Saturday, August 13, 2011

Syurga Makanan


Assalamualaikum.
Yihuuuuu..terasa bertambah-tambah semangat zaman berzaman betol bila blog dah salin baju. (aku gune ayat sape tah ni terbaca kat facebook.huhu). Kali ni terasa macam nak share je ngan korang hobi terbaru aku sejak dua menjak ni. Apa yang aku boleh nampak sekarang kan, tiap kali aku pegi mana2 nak makan, mesti aku akan snap dulu gambar-gambar makanan tersebut lantas upload lelaju dalam facebook. hehe.Kalau sesiapa perasan, album "mobile upload" aku penuh dengan gambar2 makanan. huhu. Aku rasa macam comel kot sebabnya bila kumpul-kumpul gambar makanan dalam phone, bila-bila time boring-boring, kite godak-godak balik album dekat phone tu, mesti rasa macam OMG !! banyaakkkkkkkkkkk gilerrr kot gambar makanan. Macam syurga makanan je aku rasa. Nak-nak bila tengah-tengah kelaparan dan kebuluran, pandang balik gambar makanan tu mesti rasa terliur plus sakit hati.

Syurga Makanan.
Yer..entry Syurga Makanan di mana entry ni akan memaparkan segala-galanya tentang makanan yang berjaya hadam dalam perutku.hahaxx ! Boleh lah share-share pebret makanan aku skali dalam blog ni. Alaaa..kata blog ni macam diary, dalam diary kan semmmuaaaaaaa nak cerita. Yang tak penting pon nak cerita.haha. Btw, makanan-makanan ni semua kualiti gambarnye takdelah superb macam camera dslr tu. huhu. Hanya snap menggunakan iphone je. huhu.Check it out !


Leme-leme. 
Tau tak leme-leme tu ape? Nehi..nehi..leme-leme tu bukan sejenis nama menu makanan, bukan juga nama sebuah restoran. hahax. Leme-leme ni nama application yg ada dalam iPhone. Antara application yang aku rasa ramai jugak pengguna2 iPhone yg dunlod.hehe. best kannn? :P


 Vanilla Muffin

Dinasihatkan agar kepada pembaca-pembaca blog yang tak tahan imannye, jgn laa nengok entry ni. :)


Nando's Peri-Peri Chicken.
Kalau tak silap aku lahhh :P


Nasib baik time aku update blog ni, after waktu berbuka.Elakkan lah buka blog aku ni time waktu-waktu kemuncak tengah lapar dalam bulan puasa ni.


IKEA meatballs.
Banyak bukan? Sebelum korang cakap aku makan banyak, baik aku explain dulu.huhu.
Lately ni rajin gak makan kat sana. Yang ni, time aku makan2 dengan abang-abang aku. Haruslah makan byk2 sebab dah kena blanje. hoho. Nak tu ! Nak ni ! Nak tu ! Nak ni ! Sekali tak abiss. Membazir! Ikutkan sangat perangai syaitonnnirrajimm tu !


I likeee. :) tapi kalau dah datang IKEA, memang aku x kan pilih menu ni lah, sebab lebih prefer carikk meatballs.




Kenny Rogers Roasters.


Jangan tak tau yang ni ialah favourite makanan aku iaitu Beriani Kambing.
Sejujujurnya, aku dulu jarang makan kambing (haha). Ada orang yang telah berjaya mempengaruhi aku untuk makan kambing ni . Ada sesetengah orang tak makan kambing. Migrain katanyeeeeee kalau makan ! :P Rugi  tak makan !


Menu 2nd day puasa hari tu. :'D 


Haaa..tuh je lah yang aku sempat share sikit-sikit gambar-gambar makanan dalam folder kat phone aku ni. Aku balik-balik rasa syiookk and best bila banyak sgt gambar-gambar makanan. Bila fikir-fikir balik, semua makanan ni tah berapa banyak kolestrol.haha. Makan tu penting, jaga cara pemakanan pon penting. So, pandai-pandai lah jaga cara kehidupan korang supaya sentiasa sihat. Time bulan puasa nih lah nak start untuk kurangkan amalan membazir syaitonnirrajim. Dapatlah sikit-sikit menabung huhu. Aku pon nasihat jugak dekat diri aku sendiri, sebab aku pon tak terlepas daripada sifat-sifat tak elok camtu. huhu. Berpinarrrr je mata bila tengok banyak makanan depan mata. Panasssss jeeee hati tengok time puasa ni ! hoho. 

Ok, ape-ape pon, 
Selamat Berpuasa kepada semua pembaca-pembaca blog 
Irine Nadia :)