Sunday, May 22, 2011

Habiskan sisa-sisa cuti sem

Assalamualaikum. 
Menghabiskan masa di negeri orang memang sangat seronok dan happy. Di situ kita dapat lihat cara dan budaya orang lain. Walaupon bukan pergi bercuti di negara2 mat salleh, tapi kalau dalam negara sendiri tak khatamkan lagi tak leh jadi jugak. huehueue. Aku mengaku, kalau negeri asal usul aku sendiri di Melaka, bukan semua tempat aku tau. Setakat tempat2 shopping, tempat2 nak melawat tuh tau lahhh. Yang tuh korang bolehlah panggil aku untuk jadi pemandu pelancong korang.kehkehkeh. (nnt kite kontek2 yeer.hihi). Kalau round-round keseluruhan Melaka ni, better carik orang yang betol2 tauu ;p Selalunya orang2 yang lebih tua daripda kita lah.Diorang dah menetap dekat negeri sndiri lama kot. Nanti-nanti kalau ada kelapangan dan ke'free'an, aku buat satu entry khas untuk perkenalkan ape "special"nye Melaka ni.

Last week, aku takdelah pergi cuti2 sangat. Actually tujuan sebenar nak pergi negeri belah-belah utara sana tuh sebab ikut mak dan ayah aku ada urusan kerja dekat sana. Kiranya, aku dan abang aku sebagai pengikut dan peneman setialah. Kalau nak diikutkan, kitorang nak gerak awal 4am drpd umah, tapi last2 pukul 6am jugak gerak dari umah (melaka). Mengantok nye jangan citelah, super serabai time pagi2 tu. Liat bebenau nak bangun. Ish..ish..berubahlah Irine oii. Sbrnye kalau nak diikutkan, kitorang nak terus g slesaikan urusan mak ayah dekat Kedah. Tapi sebabkan weekend, sume orang cuti, so, merayau2lah kami ke negeri lain dlu.hehe. Pegi Perlis dlu. Round-round sana dulu. Stay 1 day dekat sana di homestay. Macam yang aku cakap dekat entry sebelum ni, ayah aku lebih suka sewa homestay sebab homestay ni bebas dan korang boleh suka hati nak buat ape. Bilik pon banyak, ruang tamu pon ada, dapur memasak segala siap, kira complete lah semua.Aku pon senang nak buat sepah dalam rumah tu.HAHA. senang skit ruang besar dan ruang tak terhad macam hotel yg jenis family room tu.

Time kt Perlis,  memang kitorang kiranya dapat round2 satu Perlis lah. :) Malam2 dah rayau2 dekat sekitar Kuala Perlis sana tu. Ramai yang cakap, untung duduk dekat Perlis, sebab dekat Perlis semua makanan sedap2 dan best2. Sampaikan makcik jiran aku sendiri ckp, kalau datang sana, jgn lupe singgah kedai makan dekat sini, dekat sana,dekat sini , dekat sana.hehe. 


Haaa..teruslah i tak lepaskan peluang kannn bile orang bawak jalan2 makan.hehe. Ni kalau orang Perlis taulah kann kat mana. Makan dekat KomaLaut. Ikan bakar yg superb2 or whuteva boleh lah carik kat sini. (aku cakap cam akulahhh orang Perlis kan.hoho).


Kat dalam KomaLaut ni banyak kedai2 makan kat dalam tu. Bukan takat satu kedai je, korang boleh pilih mana yang berkenan kat hati korang. :) Bersih pon bersih, selesa pon selesa, udara sejuk pon sejuk gak (ayat cam tak betol je aku rasa.erkkk..) Kitorang makan dekat Lynn Ikar Bakar ni. Segala ikan fresh-fresh boleh laa pilih dan datang kat kedai ni.


Nampakya aku tersalah masa dan waktu untuk upload gambar makanan ni.Arrghhh..sumpah laparrr and rasa macam nak cubit-cubit je isi ikan dalam gambar ni. Lappauuuuuuuuu gilers!  Menu kitorang time ni, kira macam makan besar untuk family lah. Untuk 2 family makan dekat sini. Ikan bakar,sotong goreng tepung, tomyam, and dll. Tomyam dia mengancam bebbb!  terkelu dah lidah aku time type entry ni. Still dapat rasa "masam2" tomyam time ni ^^


2 family di sini ^^ Tingkiuu tinggkiuu so much atas layanan yg sgt baik time dekat Perlis :) Sempat jugaklahh pergi lepak2 hamik angin dekat laut area2 sana. Sebab malam kan, so tak dapatlah nak nengok dan kenal pasti betol2 air laut kat sana. Gelap jee. Tapi ramai family2 lain dekat sana dok lepak2 kat sana hirup udara. Sejukkkkkk ^^  Dah puas2 kat sana, thennn balikkkk homestay smula, carik katil, carik remote aircond, carik laptop, cucuk broadband dan terus upload pic ikan bakar td kat facebook. HAHA. pantas kan? ;p


Orang cakap, kalau pegi Perlis tak sah kalau tak pegi Padang Besar. Padang besar yang seingat aku lah, banyak kali jugak aku penah pegi. best pon mmg best. banyak barang kat sana kan and murah2. I likeee..jimat duit kalo g sana. kikiki.. Tapi, sebabkan mak ayah cakap padang besar dah selalu pegi, so, kitorang pegi tmpat lain pulak. Pegi dekat Wang Kelian plak. ^^ Aku pon 1st time je pegi sini, tak tau ada ape kat sini. Meh aku cite2kan apa yang ada dekat sini. Kat sini macam biasalah jual barang2 siam. Baju2 ke, toto narita kee ( mak2 memang suka pegi sini sbb mesti nak borong toto angkut balik rumah), bag2 ke, and lain2 la. Sepanjang nak otw kat Wang Kelian ni, jalan nak kesana macam jalan nak g Genting higlands jugak lah. Perrgghhhhhhh..kete ayah aku takleh nak naik kot.haha. Kene kejar laju2 kete depan yg bawak kitorang tu. Slow2 je naik bukit tinggi tu. Yang aku tgklah, kebanyakkannye orang siam lah kat sana. Orang kita pegi beli barang dekat orang siam, and orang siam pegi beli barang dekat orang kita. Kira macam betukar2 tempat lah kat sana. Pesanan aku, jangan lupe beli payung dekat Wang Kelian ye.hehe. Time 11 lebeyh pagi matahari dah naik and start panas.Dah puas dekat sana, terus makan and terus balik homestay kemas2 barang sebab nak pegi Kedah smula.


2nd day : Homestay Terap Inn.After dah spendkan masa dekat Perlis, kitorang pergi balik Kedah utk selesaikan tujuan sebenar cuti ni. Mak ayah nak selesaikan urusan dekat Kuala Nerang,Kedah tu. Herrmm..yg aku tgk K.nerang takde ape sgt, puas jugak aku carik2, google2 dalam internet dekat sini ada ape. Tapi x de ape pon. Orang kedah cakap kalau dtg sana, tmpat yg best dekat Sg.Petani . Nak tak nak, kene jugaklah duduk kat sni. Ayah sewa homestay dekat k.nerang ni sbb dekat dengan tempat nak uruskan kerja mereka. Kitorang sewa @ Terap Inn. Sewa pon boleh tahan murah. Tak kisah pon duduk mana, asalkan ada tempat nak mandi, tempat nak tidur, tempat nak rehat2 dan yg paling penting tempat nak solat. Nak cari hotel susah skit kat area ni. Homestay kat taman perumahan macam sblum2 ni kitorang penah dtg semua dah full. Last2,pegi laa sewa 2 hari kt sini. Agak kecewa jugaklah dekat sini, sebab kbrsihan tak berapa cun sgt dekat sni. Byk lipass..aku jugak jadi mangsa lipas2 ni semua.wuwuwu. Pengalaman paling menyeramkan, time aku tidur, lipas duduk depan hidung aku. Ergghhhhhhhhhhhhh! wuwu. Seb bek tak gigit hidung i.


Urusan Sebenar : Menguruskan tanah mak ayah dekat Kedah ni ^_^
Amik masa jugaklah nak tunggu mak ayah selesaikan kerja kat sini. Aku ngan abang aku dah mati kutu dah, tak tau nak buat ape. Nak g shopping ke,tak jumpe lak kedai best. Nak g jalan pon, takde tmpat yg menarik plak. haiihh..nak taknak kene harungi 2hari dekat sini. Dah setell semua keje mak ayah, terussssss pegi Alor Setaq. Yeayyyy..


Spnjg 2 hari menahan lapar (wuwuwu), hari last terus pegi Alor Setaq. Nak pegi sana pon, sebab nak abiskan cuti je kat sni. This time, tak pegi sewa homestay pon. Pegi hotel Sri Malaysia kat A.str.  Yang bestnye dekat sri mlysia, makanan die byk and sedap2. (terserlah tak aku kuat makan?). ;p
 Stay sana semalam je pon, sbb ayah pon x larat nak drive malam2 nak balik Melaka.


After breakfast, terussss larii ke sini. Pekan Rabu. Tak sah la kot kalau plncong dr negeri2 lain x g sini. Kat sini pon macam tmpat2 lain jgk yg jual benda yg sama.Bezanya, sebab tempat orang lain, lainlahh gayanya kan.


 Sejadah. Borong sejadah dengan Al-Quran dekat sini terus utk dibuat brg hantaran.. Senang tak yah beli bile balik Melaka.Dah alang2 jumpe, terus grab dekat sini. ^^ Ayah and abg dah jumpa dah baju melayu yg sesuai utk pakai time kenduri nanti. tapi, ada tu mmg ada, cuma takde sebab nak beli baju melayu yg dah siap sedia ada untuk borong sekali 4 pasang colour yg sama (silver colour).. kalau ye pon, kene tempah. nak tempah camne, kitorang pon dah nak balik Melaka kan. huhu.


Songkok gergasi. ngehngehngeh. tjumpe songkok tergantung kat kedai songkok dalam Pekan Rabu ni.. Lebiuuu lahhh ayah! Happy Birthday 20th May aritu :) Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki =)
balik-balik from Pekan rabu, terus bergegassss pulang smula ke rumah. Tapi aku skang dekat rumah akk aku laahhh, setelkan ape2 yg patot dan habiskan cuti lagi seminggu je lagi sebelum masuk UiTM mgu depan.

Ada sesiapa dalam kalangan pembaca blog aku asal drpd negeri2 yang aku sebutkan dalam entry ni? :) Meh suggestkan dekat Irine tempat mana lagi yang best dekat negeri korang. :)


p/s : Pasni nak pegi Sabah n Sarawak pulak. Teringin, tp tak tauu bile masa yg boleh pegi . Sabahan and Sarawakian sekalian, bawak irine jalan2 sana jom! ngehngeh.