Wednesday, July 4, 2012

Nikah 29 June 12 : Adat Lafaz Sakinah


Assalamualaikum. 
Hye semua yang masih membaca blog Irine ni daripada zaman  single sehinggalah zaman sudah dimiliki. ewahhh...huehuehue.

Alhamdulillah, dah masuk 5 hari berkahwen, tapi perasaan pengantin baru tu masih membuak-buak. Rasa macam tak puas dan rasa macam nak kawen lagi sekali! hiksssss. Memang akan kawen lagi sebenarnya hari Sabtu ni.hehe. Hari Sabtu ni ada majlis bertandang untuk belah lelaki pulak di Perlis. Doakan agar segala urusan dan kenduri di sana berjalan dengan lancar.

Meh nak cerita sedikit, perasaan lepas kawen memang best dan seronok. Hari-hari suami ada dekat sebelah Ada tempat mengadu, tempat berlawak gelak-gelak, ada peneman time makan, dan yang paling best dah ada imam sendiri dalam waktu solat :') Ya Allah, perkara yang dah lama Irine inginkan dalam hidup. Sembahyang berjemaah bersama-sama suami. Syukur Ya Allah... :)


Picture credit to  
Fakrul Loy Photography

Okeh okeh, yang lain tu cerita untuk entry seterusnya k. Yang sekarang ni, Irine cerita dulu serba sedikit time majlis nikah Jumaat malam Sabtu lepas. "Lafaz Sakinah". Pernah dengar tak adat lafaz sakinah sebelum ni? Bagi yang tak pernah dengar and belum tau apa adat tu,Irine bagitau sikit2 yang Irine tau. Lafaz Sakinah ni ialah proses penyerahan anak perempuan kepada lelaki yang bakal menjadi suami kepada anak perempuan. Tak silap Irine, adat lafaz sakinah ni ada dekat Melaka dan Johor je. Tapi negeri lain tak tau ada ke tak. Setakat ni dua negeri tu je lah yang Irine tau.

Bagi tempat Irine sendiri, selepas selesai dinikahkan, Tok Imam akan memberi 2 skrip yang akan dibaca oleh ibu pengantin perempuan dan pengantin perempuan itu sendiri. Moment ni ialah antara yang ditunggu-tunggu oleh semua orang sebab time ni lah ramai yang akan readykan tisu.Motif tisu? Sebabnya saat lafaz ni dibaca sangat menyentuh hati. Dan kalau nak tau, seminggu sebelum nak nikah, mak Irine dah pesan dengan Irine yang dia taknak baca lafaz tu. Dia takut dia nangis nanti. Time tu Irine senyum nakal je lah depan mak, sebab saat ni berlaku sekali seumur hidup. Dan bila lafaz ni dibaca oleh mak Irine (time ni tok imam suruh ibu genggam dan jabat tangan anak perempuan dia), Mak Irine tak keluar suara. Sempat keluar suara yang jelas dan kuat masa awal-awal nak baca "Bismillahirrahmanirrahim" je. Yang selepas tu, suara dah hilang sebab ayat dalam skrip tu menyentuh hati and kalau siapa-siapa baca memang automatik akan sebak.

Time mak baca tu, Irine sendiri dah start menangis. Sedihnya Allah je yang tau. Yelah, mak nak menyerahkan anak bongsu lada dia kepada satu-satunya lelaki yang akan menjadi suaminya kelak :') Air mata semua keluar. Dan bila mak selesai baca skrip dia, giliran Irine pulak nak membaca lafaz tu. Ya Allah, time ni serius dan secara jujurnya Irine dah tak fikir make up akan cair bila kena air mata. Apa nak jadi, jadilah. Emosi sedih menguasai diri time ni :'( Irine baca lafaz tu dengan nada yang sebak, dah takde cover-cover suara ayu. Suara serak dan bergetar keluar dari mulut Irine. Terfikirkan sepanjang 20 tahun mak jaga Irine dengan baik and tak pernah mengeluh... Skrip lafaz tu pulak panjang..lagilahhhhh sedih and lambat nak habiskan bila suara terketar-ketar nak baca :") Akhirnya selesai, dan Irine dan mak berpelukan..Dan Irine sempat bisik dekat telinga mak yang Irine minta maaf.......

 
Picture credit to My Official Photographer
Subhi Karim
boleh click nama kat atas untuk LIKE page dia :)

bersambung......