Sunday, November 20, 2011

Fujifilm Instax Mini 7s


Assalamualaikum :)
Instax Mini 7s. Yeah lastly, i got it! hehehe ^______^
Masih ingat lagi tak dekat ENTRY aku yang sebelum ni dok cerita-cerita pasal mini camera ni. Ya Ampun, seriously aku cakap, memang dah lama sangat berkenan dengan camera polaroid ni. Camera ni makin hari makin popular, kalau you all perasan, benda-benda yang lama, makin hari makin popular. Perasan tak? Daripada dulu, memang pasang impian nak beli camera ni. Bukan masalah duit takde, tapi masalah berbaloi ke beli camera ni. Fikir masak-masak. Last2, aku dapaaattt jugakkk! hehe


 Ok, macam aritu aku cakap, ada banyak colour kan. Ada colour putih+biru, putih+pink, off white, coklat. Bentuk camera mini 7s ni sama je, tapi harga dia berbeza. Yang macam camera putih+biru and putih+pink, harga dia dalam RM260 something la. Tapi, macam colour white ni dalam RM290 something like that la. Dah banyak tempat aku usha-usha nak dapatkan harga yang the best and paling murah serta harga berpatutan. Selalunya, camera mini 7s ni dia akan jual sekali dengan fim dia.


Haaa..nih laa film dia yang mencekik darah aku tu. haha. Memang sumpah cepattt habiss! So, sebelum korang nak snap gambar tu, korang pikirlah 100x berbaloi ke korang amik gambar tu. Setakat gambar makanan ke ape ke, haaa toksah. Pakai je nset korang lagi bagus.haha. Yelaaah, satu pack film ni harga dia dalam RM 23. Kalau pandai carik kedai yg murah, dapatlah harga RM23 camtu. Kalau tak, mungkin dalam harga RM 25 ke, RM 28 ke, ataupon kalau kat kedai luar-luar sampai cecah RM 32 per pack. Dalam satu pack ada 10 sheets SAHAJA.. Nak tau berapa harga aku dpt?
1 FUJIFILM INSTAX MINI 7S include 1 pack film = RM 310

Pastu, owner online blogshop yang aku beli ni, dia kasi aku murah,sebabnyaaaa aritu secara tak langsung, aku saje2 promotekan and letak link fb dia kt entry camera tu. And dia kata aku punye blog memang sangat2 membantu and ramai orang carik dia nak beli. hehe :'D And then, dia bagi aku harga ni dan dapat harga yang paling best dalam duniaaa..hehe

1 FUJIFILM INSTAX MINI 7S include 1 pack film = RM 290

murahhhhhhhhhh seyyyhh! haha. Then, sebabkan aku nak COD je terus, dapat lah harga RM 285. Pastu, aku tetiba terfikir, macam sikit sangat jeee 1 pack film. Dah la aku nih buas kalau amik gambar. So, aku tanya dia, kalau aku beli 1 fujifilm mini 7s include 2 packs film boleh dpt berapa. Dia cakap, RM 310. Aku pon macam terfikir dan terdetik jugak, kalau dapat tawar sampai RM300 msti dia x kasi. huhu. So, aku pon ON jee! Terusss janji nak jumpa hari sabtu semalam dekat Carefour Sri Petaling. 

Nilahhh diaaa :) hehe. Nak tau tak, daripada RM310 tu, masa aku pegi pick up, aku try2 lah nak tawar lagi untuk dapatkan RM300. mula2 owner tu macam x kasi, last2 dia kata haaa boleh lah RM 300 sbb blog u mmg memberi kesan. Wooo!! RM 300 INCLUDE 2 PACKS FILM! Mana mau dapattt weyyy harga camtu.ngehngeh3!

Yang nih details camera yg aku beli ni,

RM 300 
1 fujifilm instax mini 7s camera ( include 2 packs film)
  •  1 camera strap
  • 4AA baterries
  • 2 box fujifilm instax mini film
  • warranty 1 year

Instax ni ada 4 setting untuk snap gambar. Ada indoor/dark,cloudy/shady, Fine & Clear. Yang ni manual sikit tau. Kalau beli mini camera yang jenis nipis skit tu, dia byk lg functionnya. Ok contoh lah, nak ambil gambar dalam rumah ke ataupon tempat yang gelap-gelap tu, korang settingkan pakai Indoor/dark. Bagi yang untuk cuaca yang petang-petang atau redup, pakai dan pilih setting Cloudy/shady, dan untuk cuaca yang cerah pakai Fine dan akhir sekali kalau nampak cuaca tengahari atau panas terikk tu pakai Clear.


Tuh je laaa aku nak share kan untuk entry kali ni. Aku hanya boleh sharekan cara-cara nak guna dan bagi yang berminat, aku suggestkan, beli lahhh mini camera ni. Sumpah excited seyhh bila gambar terus keluar on the spot. haha. 

Selamat Berinstax semuaaaa!