Friday, April 27, 2012

Another step towards marriage life : Prosedur untuk berkahwin :)


Assalamualaikum.
Tajuk utama entry kali ni sesuai untuk yang darah-darah manis sahaja dan untuk orang-orang yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. hueheuhue. Kali ni takyah lah eh nak intro panjang-panjang. Straight to the point :P

Rasanya entry ni mungkin bukan untuk Irine sorang je, mungkin berguna juga untuk readers di luar sana untuk refer. Prosedur untuk berkahwin. Hermm, nampak macam senang, tapi sebenarnya banyak step-step yang korang perlu buat. Sebelum apa-apa, better you all sediakan checklist untuk catitkan apa perkara penting yang patut (wajib) lakukan. Serious, memang perlu semua tu, kalau boleh sediakan lah satu buku khas untuk siapa-siapa yang bakal berkahwin mencatitkan setiap perkara. Sangat membantu. 


Kursus Kawin

Perkara paling penting sekali, hadiri Kursus Kawin! Haaa, kursus kawin ni bila-bila je korang boleh pergi, sebab takde valid date. Sah dan laku seumur hidup. Cuma, kalau dah dapat sijil kursus kawin tu, simpanlah elok-elok, kalau hilang memang parah sikit. Macam bulan lepas, Irine dah pegi kursus kawin. hehe.. Pegi dengan En.Tunang. Kalau nak diikutkan , kalau tak pujuk orang lelaki ni, mesti diorang lambat-lambatkan. huhu. Irine memang takde pengalaman mana tempat nak pergi kursus kawin. Sebabkan tu Irine serahkan kat En.Tunang untuk survey-surveykan tempat untuk kursus. Lastly, we all pilih pegi kursus dekat Bangunan LPPKN, depan Sogo tu. 


Alhamdulillah, Irine and En.Tunang selamat and berjaya hadir kursus kawin selama satu setengah hari. yihuuu! hihi. Tempat kursus kawin pon not bad lah. Ceramah pon ada yang best dan ada yang agak mengantuk sikit. huhu. Yang best sebab dapat ustaz penceramah yang pandai buat lawak. Yang mengantuk kalau dpt penceramah yang x berapa nak buat semua orang celik mata time ceramah. hikhik! So far, ok lah, ada sediakan makanan. Kursus kawin RM80 setiap seorang. Kalau boleh, pegilah kursus kawin dengan pasangan, kalau pegi sorang-sorang or pegi dgn bukan pasangan, nanti tak dapat rasa perasaan seronok tu :P 

Ujian HIV 

Dah setelll kursus kawen, antara salah satu perkara paling penting ialah nak pegi ujian HIV. Ujian HIV ni sangat penting ok! Hari tu, Irine baru je selesaikan hiv test ni. Owh cop cop! lupa nak kasitau, selalunye hiv test ni kalau nak buat, kena set appointment dulu tau, tak boleh terus2 datang, terus nak buat. Kena set appointment dulu. Macam Irine, 2 mgu lepas, Irine and En.Tunang pegi klinik untuk setkan appointment. 


Hari Selasa haritu barulah sampai turn kami. Pihak klinik ni selalunye diorang akan kumpulkan beberapa orang yang akan ambil test hiv dalam satu tarikh.Kalau dah penuh satu tarikh ni, nama akan dimasukkan untuk tarikh seterusnya pulak. Time hari Selasa aritu pulak, appointment hiv test Irine sama date dengan exam Irine. huhuh. Kalau nak cancelkan appointment, memang taklah kan. Dah takde masa nak tangguh-tangguhkan lagi sebab lepas ni nak bawak semua document tu untuk sahkan dengan tok imam untuk belah masing2 pulak. Lepas abis satu exam pagi, terusss pegi klinik. 

Lama jugak nak setelkan hiv test ni. Sebab boleh dikatakan rumit jugak. Orang lelaki senang je, tak banyak step. just masuk bilik pegi ambil darah pastu ambil tekanan darah semua, then dah abis! X aci! Perempuan banyak step! kena ambil darah banyak kali. Darah untuk test hiv dan ambil darah untuk test kencing manis. Sakit tak kene amik darah? Ermm, normal lah, sape nak kalau amik darah. huhu. Bagi yang tak biasa amik darah, mungkin akan rasa takut, contohnya macam En.Tunang sendiri. huhu.Amik darah sikit je dekat hujung jari! haha. Ok lah tuh, kalau yang Irine sendiri kena, 2x amik darah.

Satu amik darah dekat lengan,banyak pulak tu sedut darah :( sakit gak, tapi yang sakit tu bukan time die amik darah, sakit dia terasa bila dah selesai semua. Tangan mmg lenguh, sebabkan tu Irine request nak amik darah tangan kiri,sebab nak exam petang tu nak guna tangan kanan.Risau tak larat pulak nanti. Then, amik darah untuk test kencing manis dekat hujung jari. Dah macam kena stapler je rasa. Walaupun sikit and kecik, tapi pedih rasa kat jari tuh sampai ke malam. Haiyoyo, pening pale! Byk step, dkt klinik pon macam tak berapa sistematik sgt. huhu. Irine dah risau dah, sebab petang tu ada exam yang kedua pulak. Berkejar-kejar and rushing nak abiskan hiv test ni. huhu. 

Tapi takpe, hasil hiv tu memang berjaya buat Irine and En.Tunang tersenyumm akhirnya! :) hikhik!



Alhamdulillah, we all bebas dari hiv. yeayy! dah boleh kawin. huehuehue!
terus senang hati untuk hal ni. :P

Eh jap, lupa nak ingatkan, untuk hiv test, you all kena pegi dekat klinik kerajaan sahaja ok! klinik kerajaan je yang diorang nak! swasta x boleh ye. 

Untuk step yang seterusnya ialah pihak lelaki hantar semua document and borang nikah dekat negeri sendiri. Sebabkan En.Tunang irine sendiri bukan sama ngeri dengan Irine, mungkin jadi agak makan masa sikit. Nak dapatkan pengesahan dulu daripada sana, barulah boleh bawak borong nikah lelaki ke pihak perempuan, and hantar same2 semua document tu dekat belah Irine. 

Kawan-kawan semua doakan lah semua urusan Irine and En.Tunang berjalan dengan lancar k :'D 


Dah alang-alang tulis entry ni, selitkan jugaklah cerita lain. hehe


huhu...tak tau pon blog sendiri terselit dalam Majalah Intrend bulan ni, Mei. 
Tak pernah pon hantar borang dlm majalah ni. Mula perasan bila kawan kat facebook, tego cakap blog masuk Intrend. Terus beli, bila selak-selak nampak blog ada dekat bahagian atas skali menjadi blog pilihan kami :'D Timacih! Timacih! Segan rasanya..huhu..


Muka depan Intrend bulan ni :) Tq Intrend~