Saturday, July 14, 2012

Part 1 : Solemnization


Assalamualaikum wbt. :)

Semalam adalah genap 2 minggu bergelar dan memegang title seorang "isteri". Mana-mana pergi jumpa kawan, mesti mengajukan persoalan yang sama " best tak kawen? ". Jawapan Irine? Haihhhh..mestilah best..seronok..hikssss! Bukan takat kawan je, lecturer pon ada yang tanya. Mak dekat rumah pun rajin calling2 Irine tanyakan khabar. Sampaikan semalam Irine mesej mak..

Irine : Mak, murni demam r...
Mak :  Yeke..nak balik ke...?

Terus tersenyum baca mesej tu bila baca banyak-banyak kali. Sebab ayat mak tu seolah2 macam Irine ni still duduk sorang-sorang macam waktu dulu :'p Jangan risauu.. sekarang sudah duduk berdua dan berteman.. kalau demam, ada suami yang tolong jaga dan tolong tidurkan sampai terlelap time sakit, mcm semalam... :-)


Back to the title, ok tarik nafassss panjang-panjang ye! Panjang ni nak type dan nak kena baca satu-satu.  

Sebenarnya, kalau nak diikutkan, Irine dan suami ikat tali pertunangan selama setahun selepas persetujuan. Irine tunang bulan June tahun lepas (2011), dan memang perancangan awal diijab kabulkan bulan June jugak the next year. Tapi masa tu tarikh kami dianjakkan ke bulan November (2012) atas sebab abang sulung Irine nak kawen bulan April, 2 bulan lebih sahaja awal dari majlis Irine tempoh hari. Agak sedih jugak, yelaaa..tunang lama-lama siapa nak kan. Entah macam mana, suami dan family mertua berbincang semula dengan family Irine dengan niat kalau boleh percepatkan jugak bulan June tahun ni (2012). Mula-mula macam mak dan ayah tak berapa nak setuju, atau boleh dikatakan tidak bersetuju langsung.huhu... Dan Alhamdulillah, lepas suami Irine sendiri yang bincang baik-baik face to face dengan ayah di rumah suami irine, ayah terus setuju. :') Tak tahu kenapa bila ayah tengok muka suami Irine terus dia berubah pendirian..:'D Kuasa Allah kan? Pegang pada kata-kata cerdik pandai, nak lakukan perkara yang baik lagi-lagi membina sebuah masjid, InsyaAllah Allah akan tolong dan permudahkan urusan kita.

Maka, 
bermulalah hari-hariku dengan melihat dan membelek kelender berkali-kali dekat dalam phone.haha. Setiap hari countdown. Daripada segi preparation ? Haihh..jangan cakap lah, normal bagi seorang bride to be akan merasa stress.hoho! Ambil masa setahun untuk lakukan preparation, daripada A-Z, make-up, photographer, videographer, khemah, pelamin, decoration, hantaran, lauk kenduri, DJ radio, kad kahwin dan macam2 lagi. Nak-nak bila kena selesaikan semua perkara dalam masa yang sama Irine tengah study. Kalau boleh taknak susahkan mak ayah. Jadi mostly perkara2 kawin Irine buat dengan suami. Sangat mencabar di situ, tapi suami banyak menolong waktu tu :') Kalau Irine tengah stress nak siapkan salah satu preparation, mesti suami akan cakap camni, 

"Ingat kann apa yang abang cakap? Kita nak kawen mesti happy" :'D


2 bulan sebelum majlis, masih tiada rasa apa-apa perasaan. Perasan excited je lebih. 1 bulan sebelum pulak dah start rasa macam lain sikit perasaan ni. Mesti akan cakap dalam hati
"ehh..hujung bulan ni je aku nak kahwin jadi isteri"

2 minggu sebelum majlis dah mula nampak busy dengan perkara2 yang agak menstresskan diri, iaitu mula membayar duit2 deposit.huhu Busy telah menyebabkan Irine terlupa perasaan nervous.hehe. Akhirnya.....seminggu sebelum, Irine dah start minta cuti dekat lecturer, minta pelepasan nak cuti seminggu awal balik rumah sebab nak setelkan banyak benda kat rumah (Melaka) pulak. Irine bergegas balik ke Melaka seminggu sebelum majlis, angkut semua barang dan buat clearance dekat rumah sewa sambil mengucap selamat tinggal. hehe. 

Sepanjang seminggu sebelum majlis, mak selalu tanya soalan yang sama, 
"Murni, lagi berapa hari je lagi nak kawen, takut tak". 
Irine pulak macam terfikir, amboi, mak pulak yang rajin interview perasaan irine. huhu. 3 hari sebelum majlis, Irine dah start tak buat apa-apa keja. Time-time macam ni lah, nak merasa jadi raja sehari ;p Risau kalau buat banyak-banyak benda nanti terlalu letih masa hari kenduri. 

Ikutkan jadual asal, waktu nikah kami sepatutnya berlangsung selepas 
Isya' (29 Jun 2012, Jumaat). Tapi bila Irine bangun je tidur pagi Jumaat tu, ayah cakap waktu nikah cepatkan sikit selepas waktu Maghrib. Haaa..mulalah perasaan tak sedap datang, duduk pun dah tak senang dah. Time tu lah, perasaan nervous tahap dewa datang. Tapi Irine pikir balik nape ayah nak cepatkan pulak? adakah ayah yang tak sabar nak nikahkan kami? hehe Ayah janji pukul 8 pm semuanya dah ready untuk mulakan majlis. Tapi malam tu rombongan pihak lelaki terlambat 15 minit gara-gara rombongan kereta tersalah jalan. Sebab malam tu suami Irine cakap rombongan belah lelaki ada 12 buah kereta konvoi..huhu Pukul 8 pm Irine masih berada dalam bilik lagi, tengah touch up make up dengan my gorgeous MUA Sis Anna Cherrie. Tak lupa juga kepada photographer Subhi Karim dan videographer LhMedia yang turut menenangkan Irine dekat dalam bilik. ahaxxx sementara menunggu pihak rombongan lelaki datang kami main snap2 dulu.. :p

:) 
Pic by Subhi Karim
Make up by Anna Cherrie
Waktu tengah bersiap. 

Lebih kurang pukul 8.30pm macam tu, Irine dah kena panggil untuk turun bawah. Perasaan time tu bukan fikir takut ke apa, cuma risau macam mana nak buat gaya cool bila depan semua orang.huehuehue.
Lama jugak tok imam bacakan khutbah dan ceritakan tanggungjawab dan kehidupan selepas berkawen. Time ni tgk si suami macam fokus semacam je kat tok imam, tak tahu la faham ke tok imam tu cakap..hehe (insyaallah faham :p) 



Dan...
akhirnya.............................................


Akad Nikah berlangsung..
Irine dinikahkan oleh ayah Irine sendiri.. :')

Saat ayah mengenggam tangan suami untuk dinikahkan :')


Beberapa saat menikmati zaman single..huhu...


Sebelah tu pengapit kita :) Daripada ke tunang sampailah ke kawen, dia je yang jadi pengapit.


Selepas selesai akad nikah, Irine duduk di hadapan mak untuk membaca lafaz sakinah.. Saat yang bermakna dan tak dapat nak tahan perasaan waktu ni..

Sebak....




Ambil mood semula untuk sign borang persetujuan :') 


Dan..Alhamdulillah, dengan berakhirnya lafaz akad nikah, Irine dan Amirul sah menjadi suami isteri..
Hanya tuhan je yang tahu perasaan ini :')

Marriage means the life of reality...

I do, i do, i do :P

With the rings, we share the bond together..

Love is marriage..
Marriage is friendship with love..
Friendship with love will create happiness in every single time you spend together..

 
I love this moment :)
Marriage means getting closer and closer...




Part yang paling sebak dan sedih sekali  ialah masa setiap kali pandang muka ayah sepanjang waktu nikah. Walaupun ayah tak tunjukkan riak muka sebenar, tapi boleh faham perasaan ayah masa tu. Kalau nak tau, masa selesai je sarung cincin, Irine salam semua yang ada dekat situ, termasuk dengan family sendiri. Irine nampak ayah and dah hulur tangan nak salam, tapi ayah mengelak tak nak pandang. Lepas abang-abang panggil ayah yang Irine nak salam, terus ayah pusing dan dakap Irine dengan kuat. Kuat dia lain macam. Peluk yang sangat-sangat erat dan macam taknak lepas...... :'(  (rindu ayah.......)



Masa ayah peluk, ayah bisikkan dekat Irine macam-macam..
Biar diri sendiri yang simpan semua tu........*nangis*

Tengok cara tangan ayah dakap badan Irine erat-erat pon dah boleh nampak dalam gambar ni kann.. :')





Mak, Irine, & Ayah :')


Dear Parents,

Thank You for being the best parents..
I love you with all my heart...
Today and forever...





Dear my lovely husband, 

I can't describe my love, 
it's hidden in every space,
It may not be seen easily,
And never you will find it,
Unless you catch my eyes,
And until you get suprised..... :')


Love you sayang...