibu pun boleh berehat duduk dekat depan.  Kalau anak-anak sebelum ni masa diorang baby mesti irine riba. Kalau la ibu boleh undur balik masa........Jadi pesanan Irine untuk pembaca blog Irine, pakaikanlah anak dengan car seat ya. InshaAllah bukan anak-anak je selesa, parents pun akan selesa. 




Baby Hud 100%  behave! 

Tips yang Irine boleh kongsi serba sedikit bagi parents yang nak pakaikan car seat untuk anak :-

  • SABAR LAH! Sabar la dengan kerenah anak-anak. Semua ni proses makan masa juga untuk diorang lebih faham yang diorang perlu duduk dan buckle up dalam car seat masing-masing. 


  • Rajin-rajin kan lah berhenti di mana-mana perhentian. Kita pun kalau duduk dalam kereta lama-lama pun bontot rasa kematu kan? Inikan pulak budak-budak. Jadi bila kita berhenti mana-mana, bawak keluar anak-anak dan bagi diorang regangkan badan. relax-relax kan badan. Dah ok semua, dah tenang, baru  mulakan balik perjalanan. 

  • Pastikan anak-anak kenyang makan dan kenyang susu. Anak-anak meragam dalam car seat selalunya sebab lapar. Ni untuk anak Irine lah.haha. Diorang akan senyap bila perut kenyang je ataupun kalau ada makanan depan mata. Dah kenyang, tidur la masing-masing dengan selesa.Untuk baby yang masih breastfeed, boleh berhenti dekat mana-mana untuk susukan dulu. Dah kenyang atau tidur, boleh sambung semula perjalanan.

  • Boleh juga bagi apa-apa soft toys (yang tak tajam yer) untuk anak lali-lali main atau peluk.Untuk Kak Nina, Irine bagi dia buku cerita. 

  • Kemudian jangan lupa sentiasa check suhu aircond dalam kereta. Boleh jadi anak tak selesa dalam carseat disebabkan aircond terlalu sejuk atau panas. Macam anak-anak ibu yang dah besar tu, kalau dah lama sikit berjalan dalam kereta diorang mengadu sejuk suruh tutup lubang aircond/slowkan👍🏻 Kalau yg baby x pandai mengadu lagi tu, boleh pantau aircond berfungsi dgn baik or tak. 


Bila dikenang-kenang semula, bukan mudah untuk sampai ke tahap sekarang ni. Anak pertama Irine akui memang beli carseat, tapi tak pakaikan betul-betul. Orang kata tak istiqomahhh. Last-last jual semula carseat as pre loved. Anak kedua, ketiga pun sama. Beli tapi pakai sekejap then pre loved. Mungkin sebab takde sokongan betul-betul. Bab-bab barang keperluan baby ni, memang Irine yang akan lebih uruskan juga titik beratkan. 

Eh eh tau-tau je dah sampai kotak besar carseat dekat rumah. Husband pulak terpinga-pinga apa lah yang wife dia belikan ni. Carseat dah jenis elok, tapi cara pemasangan, kedudukan anak semua tak berapa betul. Orang kata knowledge tu kurang la. Pernah jugak pasang carseat dekat seat depan tempat penumpang and dulu tak tau pun sebenarnya cara tu salah sebab ada airbag, bahaya kalau jadi apa-apa airbag boleh hentam carseat. 

Pemasangan carseat ni kena both husband and wife support each other. Dia tak boleh salah sorang je setuju. Selalunya wife lah yang akan kumpul info dan terangkan pada husband kepentingan carseat ni. Dan paling penting, hati kena betul-betul kental. Biarlah anak tu bising, mengamuk, merengek macam mana pun, tu fasa permulaaan je. Kalau anda pernah terdetik berkata "anak saya tak boleh duduk carseat, dia mengamuk, melalak tak henti-henti, sampai muntah-muntah menangis".

Bayangkan kami hadap 4 jenis ragam anak yang berbeza. Hehe. Semua tragedi menangis sampai muntah-muntah, sampai tersedu sedan, bingit satu kereta, semua kami dah hadapi dulu. Jangan cakap tak boleh nak hadap, tapi kena paksa diri HADAP situasi ni juga sebab kita akan rasa susah pada awal sahaja, lama-lama diri sendiri akan rasa lega sebab anak dah terbiasa dengan pemakaian carseat dalam kereta. 


But now Alhamdulillah😀 

Biarlah orang cakap ibu garang macam singa sekalipun, janji anak-anak duduk dekat carseat masing-masing setiap kali nak bergerak ke mana-mana. 

Ibu tak mampu nak tengok situasi anak-anak dalam kereta terhuyung-hayang without carseat. Tanggungjawab yang diamanahkan. 

Sampaikan setiap kali nak naik kereta, ada satu perasaan “excited” dalam diri ni nak buckle up anak-anak walaupun tau ianya akan ambil masa sikit. Lagi-lagi 4 orang kena buckle up sorang-sorang. Belum gerak perjalanan lagi, dah lencun baju and berpeluh tau. Hehe.

Last but not least, bagi Irine dan suami, car seat ni ibarat investment untuk kami berdua terhadap anak-anak. Salah satu usaha dan ikhtiar kami untuk pastikan anak-anak selamat ketika berada dalam kereta. Iya betul, malang tidak berbau, tapi tindakan kita dituntut untuk berusaha, selebihnya urusan Allah. InshaAllah satu kesedaran untuk Irine jugak untuk anak yang seterusnya akan praktikkan car seat start daripada lahir keluar-keluar hospital.

Ok lah InshaAllah kalau ada apa-apa perkongsian lagi, Irine akan story kan dekat blog k? 

Enjoy Your Reading !


Tuesday, December 17, 2019

Senarai Keperluan Sekolah Buat Anak Darjah 1

December 17, 2019



Assalamualaikum & hye!

Rasa nervous pulak anak sulung tahun depan nak masuk darjah 1. Irine yakin mana-mana mak pun akan alami perasaan sama. Sedangkan anak masuk tadika pun berambu ayaq mata meleleh. Eleh mengaku je lah.haha. Sebab yang cakap ni pun macamtu jugak dulu.hehe

Ok back to topic, nak masuk sekolah darjah 1 dah tentu-tentu lah nak kena sediakan macam-macam keperluan untuk anak. Bukan dari segi perkara-perkara utama seperti yuran sekolah dan buku sekolah tapi keperluan yang kecik-kecik tu pun kena prepare siap-siap.

Cadangan Irine, beli lah keperluan itu semua sikit-sikit. At least takdelah kita sebagai ibu bapa rasa terbeban sangat kan? Itu baru anak sorang, tak masuk lagi adik beradik lain yang sekolah jugak.hehe. Tapi apa-apa pun kita focus kan dulu pada keperluan utama.


Harini setelkan part stationary. Beli stock sedozen siap-siap. Maklumlah, awal-awal masuk sekolah nanti ada laa adegan barang yang hilang, ada barang yang tertukar lah ape lah.  Bab-bab macamni boleh borong dekat Mydin ataupun kedai Eco. Kedai yang mur-mur dan boleh beli stock. Antara kedai yang korang boleh masukkan dalam list untuk setelkan keperluan anak-anak adalah :-

  • Mydin
  • Kedai Eco Rm2
  • Kedai Pakaian Hari-Hari


Tiga kedai ni saling berkaitan. Ikutlah masing-masing k? Tapi 3 ni antara kedai yang wajib buat sesi lawatan. Tepuk dada tanya selera. Kalau nak kedai mahal boleh, nak kedai yang biasa-biasa pun boleh tapi kualiti kain pun jenis elok punya tau. Bukan biashe-biashe.

Bab keperluan pakaian sekolah Irine takkan sentuh sebab untuk Kak Nina dia tak masuk sekolah kebangsaan and tak pakai baju sekolah color putih. Jadi nak tulis dalam blog ni pun takde pengalaman nak membeli kan sebab keperluan baju sekolah Kak Nina dan tudung semua dah beli siap-siap dekat sekolah dia nanti. Termasuklah dengan sekolah akan providekan jubah untuk kegunaan setiap hari Jumaat. Kak Nina kami masukkan ke Sekolah rendah Agama Tahfiz. Sekolah ni dah include sekali dengan sekolah waktu petang KAFA. Start pukul 8 pagi sampailah pukul 5.30pm. Kiranya full day lah dari pagi sampai petang. Mandi,makan, rehat/tidur semua dekat sekolah.


Irine mulakan dulu dengan keperluan alat tulis. Untuk keperluan alat tulis ni Irine sediakan storage box khas untuk simpan semua stock. Buh semua dalam ni, risau kalau adik-adik dia nampak dan jadi isu lain pulak nanti. Sebelum terjadi adegan ibu bertukar singa, baik lah ibu bertindak siap-siap macamni.hehe.

A) ALAT TULIS

✅Pensil Kayu 2B
-Irine beli sedozen siap-siap. Ikut la masing-masing k? Yang ni irine tulis untuk Irine sendiri. 

✅Pemadam
- Pemadam ni beli sedozen juga. Pemadam ni kalau tak jatuh bawah meja dan ghaib serta merta takkan sah. Sedangkan dalam rumah pun boleh tersesat pemadam, inikan pulak dekat sekolah.

✅Pengasah (orang kampung panggil pengorek,muahahha)
-pengasah pensil ni beli je lah berapa-berapa pun. 

✅Pembaris
-Ibu beli yang murah-murah je, tapi beli sedozen jugak. Alang-alang nampak depan mata dekat kedai borong Mydin, ibu belikan je terus.

✅Gunting
-Gunting ibu beli 5 pcs size comel-comel je. Tak perlu gunting yang besar-besar. 

✅Gam
-Ibu beli beberapa jenis gam. Satu jenis gam biasa tu dan satu lagi jenis stick. Ni pun ibu beli sedozen.haha. Dah macam nak hidu gam pulak.

✅Pensil color
-Ibu beli 5 kotak size kecik-kecik 12 batang. 

✅ Pencil box
-Ibu recycle je pencil box daripada tadika anak. Lagipun elok lagi and berlambak-lambat dekat rumah mengikut musim cartoon yang viral (Frozen, My little Poney, dan lain-lain.) huhu. Benda-benda macamni diriku berjimat sikit sebab nak beli untuk kakak, kena beli untuk adik-adik dia jugak.hehe.

✅File color-color 
-file color-color ni beli dekat Mydin je. Beli yang jenis berzip dan lutsinar boleh nampak luar file tapi berwarna. Tujuan dia Irine beli sebab nak buat cara simpan buku mengikut sistem file.Setiap satu subjeck satu file dan setiap tu mengikut warna file berlainan. Benda ni bukan untuk memudahkan kerja anak je, tapi untuk memudahkan kerja ibu jugak nak buat spotcheck bag sekolah anak. Boleh simpan buku aktiviti sekolah dan buku tulis. Cara ni pun boleh train anak-anak dari awal supaya pandai jaga buku supaya tak koyak dan lunyai. Ikut la masing-masing yer? Yang ni pun irine dapat tips daripada kenalan Irine jugak.

✅Pembalut buku 
-pembalut buku ni tak beli lagi tapi masuk dalam list siap-siap. Tak beli lagi sebab nak tunggu dapat kesemua buku sebab nak tengok size buku macam mana. Tak dapat nak agak size pembalut buku yang sesuai sebab kebanyakkan yang jual dekat kedai sekarang banyak jenis dan size. Ada jenis pembalut gulung dan ada jenis instant. Senang sangat sekarang ni. Beza dia kau kategori MALAS atau RAJIN saje.haha.

B) PAKAIAN

✅ Singlet
-Singlet ni ibu beli dekat Mydin. Nak beli dekat kedai Pakaian Hari-Hari pun banyak dan murah-murah. Ibu beli stock banyak jugak dalam  5-10 helai. Al-maklumlah tak rajin nak membasuh hari-hari.haha. 

✅Legging
-Legging beli color gelap. Irine beli sebab nak gantikan kain dalam bagi selesa sikit anak nak bergerak lasak. Tak kisah la hang anak jantan ke anak pompuan ke, dua-dua sama je lasak. Sebenarnya Irine tak terfikir pun nak beli legging ni tapi atas cadangan kawan dekat instagram, rupanya sangat penting legging ni.Terima kasih pada yang cadangkan :) Secara tak langsung, kita latih anak kita jaga dan pelihara aurat dari usia kecik. Legging ni Irine beli dalam 5-10 helai jugak. Mydin @ kedai pakaian Hari-hari.

✅Scarf tudung Nina
- Bab scarf ni Irine sediakan dalam 5 helai. Scarf ni beli jenis tudung syria punya tu dan jenis cotton. Memang anak dah selesa pakai dari sekolah tadika lagi. Scarf ni kalau 1-2 helai tak cukup sebab nak elakkan cepat kepam.haha.

✅ Telekung
-Memandangkan Kak Nina tak balik tengahari, ibu providekan sekali telekung untuk dia. 



C) TAMBAHAN LAIN

✅Bag sekolah
- Bag sekolah Irine memang dah beli siap-siap masa sebelum cuti sekolah lagi. Beli yang elok dan jenis kualiti sikit ya? Nanti tak yah tukar kerap. 

✅Tag bag (tag bag ni penting untuk ibu sebab nak letak dekat bag sekolah anak-anak. Lagi-lagi Hasya dengan Umar diorang sekolah sampai petang). Bag tag ni dah pakai siap-siap dah pun 2 bulan lepas🙊hehe.


Tag untuk pasang dekat bag sekolah masing-masing. Ni pun salah satu cara nak elakkan daripada tertukar bag sebab bag Kak Nina dengan Hasya sama. Pernah sekali tu, Hasya terbawak bag sekolah Kak Nina. jenuh mengamuk masing-masing tertukar bag.



Ni contoh bila dah pasang dekat bag. 


✅Sticker nama/sticker kasut/sticker botol susu Hasya & Umar. Semua jenis sticker setel dah



✅Kasut sekolah hitam
- Haritu plannya nak beli lewat sikit tapi lepas kawan-kawan cakap better beli awal sebab kalau beli last minute selalunya banyak size kasut kecik-kecik dah habis. Mujurlah ada yang nasihatkan dari awal.hehe

✅Stokin hitam 
-Stokin beli stok siap-siap 6 pasang. Tapi rasanya beli 10 pasang kot. tamak haloba pulak mak dia ni.haha. Bukanlah tamak, tapi diriku menggunakan konsep, stokin ni cepat ghaib. Dia ala-ala keronsang tudung lah. Beli sedozen, last-last tinggalnya 1 je.Itupun nasib-nasib je jumpa terselit celah-celah. Bab stokin ni pulak, kalau tak hilang sebelah tak sah! Memang stokin diciptakan akan hilang sebelah pasangan dia ke ek? haha.

✅Getah rambut anak
-Ni pun beli buat stock jugak sebab rambut Kak Nina ni nak jaga dia macam jaga harta karun😂Rambut dah lepas paras punggung dah.

✅Botol air
-Botol air mengikut peredaran zaman. I mean mengikut character cartoon yang tengah viral sekarang ni.haha. Frozen 2 lah jawabnya. Nak beli lunch box pun boleh. 


Fuhhh berpeluhhh. tapi legalah jugak banyak yang dah setel selain perkara-perkara utama yuran sekolah,buku,baju sekolah. 

Ingat lagi zaman ibu dulu, nak beli color 12 batang pun kena sesi memujuk rayu dengan mak.Yelaa bukan orang senang sangat pun dulu. Dulu kalau bag sekolah, mengimpikan nak pakai bag jenama SWAN.Dulu jenama ni lah paling have-have orang kata. Kalau pergi kedai bag, bag SWAN ni lah digantung paling tinggi dekat rak kedai. Setiap kali masuk kedai, setiap kali tu ku tenung dengan mata berkaca. Apakan daya tak dapat. hehe.

Zaman sekarang pulak, bag SWAN diwarisi dengan jenama bag SMIGGLE. Tu pun boleh bawak adegan tarik tangan ibu dengan anak nak masuk kedai. Apa-apa pun bersederhana dari segi apa pun, inshaAllah anak-anak boleh faham dan paling penting kena ajar anak menghargai sesuatu barang bukan dari nilai harga tapi menghargai penat lelah ibu bapa mencari duit siang dan malam demi anak-anak. 

Alaa sedih pulak type status ni 😢

Ok la bye.

Apa-apa ibu update lagi.





Sunday, December 15, 2019

Holiday di Legoland Malaysia

December 15, 2019


Hye Assalamualaikum

Entry ni terhasil atas request daripada followers juga and i think entry ni pun bagus untuk dikongsi bersama. Sebab apa? Sebab Legoland adalah one of tempat percutian yang sangat recommend untuk parents datang bawa anak-anak bercuti ! Bak kata orang sekarang, tempat yang sesuai untuk "beli jiwa anak-anak". hehe. 

Saturday, December 14, 2019

DREAMS COME TRUE : Shaklee Car Incentive Bonus

December 14, 2019


Assalamualaikum wbt semua.

Post kali ni Irine terasa nak sharekan antara peluang-peluang besar bila kita serius dalam business Shaklee. Selalu nampak Irine share peluang-peluang Shaklee lebih pada INCOME dan FULLY SPONSOR TRIP je kan? 

Tapi jarang sekali bercerita tentang satu lagi peluang yang sangat BESAR bila anda join business Shaklee, iaitu peluang untuk mendapat dan menikmati CAR BONUS.



Nampak macam cliche pulak post gambar dengan kereta😹Ampunnnn ampunnnn. Tapi Irine nak share jugak, sebab melalui business Shaklee salah satu impian diri sendiri tercapai. 

Bila kita dengar CAR BONUS, benda pertama yg keluar dr fikiran kita mesti 

"Waahh! Shaklee bagi kereta ke! " 

BIG NO!! Untuk pengetahuan, Shaklee tak bagi pada kita kereta sebiji tapiii Shaklee beri CASH pada kita, supaya kita dapat bayar sendiri kereta idaman kita 😊

Baik kan Shaklee? Dah lah bagi bonus tiap-tiap 15hb, dia bagi pulak kita macam-macam jenis peluang yang sangattt best! Tahun 2016, ibu mula buat come back semula dalam business Shaklee. 3 bulan pertama join Shaklee, Irine completekan program :

"Shaklee Car Incentive " utk 3 bulan berturut-turut 
(ada syaratnya kena score sales). 


Awal-awal tu tercabar jugak tapi bila fikir balik peluang dah ada depan mata, WHY NOT kita grab sehabis baik mungkin. Rugi lahh kalau buat business main-main. 

Masuk bulan ke-4 join Shaklee, automatic Shaklee bayarkan duit bulanan kereta which is kereta tu pun Irine beli dengan 100% drpd BONUS dan income yg Irine dapat melalui business Shaklee. Best kan? My 1st car beli melalui BONUS Shaklee ialah kereta idaman ibu pada waktu tu (2016) - HONDA HRV. 

Shaklee lah yang tolong bayarkan duit kereta bulan-bulan sampailah sekarang. 


Tahun 2019- Salah satu wishlist lepas 3 tahun buat Shaklee, Irine nak upgrade MPV Car. Kalau nak tau, statement BONUS SHAKLEE ni memang layak untuk apply loan beli kereta dan beli rumah. Best tak? Untuk Irine sendiri memang menggunakan 100% statement bonus Shaklee.

Sebenarnya tujuan nak ada kereta yang lebih besar dan lebih selesa semuanya untuk keselesaan anak-anak. Kalau keselesaan diri sendiri boleh tolak tepi dulu kot. 

Nak balik kampung selesa, nak ulang alik travel kalau ibu ada job luar lebih selesa, dan lain-lain. Sebab mostly komitmen harian kami semuanya kami perlu bawak anak-anak di samping kami. Semuanya demi anak-anak. Yelah 4 anak, boleh bayangkan tak “kesardinan” melanda kalau kereta tak cukup space. Huhu. Dan paling penting, kami perlu upgrade "family car" sebab nak install carseat untuk anak-anak juga.

Alhamdulillah sebelum raya haritu sampai jugak hasrat nak pakai MPV Car - KIA GRAND CARNIVAL Sx. 😍 Bukan anak-anak je excited, diri sendiri pun excited. Sebenarnya baru harini ada masa terluang nak cerita hehe. 


Tak tau nak describe perasaan macam mana bila dapat upgrade kereta impian, family car. 

Masa awal-awal kami survey, rasa macam mustahill. Tapi perasan tak bila kita tekad nak dapatkan sesuatu perkara tu, benda tu lah dan-dan nak muncul depan mata. Fikiran nak kereta MPV Kia Grand Carnival, dan2 tu lah setiap kali lalu highway nampak kereta yang kita nak tu kerap lalu lalang depan mata😭😭

3 tahun lepas beli Honda HRV hasil Car Bonus Shaklee sebab lebih pada fikir kereta tu dijadikan sebagai kereta business nak ulang alik HQ Shaklee & postage etc. 

Tapi lama-lama rasa dah patut tukar dah walaupun husband memang dah ada kereta dia sendiri. 

Perasaan anak-anak? Hermmm.. jangan ceritalah. Masa belum decide beli, baru survey dekat kedai pun anak2 excited tahap tak sangga. 


Kak Nina cakap dekat ibu ayah time tu, 
“Ayah ibu, tu kereta baru kita kan”😅😅


Padahal tak confirm lagi nak beli ke tak time tu. 

Bila dah ada depan mata, masih terngiang lagi riak wajah sorang-sorang! Senyum lebar sampai ke telinga! Masing-masing ambil seat masing-masing, takde istilah berebut sebab total ada 8 seater hehe.  Carseat pun Alhamdulillah dah check manual book boleh install sebanyak 6 buah carseat. So far, kereta Kia ni lah paling banyak dan berbaloi boleh install carseat. 

Alhamdulillah for everything, semuanya dengan asbab buat business dan syukur sangat Allah permudahkan dgn izinnya. Hanya dengan payslip Shaklee. 

Oh ya, ada yang tanya juga sebelum ni. 

Kalau kita berjaya lepas CAR BONUS SHAKLEE, tapi kita tak nak beli kereta atau tak nak bayar duit kereta boleh tak? 

Boleh takde masalah. Haaa terpulanglah pada kita nak buat apa, dah duit kita. Hihi



✅Nak simpan ke, nak bayar rumah ke
✅Nak pegi Umrah ke
✅Nak pegi travel ke
✅Shopping



Alhamdulillah Terima Kasih Shaklee! Pada awalnya suka-suka je, tapi mcm2 peluang ibu dpt :’) 

Jadi saranan Irine dekat all SID SHAKLEE, kalau buat business Shaklee, pleaseee buat betul-betul. 

ALL OUT habis-habisan, peluang besar menanti depan mata tinggal kita je nak grab atau tak.

Ada tak yang nak join buat Business Shaklee under guide daripada team Irine Nadia sendiri? Nak pegang duit sendiri tanpa harapkan duit parents, husband, etc? Sambil-sambil kita cari extra income, BONUS dapat belajar marketing nak business plus dapat mendalami mcm2 ilmu product. 

Dengan syarat, Irine nak cari yang betul-betul SERIUS dan berminat je nak ubah nasib , mahir dlm media sosial seperti FB,IG, @ BLOG (yg ni semua org mahir kot. Hehe). 

Melepasss lahhhh kalau x join😉Kalau kita nak berjaya, kena duduk rapat2 dengan org yg berjaya. Yess itulah my prinsip! 



Terima kasih Allah atas nikmat dan peluang ni ❤


IRINE NADIA,
012-775 8692
Shaklee Business Mentor
Master Coordinator of Shaklee 



FOLLOW INSTAGRAM : @irinenadiabeauty



Friday, December 13, 2019

Bestnya Nasi Kandaq!

December 13, 2019
Assalamualaikum!


Hi Irine saja nak post ssantai-santai waktu pagi ni sebab rasa mood nak post something dekat blog tapi macam tak tahu apa nak tulis sangat haha. So Irine saja nak share video makan-makan ni sebab kalau tengook video makan mood lagi HAPPY kan..hehe

Ni video masa Irine pergi Penang makan NASI KANDAQ di Restoran Hameediyah!
Memang sedap bukan macam kedai biasa tau. Dan yang bestnya Irine pergi dengan husband bawak Hud balik hari haha. Bayangkan dari Shah Alam ke Penang semata-mata nak makan NASI KANDAQ Hameediyah. Tapi memang berbaloi!

So layan video jela terus ok so korang boleh nampak dan 'rasa' keenakan makanan di Restoran Hameediyah ni.. Jom!




okay bye!
Jangan lupa follow @irinenadiabeauty di Instagram :)