Sunday, August 14, 2011

Ada yang mencari cake and cupcake yang comel2 untuk hari bahagia anda ? Anda boleh dapatkan di sini.


Assalamualaikum. 
Aku rasa, kali ni aku create entry dalam keadaan yang agak kelam kabut dan agak serabut. Rasa macam satu badan lesu yang perlukan urutan. Aku sangat penat, tapi cara untuk aku lepaskan penat aku ialah meluangkan masa depan laptop dan curahkan segala-galanya dalam blog kerdil aku ni. Kadang-kadang aku macam terfikir dan hati aku berbisik bertanyakan, 
 "kalaulah kan, aku tak berkecimpung dalam dunia blog dan tidak bergelar seorang blogger, agak-agaknya dari sumber dan celah mana korang akan kenal aku .."

Mungkin orang akan kenal kita daripada sudut yang baik2 je, dan mungkin juga ada yang kenal kita daripada sudut yang tidak baik. Maksud aku di sini, tidak semua orang akan suka pada kita walaupon kita berkelakuan baik. Tapi, satu je prinsip yang korang kena pegang, "behave yourself and jadi diri sendiri". Itu sudah memadai.

Ok, aku harus betolkan niat aku untuk ceritakan entry buat malam ni.
Ingat tak, aku pernah update cerita tentang cupcake dan cake for my engagement day aritu? Byk jugak feedback yang baik aku baca. Tidak lupa juga, ramai yang bertanyakan kepada aku dari mana aku dapatkan cake dan cupcake yang comel macam tu. Mungkin aku tak sempat nak bagitau korang semua time tu.  Sebabkan tu, entry kali ni, aku share kan serba sedikit pengalaman aku sebelum menjadi tunangan orang :'D (comel tak bunyik bile aku tulis camtu.hihihi)


Dimulakan dengan Bismillah. hehe
Salah satu gambar time tunang hari tu. huhu. Tak banyak yang aku nak upload dalam facebook mahupon  blog aku. Aku rasa, perkara tu bila-bila pon boleh cerita. Yang penting, biar hati kami je yang rasa keistimewaan hari bahagia tu :'D

Owh ye, pasal cupcake. Lupe plak. hoho ! Aku rasa, cerita tentang membuat tempahan cake lah paling sesuai untuk ceritakan dekat korang semua.hihi. Herm, sejujurnya, kalau di tempat aku, area2 Melaka memang teramatlah susah nak mencari kedai-kedai cupcake yang menjual cupcake yang comel-comel. Ada tuh memang ada. Tapi susah nak carik. Aku tak taulah kalau aku sendiri yang tak jumpa ataupon malas untuk mencari. haha. Last-last, ape lagi, aku terus membuat status di page facebook, bertanyakan kepada semua orang, tau tak blogshop yang menjual cake dan cupcake yang best-best dan sedap-sedap. Time tu, pelbagai link blogshop yang membuka tempahan untuk cupcake/cake yang mereka suggestkan kepada aku.

"Irine..irine..cuba tengok blog ni, sedappp dia punye cupcake"
"Irine..Irine, saya dah cuba dan pernah beli cupcake dekat blog ni, best dan cute sangat cupcake die"

Last minute jugaklah aku survey2 cake/cupcake for hantaran and birthday En.Tunang :P  Akhirnya jumpa jugakkk yang sesuai. Kali ni, aku dah cukup risau dah, sebabnya cake dan cupcake yang aku tempah kena pick up di area Damansara atau IKEA. Puas aku fikir, siapalah yang nak tolong pick up kan sehari sebelum majlis. Aku? Hermm...dah sure-surelah sehari sebelum majlis tu aku berada dalam keadaan yang sangat sibuk membuat persiapan. Tak silap aku, sehari sebelum tu, aku keluar dengan kawan-kawan aku untuk cari hand bouquet.haha ( lari topik kejap).  Nasib baiklah, hero-heroku iaitu abang-abang aku sendiri tolong untuk pick up kan cupcake and cake kepunyaan adik bongsu dia ni :P hehe. Aku pulak? duduk di rumah sambil menunggu cake dan cupcake sampai depan mata aku. Dah lah time tu malam. Tengah malam ok. Aku still tak tido lagi, walaupon sepatotnya aku perlu tidur awal untuk hari keesokkannya.

Sepatutnya, cake dan cupcake tu sampai awal dekat rumah. Tapi, malang tak berbau, nasib tak menyebelahi aku, owner yang buat cake tu cakap, cake camera dslr yang aku tempah tu dah cair dan dah nampak rosak sikit sebab terdedah dengan panas. Aku dah macam...alamakkkk aiiii..cemane ni..cemane..cemane..cemane.Nasib baik akak tu pakar selesaikan masalah and pantas buat kerja, dia cakap, tunggu dalam setengah jam or sejam untuk dia repair balik cake camera tu =) Owhhh legaaaaa..Nak tau cake dan cupcake aku sampai pukul berapa kat tangan aku? Pukul 1 a.m ok! Ko bayangkan, pagi-pagi camtu baru sampai. huhu.Tapi takpe, nasib baik cantik :)


Camera Cake. Canon EOS 7D
Kat mana nak dapat dan tempah cake ni?
hanya di

COMELICIOUS

Kenapa aku tempah cake/cupcake dekat COMELICIOUS ? Sebabnya, aku nak something different. Aku nak jugak buat lain daripada yang lain. Tempah cake camera for my fiance,tambah2 dia pon main camera kan. So, camera cake tu untuk birthday dia aritu, sama date dengan majlis kami :)



Yang ni pulak, cupcake for hantaran. Entry yang lepas pon aku dah pernah cerita.
Perisa moist chocolate cake ;) Comel kan ? :)


p/s : dalam banyak-banyak cupcake ni, cupcake yang ada tulisan "irine", still ada dalam fridge En.Tunang. huhu.


Owh..kalau anda semua nak tahu, dalam banyak-banyak hari, aku paling suka hari Ahad. Disebabkan tu, aku akan make sure kan mood aku sentiasa happy dan muka aku sentiasa tersenyum pada hari tersebut.
Selalunya, aku akan cuba buat wish siap-siap macam ni, 
"hari ahad minggu ni, aku nak ape eh yang perlu dikabulkan" . heheh.
Hidup kita mesti ada perancangan bukan? :P

So, Ahad minggu ni wish aku nak beli dan makan cupcake tercapai. haha :P
CupcakeChic @ Sunway Pyramid. Best dan sedap ok!


Terlampau excited sangat beli cupcake. Tambah-tambah bila ada tulisan atas cupcake tu.  Kecewa giler ok bila kotak cupcake ni dah penyek gara-gara aku letak purse berat aku atas kotak cupcake tu.Wuuuu.. Purse je berat, duit nye tarak. Resit2 je lebih. Tengok lah hasilnya? tah jadi ape je rupa cupcake ni. Agak-agak anda, apa tulisan yang terdapat atas cupcake ni? Ceteka..ceteka..

Ok nak chaw dulu. Mengantok sudah. Bui Bui