Tuesday, September 6, 2011

Bagi anda yang tidak pernah mencuba ke Seoul Garden,anda perlu datang ke sini.


Assalamualaikum.
Selamat hari raya lagi sekali. hehe. Masih ada yang berada dalam mood raya ke? Aku rasa, tak semua yang berada dalam mood tu sekarang, mungkin dah ada yang berada dan bertukar menjadi mood nak exam. Howwwyeayyhh! HAHA. Haihhh...kenapa laaa kan, bila kasi cuti lama-lama, naik je cuti terussss dihadapkan dengan exam. Pelik aku. Tak baik tau spoilkan mood orang yang tengah happy @__@
Apa-apa pun, aku ucapkan selamat kembali ke sekolah bagi hadik-hadik hakak semua, selamat kembali ke Uni expecially geng-geng UiTM aku yang tersayang (hehe), serta tak lupa kepada yang sudah bekerja, jangan nak gatai-gatai ponteng tak masuk kerja ye.

Owh entry kali ni sangat lah simple dan takde ape sangat. Just nak share serba sedikit apa yang aku tahu tentang one of my favourite tempat makan ( yeahhh..since i menjadi pencinta makanan ni,  i memang kecoh sikit.ahax).  Kali ni, aku nak cerita pasai Seoul Garden. Aaah, aku tau aku antara salah seorang yang agak ketinggalan kalau cerita bab-bab Seoul Garden ni.Tapi, ada aku kesah?ekekeke.  Dan aku pasti, ada jugak yang tak pernah masuk dan try untuk merasa keenakan, kesedapan, kesyiokan di Seoul Garden ni. Mungkin ada yang pernah lalu-lalang je depan Seoul Garden ni tapi tak berani nak mencuba dan membuat anggapan sendiri " macam tak sedappp jee". (pandai bukan aku baca isi hati korang?ahax!)




Dolu-dolu, masa aku 1st time makan dekat sini pon, aku boleh dikategorikan as "minah jakun" jugak lah. Aku masuk-masuk je, macam biasa kena bayar dulu, dan aku suggestkan bagi student, bawak lah student card korang sebab banyak juga beza student price dengan normal price. Yang dah kerja tu, kalau nak murah jugak, korang bawak lah student card korang yang dah lama tu. HEHE. Boleh je aku rasa korang mengaku student, sebabnya diorang dekat cashier tu bukannya check dan pandang tilik betol-betol student card korang. Diorang pon banyak kerja lagi nak buat. haha. But, make sure tau korang kena tengok betol-betol sebelum nak bayar tu. Jangan main pakai bayar dan hulur duit je.


Haaa..tengok ni ! Aku kasi pamphlet besar-besar untuk korang =)
Sila teliti dengan baik-baik ok.

Tapi kan, masa puasa hari tu, harga dia mahal sikit. Yelaa, pergi time nak berbuka puasa dan waktu weekend pulak tu. Mana taknye ye dak? Untuk satu kepala dia charge RM 40. Yang aku suka dekat sini, once korang dah bayar, korang boleh makan SEBERAPA BANYAK YANG MUNGKIN ! Tak payah nak cover-cover konon-konon nak diet lah ape lah bila masuk sini. Tips yang sangat bagus boleh aku bagi dekat korang semua, better korang kosongkan perut sebelum nak makan sini, kalau boleh datang time betol-betol waktu kemuncak kebuluran. Dan satu tips yang sangat berguna boleh aku kasi, ELAKKAN MINUM AIR semasa tengah makan dekat Seoul Garden ni. Nanti korang cepat kenyang dan kembung sebelum makanan-makanan tu semua habis.  Itu semua tips yang korang perlu praktikkan, trust me! haha.


Memang heaven gilosss ok bila makan dekat sini. Style ala-ala Korean gitu. Yang bestnya, korang yang masak sendiri, kira macam layan diri lah. Berdikari laa sikit ! Kat rumah dah laa malas nak masak, dekat sini lah korang nak tunjuk bakat-bakat korang yang terpendam tu ! wakaka.  Yang tengah-tengah bowl kecik tu, boleh makan dengan "soup" yang dia sediakan.Boleh letak sayur ke, fishball ke, fishcake ke, udang ke or whuteva. Jangan kau rendam chopstick dalam tuh sudah. Boleh pilih lah nak letak soup ape. Dalam banyak-banyak soup yg ada tu, TOMYAM lah yang best, jangan pilih chicken soup. Tak sedap weyhhh ! @__@
Pilih tomyammm tauuu :) Yang dekat luar-luar tu untuk jalankan aktiviti menggoreng.ahax. Bakar lah kau selagi kau boleh bakar ayam2 dan daging2 kat situ. Jangan kau bakarkan Seoul Garden tu sudah.huhu.

Lagi satu, dekat sini, korang kena lah feeling-feeling macam orang Korean kan. Makan pon kena pakai chopstick. Macam aku, aku pura-pura je reti guna, padahal failed @_@ haha. Kalau tak pandai tu, buat-buat pandai je lah. Jangan tunjukkan kelemahan kita depan orang lain ye hadik2,hakak2,habang2 semua. Haaa..satu sifat confident yang penting perlu di situ yerr .huheuehue.


Layan diri. Amik jeee ok ! Kauuttt je itu semua makanan yang tersedia. Oppss, yang ni semua jenis yang "mentah-mentah" lagi ok. Jangan lah jakun sangat sampai korang terus makan lak. ape kejadah pulak kan. huhu. Macam-macam jenis ayam dan daging dalam pelbagai variasi perisa korang akan jumpa. Daripada sedap hingga yang tak sedap juga.haha. For me, semuaaaaa sedap dan best !

Selain tu, yang best dekat sini,  lepas makan, agak-agak perut tuh dah berasap, sejuk-sejukkanlah perut tu dengan "desert". Korang boleh buat ambil aiskrim dan buat ABC buatan tangan korang sendiri. Air yang disediakan kat sini pon semuanya free flow drink. Lepas abis, boleh refill lagi =)  Tu sebab aku cakap, dah alang-alang korang bayar mahal tu, gunakan peluang makan ni dengan sebulur-bulurnya! haha. Makan sampai habis ok, dan jangan korang tetibe jadi tamak pulak. Ambil banyak-banyak, last-last tak habis! Jangan ye! Nanti diorang "claim" balik dengan kita kalau tak habis makan.



Apa-apa pon, untuk memudahkan lagi u all yang nak try cuba test makan dekat sini after baca entry ni (hehe), boleh la ikut step-step di bawah ini yerkk =) 


Step 1 hingga ke Step 7 perlulah dipatuhi dan dipraktikkan dengan sebaik mungkin ! =)




Jadilah seperti aku yang makan licin dari ke mangkuk kecik sehinggalah ke kuali besauu tu =) ahax!



My BFF yang cantek dan sangat sporting, Irna Melissa. 
Dia nih laa orang yang 1st time ajar i makan dekat Seoul Garden ni. Sekarang ni, aku pulak balik-balik yang ajar dia. HEHE. 


Yang bawah ni pulak, waktu aku sama-sama berbuka puasa beberapa hari sebelum nak raya hari tu dengan ex-schoolmates aku.



Terdapat banyak muka-muka kebuluran terpancar di situ ye.haha.


kawan2 perempuan yang terlibat, x ramai pon yg join sekali sebab masing-masing busy.Lama jugak tak jumpa diorang-diorang ni. Muka pon dah ada yang berubah. Yang dulu kurus, sekarang dah gemuk , yang dulu pendek, sekarang dah tinggi, yang dulu muka berminyak, sekarang dah tak berminyak dahh. hekhekhekkk! Mungkin, lepas-lepas ni kalau ada reunion lagi, mesti kerusi pon dah double. Mungkin juga ada yang sampai nak tambah "baby chair". hoho.



Lelaki yang kepala gegar-gegar tu excited sedikit dalam pic ni =) 


And lastly, selepas perut dah kenyang, masa untuk menaik dan menambahkan "muscle".HAHA. kidding babe! 

Byeee! Selamat Mencuba tips yang tidak seberapa daripada
IRINE NADIA ni ok :)