Friday, May 7, 2010

I LOVE U.....


Assalamualaikum.
Alhamdulilah..
Pujian-pujian Padamu Ya Allah..
Selawat dan Salam pada Rasullullah.

Yeahhh..ada lagi entry untuk aku sekadar share2 ngn korang semua.
Tapi...tapi..tapi..Perut aku sekarang sangat-sangatlah meragam.Aku pon tak tau apa puncanya.Kedatangan jerawat-jerawat yang tidak dijemput muncul tak tentu hala skang.Owh takpe..biasalah tuh kan..macam korang tak pernah alami pulak.ngaaaa~


Entry kali nih aku tujukan khas buat kaum-kaum ibu kat luar sana.Termasuk ibuku sendiri.Aku tau Hari Ibu belum lagi..tapi aku tahu sangat..kang kalau aku post entry lambat-lambat..dah sure-sure semua blogger lain dah berduyun-duyun buat entry tntg hari ibu nih.So,kali nih, bg chance skit kat aku untuk jadi antara salah seorang blogger yang pantassss dan cergas serta cerdas! haha..tetibe jek*

1stly aku wish Selamat hari Ibu,Happy Mothers Day kat semua ibu2 dalam dunia nih..DAh jadi dahh kan korang ibu..aku je belum..ngeeeh3x.


Meh aku share2 skit cerita aku.Senang cerita, aku cakap aku mempunyai 2 orang ibu.Ibu yang melahir dan menyusukan aku sampai aku kenyang (ngaaaa~) dan ibu yang menjaga aku daripada hari pertama aku keluar daripada perut ibu kandung aku sendiri.Maksudnya, lepas ibu kandung aku lahirkan aku, aku ada lagi seorang ibu yang menjaga aku,yang membesarkan aku dengan tapak tangan mereka sendiri sampai aku besar.Dan 2 orang ibu ini sangat-sangatlah bermakna dalam hidup aku. Bila aku fikir-fikirkan semula tentang pengorbanan diorang, perasaan sedih dan terhentak jiwa aku mesti muncul tiba-tiba.Herrmmm..mungkin aku bukan anak yang terbaik..tp aku akan usaha menjadi anak yang paling super duper terbaik.heeee.


Segala apa yang diberi..
Dari ibu yang dikasihi..
Dari dulu hingga kini..
Tak kan dapat dibayar ganti..


Hari ini, aku cuba dan terus mencuba untuk evaluasi diri aku sendiri.Ternyata, aku belum lagi mampu untuk memberikan apa-apa untuk mereka berdua.Ketika mereka sihat, meskipun saat-saat mereka sakit.Balasan perhatian ataupun material, ternyata aku belum lagi mampu membalasnya sampai akhir usia mereka. Semoga Allah memberikan balasan yang terbaik atas semua yang telah mereka berikan buat aku.


Mungkin hanya rangkaian doa yang aku mampu aku persembahkan sebagai bakti aku pada mereka.Maafkan Murni atas kekhilafan nih semua.Sekarang nih, aku belum lagi memberikan yang terbaik.Maafkan Murni atas segala kelemahan dan ketiadaberdayaan untuk memberikan yang terbaik.Murni belum mampu memberikan ketulusan bakti.Pun belum jugak mampu meringankan beban yang ada di bahu mereka.

Ya Allah, mudah-mudahkan untuk aku mampu berbakti pada kedua ibuku.Mereka dah memberikan yang terbaik untuk aku, namun aku belum lagi dapat membalas kebaikan beliau berdua, membahagiakan beliau,menghilangkan duka dan menghadiahkan senyuman di wajah beliau berdua.

Selamat Hari Ibu mama ;)
love u so much!

Untukmu ibu,ditadahkan tangan..
Mohon di beri kerahmatan dan ampunan...
Dalam rahim tempat simpanan...
Proses mula suatu kejadian...
(cop..cop..pic aku buruk seyh atas nih..tah hape-hape jenis senyuman aku kasi pon aku x tau..ngaaaaa~)


Anugerahkan kesihatan berpanjangan..
Untuk ibu yang mengandungkan..
Dari kesusahan menanggung kepayahan..
Menjaga anak dalam kandungan...



Anugerahkan kasih dan sayang..
Untuk ibu yang menyusukan..
Biarpun sibuk dalam tugasan..
Namun ...
Anak kehausan tidak dibiarkan... :')


Anugerahkan darjat kesabaran..
Untuk ibu yang mendodoikan..
Biarpun terpaksa berjaga malam..
Yang penting ...
anak lena tiada gangguan..



Ya Allah, ampunilah dosaku.Ampunilah dosa ibu yang melahirkan dan menyusukanku serta menjagaku.Kasihanilah mereka Ya Allah.Lindungi mereka dalam perlindunagn terbaikMu. Tempatkan ibu susuku di tempat yang mulia disisi-Mu Ya Allah. Sesungguhnya, ibu2ku adalah wanita yang terbaik yang pernah kau berikan untukku. Rahmati mereka Ya Allah.AMin..

Selamat Hari Ibu :)