Thursday, May 5, 2011

Ajek Hassan? Sape tu? Sape? Sape?


Hye guys. 
Haaaaa..cantek takk cantekkk tak blog kita makin penuh dengan entry. hihi.
Awak, awak,dan awak2 semua, blog kita sekarang tengah dalam proses nak edit2 ok. Slow-slow edit tuh, edit ni. Tengah tunggu nak siap and then pasang lengkapkan macam biasa :) Segala link-link blog yg korang kasi tuh, irine sumbatkan satu-satu dalam masa yang terdekat ni ok. Bukan setakat doploh tigapoloh patpoloh link nak kene letak. Banyak link dahhh niii. huhu. Tapi irine cakap awal2 k..tak semua link yg akan masuk tau *kejam ke aku cakap camni?*

Sekarang ni kan, kalau korang perasan, senang kan kalau nak tonjol bakat kat dalam internet :) Aku rasa, tak payah masuk realiti show like Mentor ke, aF ke, bintang kecil ke,pencarian bakat lagu2 asli ke  or whuteva pon, just tunjukkan bakat dalam internet..tup tup dah jadi Artis. hehe. Tapi slow-slow dlu la..Mula-mula meletup dalam internet dlu, pastu semua blogger akan berpusu-pusu berebot untuk buat entry khas, pastu mulalahh photographer sana sini nak shoot,  pastu dah sampai tahap kemuncaknya, para media akan carikkk orang yg berbakat tersebut. Thumbs up babe! Korang memang membuktikan yang bermula dalam internet je, dah boleh memulakan segala-galanya. 

Tapi,sebenarnye ramai lagi yang kat luar sana yang tak tau ada sorang lagi mamat ni, nama dia Ajek Hassan. Siapa Ajek Hassan tuh eh? Adakah adik kepada pelakon Jalalludin Hassan ataupon abang kepada komposer Adnan Abu Hassan? Owhhh sama sekali tidak!~! Mungkin la ada antara korang yang memang dah kenal dia, and aku pon boleh jamin jugak ada ramai yang tak kenal Ajek Hassan tuh sape kan? Bahkan nama dia pon jarang kita dengar. (bahkan kau..skema gilers ayat).


Tuuuhhhh dddiaaaaa..Ajek Hassan :) 
Status : Married. soryy..haha

Ajek Hassan ni bukan macam Anwar Hadi or Mat Luthfi dalam Youtube tu.  Aku nak terangkan lebih-lebih about Ajek Hassan ni pon aku takde idea. Yang aku tau, Ajek Hassan ni ada suara yang best sgttt dan ada bakat yang besar dalam bidang muzik terutamanya Akustik. Talent dia memang berjaya buat aku and orang lain yg dah sedia ada kenal dia tangkap lelehhhhhh dengan suara and bunyik guitar dia tu.Ajek Hassan ni korang boleh search dekat Youtube. Semua lagu2 dia, lagu yang dia nyanyikan semula. Kira macam dia nyanyi balik laa lagu artis kita pakai guitar dia. Bukan setakat soploh lagu,doploh lagu je die nyanyi balik, but ada seratos lebih lagu kalau tak silap aku. (mungkin lebih).

 Korang boleh dengar Ajek Hassan dia nyanyi balik lagu2 jiwang @ Slow Rock Melayu versi Akustik ni ok. Aku pilihkan youtube dia yang best2 untuk korang dengar :)


Medley 14 Lagu Slow Rock versi Akustik
(korang kena dengar sampai abbisssss okk!)



Medley Balada ( Acoustic Cover Version)
Ada lagu Winter Sonata, Seribu Tahun-Imran Ajmain, Harapan-Fazli ZAinal and bla bla bla.



Yang ni korang kena dengar. :)
Bicara Manis Menghiris Kalbu lagu cT dia nyanyi balik.hehe.


Aku  ni pon start kenal Ajek Hassan ni bila abang aku downloadkan lagu dia dalam cd and nak dengar dalam kete. Mula-mula hanginnn jugak aku, bila abg aku sebokkk je die nak promote Ajek Hassan ni. Rimassss aku time tuh. Haaaaaiihhhhhh...! Tapi, sekali abang aku pasang cd yg baru download lagu Ajek Hassan ni, perrghhhhh...sumpah weyyy..aku tangkap leleh..  :') Sorryy rrr babe, aku memang jenis perempuan yang layan lagu-lagu jiwang :) Sape yang geng dengan aku, gimme me 5!~ Zaman sekarang ni, ada lagi ke perempuan yang layan lagu2 jiwang macam ni? Anyone? Boleh geng dengan aku.

Any comments about suara and lagu Ajek Hassan ni? :) 
Nanti mana tau Ajek Hassan baca blog ni and baca komen2 korang..tak ke terharu die.hehe