Friday, September 2, 2011

Raya! Raya! Raya datang lagiii !! Selamat Datang Syawal 2011 =)


Assalamualaikum.
Rasanya, belum terlambat lagi nak wish selamat hari raya kepada semua pembaca blog ni. Rasa macam tak sah kalau tak tulis luahan hati serba sedikit di blog sendiri. Apa-apa pon, saya sendiri, Irine Nadia dengan penuh rasa rendah hatinya, menyusun sepuluh jari untuk mohon ampun kepada semua yang pernah mengenali diri saya. Semua manusia dalam dunia ni tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin saya tidak pernah mengenali anda tetapi anda mengenali saya dan keberangkalian juga saya pernah terguriskan hati atau menyakiti hati anda semua secara sengaja atau sebaliknya. Oleh itu, saya mohon ampun daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Kita setkan semula dosa pahala menjadi nilai 0-0 okeh? :) Jangan disimpan lama-lama di dalam hati. Kalau ada apa-apa yang kurang menyenangkan, bolehlah contact saya secara personal di email :P  hihi. Jangan risau, saya sendiri pon manusia biasa ciptaan Tuhan, kalau saya boleh meminta anda semua memaafkan kesalahan saya, kenapa pula saya tidak boleh melakukan perkara yang sama bukan? Saya secara terbukanya, maafkan kalian yang pernah melakukan kesilapan terhadap saya.
(Tak kisahlah kalau korang pernah termengumpat aku ke,buat sakit hati aku ke, ape ke..whutever ^^ )

Tahun ni seperti korang alami dan korang rasa, aku pon turut mengalami suasana hari raya yang agak suram. Aku pon tak tau kenapa, mungkin disebabkan, tahun ni aku tak dapat nak abiskan sebulan berpuasa dengan family di Melaka. Hampir sebulan jugak aku abiskan puasa di kolej. Hermm, biasalah, kehidupan di kolej, mesti rasa sebak plus plus awan-awan yang terpilu di situ ye adik-adik sekalian. Makan berbuka dan makan bersahur pon tak menentu. Kalau dekat rumah, memang dah menjadi kebiasaan bagi semua orang, bangun sahur disajikan dengan makanan sahur yang enak-enak macam kenduri kahwen je aku rasa. Kalau dekat kolej, mesti ada feeling-feeling diva taknak bangun, malas katanyaaa, lagi nikmat tidur daripada makan sahur. Itu semua syaitonnnnnnnn adik-adik oiiii ! Tapi aku buat camtu jugak. huhu.

Dan mungkin jugaa tahun ni raya aku agak suram sebab 1st time dalam hidup aku 2 angpau je yang berjaya aku dapat..................................... ( tetibe lagu sedih keluar time ni ).

Ape-ape je lahh, yang penting aku dapat raya. Syukurlah sebab dapat merasa raya tahun ni, daripada NON-ADO !  Gambar raya kali ni aku hanya letakkan beberapa keping je. Cukuplah sekadar gambar aku kucup tangan ibu bapa aku khas untuk tontonan pembaca-pembaca blog ini. Ok lahhh tewww, daripada takde.Gambar yang sikit ni lah bukti aku beraya jugak tahun ni. huhu :P  Takdelah, gambar full tak siap lagi daripada official photographer iaitu abang aku sendiri si Aizul Marcello tu =) Dia busy merayap pegi beraya rumah kawan dia. huhu.


Macam biasa, tiap-tiap tahun aku mesti sediakan "skrip" minta maaf untuk parents aku. Tapi, entah kenapa tahun ni aku cakap spontan je tahun ni. hehe. Aku rasa, gambar aku cium tangan ayah aku ni nampak macam suweeet sangat. Sesuai diletak dan ditampal besar kat atas meja study ok. Senang nak kasi aku insaffff sikit bila malas nak study dekat kolej.


Yang ni pula, gambar aku meminta maaf dengan mak aku yang tersayang. Sory lah, gambar siku je yang nampak. kuikui. Rahsiakan sikit wajah mak i ni. ahax. Owh sebelum aku lupa, hari ni, 2 September, birthday mak Irine. Tq so much yang comment2 wish kan selamat hari lahir kepada mak aku semalam ok ? =) Really appreciate it !

Apa-apa pon, aku ucapakan
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua pembaca-pembaca blog ni. Rumah aku sentiasa terbuka untuk korang semua beraya di rumah aku.  Duit raya je yang tak terbuka untuk korang. huehuehuehue!

Ok bui bui !