Tuesday, January 24, 2012

Camera Lens for him


Assalamualaikum. 
Masih dalam mood bercuti lagi kan? Irine pon lupa berapa lama korang cuti untuk CNY ni. Okeh, disebabkan Irine lama sangat tak update blog, so arini terbukak hati pulak nak updated. 

Nak dijadikan cerita, aritu Irine pegilaaa shopping2 nak carik barang. Mulanya nak carik barang lain. Memang dah jadi habit sangat, dalam plan dah set awal-awal nak beli barang lain, tapi bila sampai, mesti lupa plan barang apa yang nak beli, tapi nampak benda lain terus rasa nak beli. Lupa nak fokuskan barang apa yang kena beli dulu T____T Sebabkan tuh la, budget selalu lariiiiii..

Usha punya usha, ternampak satu benda alah ni. Rasa macam excited nak beli. Tak tengok harga dah, memang tak hirau harga. Dalam kepala, nak terus grab pastu bayar kat cashier. Gelojoh bukan? huhu. Teruskan survey-survey barang, last2 baayaaaarrr! hehe. 


Maka, terbelilah benda alah kat atas ni untuk tunang tersayang. Tapi yang ni versi dah berbalut dah. huhu. Nampak sangat pembalut tu pon macam budak-budak sangat. Rushing ok nak beli. Tu pon dah terfikir macam "arrghh malaslah nak balut, bagi camtu je dlm paperbag". Tapi macam x surprise pulak. Nak pegi kedai stationary x sempat sebab dah balik. Akhirnye, terfikir kedai Mesra kat bawah tu. haha. Pembalut ni satu je nampak ok lahhhh and not bad. Yang lain semua cik pong. 

Nak tau apa isi kat atas ni? hehe. Bukan perfume pon tau. benda lain. Benda yang ada kena mengena dengan En. Tunang. Irine bagi hint duluuuu..


Hint pertama : Lens camera. 
Antara bini  dan harta kesayangan  En. Tunang


Hint kedua : Ada kena mengena dengan camera kesayangan En. Tunang..
Kedua-dua camera kat atas ni bini kesayangan diaaa..huuuhuuu. 

Nak tau apeee?

....
............
...........................................
..............................








tadaaa..!


 Tadaaa! hehe. Lens yang menyerupai lens camera En.Tunang.
Perhatikan betul-betul. Irine bukan bagi lens betul2 yang beribu-riban tu pon. huhu.
Bagi cuplens je. hehe. Lens yang boleh dibuat untuk minum kat dalam dia. hehe.Ala2 termos jugak lah. Dah lama nak carik cuplens ni, tapi selalu jumpa online je. Bila nampak depan mata, terussss grab! Awal-awal dah beri amaran dekat En.Tunang, nanti jangan tersalah minum air dekat lens yang real kepunyaan dia dengan lens tipu-tipu ni pulak. haha.

Untuk pic yang lebih jelas, cuplens tu macam picture kat atas ni. Sejibik :)



Function cuplens ? Haaaa..boleh sediakan air dalam cuplens tu yeeeerrr..:)

Semoga En.Tunang suka dengan pemberian and hadiah anniversary yang tak seberapa ni :) 
Bui bui~~~