Tuesday, September 4, 2012

Majlis Bertandang, Perlis


Assalamualaikum. 

Haaaaaaaa..sory lambat sambung entry. Entry ni dah siap-siap letak dalam draft, tapi tak berkesempatan nak publishkan lagi. Hari ni ada masa la jugak nak update sempena hari lahir sendiri semalam, 3 September. huehuehue :'D Genap sudah umur 20 tahun. Rasa bersyukur yang teramat sangat dalam usia yang muda dianugerahkan suami yang sangat penyayang dan sentiasa melayan kerenah Irine. Membesar depan suami semestinya satu pengalaman yang terbaik dalam hidup. Tak lupa jugak dengan bertambahnya keluarga belah suami :) Ada ibu dan ayah mentua, ada akak-akak ipar dan adik ipar :)

Berkawen dengan orang utagha, memang tak terfikir pun. *cewahh.!hehe. tapi bestlah, at least Irine kenal dan tau cara hidup orang belah sana. Majlis bertandang ni Irine dan suami rancang adakan seminggu selepas majlis di Melaka. Pastu, terus balik Perlis untuk buat persiapan awal dekat sana. Selalunya orang cakap, majlis bertandang a.k.a majlis menyambut menantu ni, pengantin perempuan tak boleh ikut suami balik rumah dia dulu. Maksudnya, pengantin perempuan datang bersama-sama dengan rombongan dia. Nak kasi surprise la ceritanya.Tapi, Irine tak.hihi. Lepas kawen, terus ikut suami balik Perlis :P 

Rasanya ada dalam kalangan pembaca blog ni yang duduk di Perlis kan? Beseri? :) 
Suasana dekat sana especially malam sebelum majlis, meriah dan ramai sedara-sedara datang tolong-tolong.  Tambah lagi meriah sebab family suami masak sendiri tak guna catering. So, sepanjang duduk dekat sana rasa macam syurga makanan. Macam-macam makanan ada.hehe.

Sehari sebelum majlis, orang yang pasang khemah dan pelamin dah start busy dengan kerja pemasangan diorang. Terus jadi tak sabar nak tunggu sampai pelamin siap. Risau jugak sebab dah tengah-tengah malam tak siap lagi semua. Last-last, mata dah berat, terus tido awal. Bangun-bangun pagi je suami kejut cakap cubalah tengok pelamin kita,dah lawa dah kat depan.hehe. Terus zassssss pegi depan tengok :)


Pelamin bawah khemah dalam pembikinan daripada staff HAFA EVENT


 SELEPAS :)
 Design pelamin husband yang requestkan *bagus jugak taste dia :P
Husband pilih pelamin macam ni sebab dia kata senang family nak bergambar ramai-ramai. 
Thanx HAFA sebab buat pelamin cantik macam ni ! Puas hati sebab boleh ramai2 orang bergambar dekat sini. Sesiapa yang area sana boleh lah contact Kak Linda owner HAFA ni untuk dapatkan service dia.
Kak Linda = 012.519.7940

Ikutkan jadual, majlis start pukul 12 tengahari. So, pengantin dijadualkan sampai dalam pukul 1pm macam tu. Disebabkan Irine yang tak berapa nak tau area sana, Irine jadi macam kalut sikit, risau pun ada. 1st sebab orang yang Irine dah booked untuk make up kan dekat sana tiba-tiba cancelkan last minute tak dapat nak datang. Kelam kabut dibuatnya. Nasib baik, adik ipar tolong selamatkan.hehe. Dia suggestkan ada sorang akak ni. Kitorang plan terus make up dekat butik tu dan siap sekali dekat sana dah alang-alang.


On the way nak ke rumah pengantin lelaki. Dengan photographer sekali kitorang angkut pergi butik tu.hehe. Tingkiuuu kepada adik ipar yang banyak tolong Irine time nak bersiap-siap =)

Sampai je dekat sana, family suami menyambut rombongan pengantin perempuan dari Melaka. Sebenarnya, perasaan Irine time tu agak nervous dan segan sikit sebab tak berapa kenal dengan tetamu yang datang. huhu. Jadi, satu-satunya cara nak hilangkan semua perasaan tu ialah senyummmm je.hehe.  Kawan-kawan Irine majoritinya datang masa dekat Melaka. Tapi ada jugaklah beberapa kawan dalam facebook Irine yang duduk area sini yang sudi jugak datang :) Yang datang dua-dua belah kenduri dekat Melaka dan Perlis pon ada! hoho!


Selamat datang =)


Pengapit Irine, adik ipar sendiri, Kak Dazita. Eh kenapa panggil "akk" pulak? Haaa.sebab dah terbiasa daripada dulu lagi. huhu. Adik ipar irine umur sama sebaya dengan abang Irine. Kira Irine lebih muda 3 tahun daripada adik ipar sendiri ;p


Ayah dan ibu mentua Irine :)
Agak-agak suami Irine ikut muka ibu atau ayah mentua? :p


Adik-beradik belah suami.
Akk-akk dan adik ipar :)


Apo la yg kelakau sangat :'D



Tema color di Perlis adalah Heaven Turquoise with Shy Grey :D
Sempoi tak akk ipaq i? hehe



My schhweettheart!! <3 nbsp="nbsp" p="p">
Lepas je selesai majlis, dalam pukul 5.30pm macam tu, ready nak pegi shoot outdoor. Kat sini banyak gak tempat outdoor cantik-cantik. Irine n suami plan nak shoot dekat Ladang Kuda.Time ni, sekali semua siblings dan cousin2 ikut. Lagi ramai lagi meriah. 

Thanx to our photographer The Klikers sebab datang jauh-jauh dari KL. hehe. Yang ni betul-betul last minute punya kerja, asyik busy  je setelkan urusan kawen dekat Melaka. Last-last Irine yang contact sendiri The Klikers nak booked diorang.hihi ;p


:)


Part ni paling suka. hoho. 
Adik-beradik yang banyak membantu.
Sweet momment :)



Haaa...lupa nak bagitau, majlis belah lelaki, Irine dan husband pakai baju songket. Daripada sebelum kawen lagi, husband dah cakap dengan Irine yang ibu nak kitorang pakai baju songket. Mula-mula plan nak pakai songket colour hitam, pastu tak jadi sebab susah nak jumpa. Akhirnya, pilih colour grey. Merata-rata jugak nak carik yang mengikut tema dan baju yang sedap mata memandang. Untuk baju songket ni, kitorang  just sewa sebab nak save budget. hakhak! Dah jumpa satu butik ni sewakan baju songket, lawa gile.Memang berkenan. Sekali tanya-tanya, untuk sewa sahaja, RM2k. Sewa je tau, rasa tak berbaloi pulak sebab. Lagipun baju nikah dan reception (melaka) aritu dah tempah.Carik punya carik, kitorang decide sewa baju dekat Butik Idaman  Jelita. 


Irine, husband, dan adik ipar. Tetibe terasa macam kurus pulak bila kene apit. huehue.


Dengan suami akk ipar.  Tahun depan InsyaAllah tambah lagi seorang. Maknanya, Irine sorang jelah menantu perempuan. hehehe.


Rasa macam banyak je lagiii benda nak cerita pasal majlis dekat sini. Tapi otak tepu gile! Taktau nak type ape.haha. Kenapalaaa dengan kau Irine oii. Tapi ok laa kan, dua-dua majlis dah Irine cerita and buat review sikit-sikit. Harap-harap entry tentang perkahwinan ni tak disalah anggapkan. Cuma nak bagi idea @ rujukan untuk bride to be. Tu jee.

Last but not least, thanx a lot kepada family dan sedara-mara husband yang sporting serta banyak membantu untuk melancarkan majlis bertandang ni. Dan juga bawak Irine jalan2 sambil borong selimut Toto yang cantik2 nak bawak balik masuk rumah baru, thanks to Totolicious sbb tunjuk banyak corak2 yang best! :) Sape yang duduk jauh dari utara boleh beli Toto jenis selimut tebal ni secara online di Totolicious, satu benda wajib yang kena ada dalam rumah, lagi2 rumah yang baru nk pindah mcm Irine ni :p

Terima kasih juga sebab melayan rombongan pengantin perempuan dengan baik dan akhir sekali terima kasih sebab menerima kehadiran Irine sebagai ahli baru dalam family :)