Thursday, February 10, 2011

Ini betol-betol entry senyuman =)


Assalamualaikum blog readers Irine Nadia Marcello =)
Alhamdulillah, Setinggi-tinggi panjat kesyukuran sebabnya aku berada dalam mood yang sangat-sangat heppy. Ngeeee ;p

Babe, malam tadi  kan memang malam yang betol-betol buat aku and semua peserta yang join Contest What's Hot Is Getting Hotter by Cst Production and Datin Lynda Rahim rasa sangat-sangat cuak. Bukan setakat cuak, aku boleh jamin howkeyyhhh yang semua peserta mesti dapat symtom-symtop normal macam perut rasa tak sedap, kedua-dua tapak tangan secara automatic jadi sejuk yang tak tentu pasal dan tak terkawal mengalahkan orang yang menetap kat Kutub Utara (haha), dan dan dan dan bukan tuh jee, tapak kaki pon memang rasa sejok ok! ( ok itu aku, aku mengaku...huhu ). Yerlah kan, mana taknya, malam tadi CST & Datin Lynda announce kan siapa pemenang yang bertuah menang hadiah yang sangat-sangat hebat tuh! Tak ramai yang tau, apa hadiah yang best tuh kan,

Ok ni hadiahnya,

- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc… )
- 1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.

Thanx Voters yang sudi undi Irine sampai undian melebihi 2k lebih =)



Dipendekkan cerita ( nampak sangat malas nak type..haha), Alhamdulillah sangat-sangat, aku menang..tapi tapi..tapi.. pemenang tempat ke-2 je.hihihi. Even aku tak menang hadiah utama tuh, aku still diberi peluang nak merasa hadiah daripda penganjur. hehee. Aku dapat  tempat ke-2 =) Alhamdulillah. Tak sia-sia usaha korang semua vote aku.hehe. Mesti korang tertanya-tanya kan, hadiah tempat kedua dapat ape? Ok, CST PRODUCTION menaja hadiah sebuah TRUE LOVE SHORT STORY dalam bentuk VIDEO. Yayyyyyyyyyyyyyyy! hehe. Means, diorang taja free untuk shoot video untuk kisah sebenar aku and my partner. Macam video true love story Elyana and suami nye dulu ( yer kot..hehe, main agak je).Sape nak bagi woOOo video mahal2 from CST ni.huhu. Aku ni dikategorikan The Most Voted/ Favourite blog :) *mood : tak sabar*

Aku sure mesti semua peserta2 gila punya tahap gaban nerbesssss nak tau sape menang contest ni semalam. Mula-mula CST PRODUCTION and LRKL update dekat status fan page diorang yang nak announce kan hari Selasa. Time tuh, aku dah dup dap dup dap daaaahh. Tipulah kalau aku cakap aku tak nak tau siapa menang..siapa yang bertuah..Kira macam aku silent fan jugaklah dekat page mereka ni. Kejap-kejap aku tengok...kejap-kejap aku bukak fan page diorang.hehe. Boleh dikatakan, asyik fikir pasal ni. hehekk..kantoi terusss! Yang aku tak tahannya, bila aku tidur je, sempat lagi aku mimpi pasal contest ni. Dengan Datin Lynda and Abg Rosli ( cst ) masuk sekali dalam mimpi aku (padahal tak penah jumpe pon).ngehngehngeh! Kalau tidur malam takpe jugak, nih tidur petang-petang. hoho.. Betol-betol penangan contest ni betol ! Haiiihhh!


Tak ke korang nerbessss bila tengok penganjur contest nih update status macam nih ? hehe


Last but not least, TERIMA KASIH YANG TERAMAT SANGAT kepada semua pengundi yang undi Irine di no.52 dalam contest ni. Tak lupa jugak, kepada Datin Lynda Rahim sebab pinjamkan bahu dia untuk aku hari tuh.kuikuikui. CST PRODUCTION skali :) Jasa korang semua Tuhan je yang boleh balas :) Doakan yang terbaik buat Irine dan pasangan Irine. Amin..

Tungguuuuu our true love story dalam bentuk video =)


p/s : Tadi pihak Nuffnang call aku, dia propose aku untuk join diorang and jemput aku pergi event2 Nuffnang. Diorang bagi ganjaran dan bayaran.But, aku kena tolakkk offer tuh atas sebab2 tertentu.