Wednesday, July 18, 2012

Part 2 : Khatam Al-Quran


Assalamualaikum wbt.

Sambungan dari entry Part 1 akad nikah Irine dan en. suami, kali ni adalah khatam Al-Quran. Sebelum tu Irine nk ucap terima kasih bagi yang dah baca entry part 1 dan sangat terharu bila baca komen2 korang semua dalam entry tu, rasa sebak balik pon ade..wuwu Owh yer, lupa nak selitkan cerita tentang suasana malam nikah aritu. Malam nikah aritu Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja. Tetamu pulak? Tetamu yang datang lebih ramai daripada yang dijangka. Kami sekeluarga bajet untuk malam nikah dihadiri oleh 100 orang je. 100 orang termasuk keluarga pihak lelaki + pihak perempuan + kawan-kawan terdekat Irine. Tapi ayah cakap, tetamu yang datang lebih daripada 150 orang. huhu..Nasib laaa siapa yang makan lambat tu. (irine ngn suami la tu) hewhew.

Selesai je majlis akad nikah malam tu, en. suami tak stay dengan Irine lagi. Dia balik ke homestay dia dulu dan jumpa hari esok tu. Malam tu feeling dah jadi lain sikit, dah jadi isteri, automatik rindu dekat suami sebab berjauhan lagi walaupun homestay dia daripada rumah Irine tak sampai berapa jengkal je..hehe

Mengikut jadual atucara yang tertulis dalam kad kawen, pukul 9.30 pagi - 10.30 pagi ialah Majlis Khatam Quran. Memang daripada zaman akak Irine sendiri kawen, majlis ni kitorang adakan pada waktu pagi sebelum majlis bersanding. Awal-awal pagi dah bangun. Nak dijadikan cerita, sebenarnya Irine just sediakan  Jubah Dress colour Grey yang Irine jual sendiri di blogshop Irine untuk dipakai sepanjang majlis Khatam Quran tu :) hehe. Jimaatttt and sesuaiii untuk majlis macam ni.

Lepas siap je, mak terus panggil suruh turun bawah. Katanya, makcik-makcik berzanji untuk khatam Quran dah sampai. Mula-mula ingat macam tak berapa ramailah, yelahhh..sebab 1st time kan. Tak terfikir macam satu kumpulan pakai baju sama datang rumah nak pimpin kita sorang. Segan semua ada sebenarnya time tu. Tapi, layankan je lahhh , niat sebenar nak baca Quran pagi tu :) Lagipun semua makcik-makcik yang datang tu Irine pernah kenal dan jumpa, sebab diorang semua jiran-jiran taman sebelah rumah.


Owh ye, majlis khatam Quran ni dihadiri oleh kumpulan berzanji. Mula-mula diorang mulakan dengan berzanji and ketua makcik2 tu suruh Irine ikut je apa yang diorang baca. Lepas dah setel berzanji, Irine mulakan baca Quran dengan Surah Ad-Duha. Irine baca sorang-sorang and ayat terakhir disambut ramai-ramai oleh diorang :)


Irine dikelilingi oleh kumpulan berzanji. 
Tapi nampak macam Irine yang jadi ketua pulak duduk tengah-tengah.hihi.



Alhamdulillah, ustazah yang mengetuai kumpulan berzanji tu cakap Irine takde apa-apa masalah dalam bacaan. Sampaikan majlis khatam Quran ni selesai terlalu cepat, kurang daripada sejam waktu yang dijangkakan. hehe.



Focussss..



Selesai je majlis, Irine cepat-cepat ambil breakfast. Risau kalau sepanjang majlis bersanding letih dan takde tenaga. So, paksa diri makan lebih sikit pagi tu untuk bekalkan tenaga sikit untuk salam ramai orang :P






Bersambung..... :P