Thursday, December 1, 2011

Segmen Jalan-jalan Cari Makan bersama Irine di "Haagen Dazs".hehe


Salam.
Hye everyone ! Hello from Melaka. hehe
Malam ni mood lebih kepada berunsurkan makanan. huehuehue. Yeayy! Esok ada date dengan kawan-kawan aku. Sudah menjadi kebiasaan kitorang, kalau keluar je, perkara utama dalam benak fikiran ( ayat komsas sangat), ialah di mana destinasi untuk makan. Apa kita nak makan, kat mana kita nak makan, sedap ke makan kat situ and bla bla bla. Kalau keluar, serius aku cakap, daripada shopping, aku lebih berpuas hati untuk habiskan duit untuk makan. hehe. Habiskan duit untuk shopping tu puas hati jugak, tapi kepuasan dapat makan tuh menandingi segala-gala nya! haha.

Macam yang dirancang dan disuggestkan oleh kawan aku sorang ni, esok dia nak ajak untuk try makan dekat Haagen Dazs. Bila aku dengar nama tu, sumpah aku tak tau. hehe. Aku tak pernah dengar nama tu and aku tak pernah jugak tau Haagen Dazs ni ada dekat Melaka. Punyelah kolot kan. Mesti ada antara korang penah dengar nama Haagen Dazs ni pelik kan? Untuk pengetahuan korang, Haagen Dazs ni restoran yang ada makanan special untuk ice cream. hehe. Ice cream ok. Yang aku survey2, even single scoop ice cream ni cost dia RM 9. haha. Ambooihh..cekiks darahss tau. Fikir-fikir balik, 1 scoop mmg x ckup lah untuk perut aku. 

Ok jommm layan-layan dulu gambar ice cream from Haagen Dazs ni. Rasa sangat excited nak pergi and terjah semua ice cream dekat situ esokk...miyauu miyauu.















 Ok, kesimpulannya, aku sangat laparrr dan terliurrr ok bile tgk semua ice cream ni ! 
Esok dah makan kat sini, aku update cerita kat sini k. Review untuk jalan2 cari makan bersama Irine. hekhek. Ok babai~~