Thursday, September 20, 2012

My new story begins


Assalamualaikum..


Ada kisah yang nak diceritakan..............



Sory entry aritu tergantung dan tak sempat nak ceritakan lg. Takdelah new story mana, just nak updated last week punya aktiviti je. Ok, nak dijadikan cerita, kitorang tak plan pon nak pegi mana-mana weekend lepas. Kalau ada pun plan takat keluar dekat-dekat dengan rumah je. Kalau tak Giant,pegi Carefour. Kalau tak Carefour, mesti pegi Pasaraya Hero kat seksyen 13 sana tu T__T Sadis sungguh weekend kalau camtu. huhu. Mana taknya, dua tiga menjak ni, weekend jadi bertambah busy sikit sebab nak uruskan rumah baru pindah. Nak kemas-kemas lagi. Jadi, masa hari Khamis malam tu, duduk lah sebelah suami yang tengah busy depan meja pc, tah macam mana boleh terrrajak pegi jenjalan. Takde istilah honeymoon, cuma "jenjalan". hehe. Since daripada kawen sampai sekarang still takde cuti sem lagi, jadi faham-faham je lah, segala-galanya postponed T__T

Survey punya survey, jumpa lah satu tempat bercuti ni. Bercuti dalam hotel :P Agak best and syiookk jugak Tapi yang tak bestnya sebab terlalu dekat sangat.ahaxx. Ingatkan malam tu lepas dah survey, macam tak jadi nak pegi sebab bila call hotel tempat yang nak pegi tu diorang cakap bilik yang kitorang nak dah full. Yang ada cuma bilik besar yg ada dua katil king. Dah rasa macam pembaziran kat situ. Semakin banyak katil, semakin bertambahlah harga bilik (erk..macam hipotesis pulak)

Esoknya pulak, hari Jumaat. Setiap hari Jumaat ialah hari yang ditunggu-tunggu sebabnya kelas hari Jumaat memang takde sepanjang hari.hoho. Suami pegi solat Jumaat, on the way dia balik, tiba-tiba dapat mesej drpd husband suruh siap-siap cepat, balik kang terus pegi. . Terusss zaassss masukkan baju dalam bag :)




Tempat yang dituju.
 Grand Lexis, Port Dickson :)
Masa otw, terfikir jugak yang husband cakap semalam dia call hotel, hotel cakap bilik yg kitorang nak full. Tapi tah macam mana boleh ada pulak bilik tetibe. Husband cakap dia try call lagi sekali and orang tu cakap ada pulak biliknya. Kannnnn..gitulah ceritanya.


Walaupun Port Dickson memanglah teramat dekat, tak sampai beberapa jam dah sampai, dann walaupunnnn tak sempat feeling2 bercuti lagi, tapi takpe dimaafkan. Sebab Grand Lexis ni memang bestt sangatttt! Irine sure ramai yang dah pegi bercuti dekat sini kannn :) Hari tu upload gambar dalam istagram pun, dah ramai yang komen cakap dah penah datang sini and bestt.


Hotel atas laut. Salah satu keistimewaan dekat sini. Tapi ada certain bilik yang tak atas laut. Tapi, kalau korang rasa macam sedikit jakun dan seram dan tak berani, boleh pilih bilik yang atas darat punye :)


Our room 2080.
Bilik sebelum disepahkan..kuikui..


Haaaaaa..tadaaaaaaa! :)
Private pool in our room. Jangan pelik tau, sebab pool ni memang sedia ada dalam bilik kitorang :) Kata pun private pool. hehe. Automatic rasa macam heaven gilaaaaa ada pool dalam bilik sendiri! Sebenarnya, bilik yang kitorang nak ialah deluxe suite (above the sea). Duduk untuk dua orang je kan. Tapi masa kitorang datang and nak check in, receptionist cakap dia upgradekan bilik kitorang kepada "premium pool villa" secara FREE. hehe. Maybe sebab time kitorang datang takde ramai orang lagi, sebab tu dapat free2 je bilik di"upgrade"kan jadi 2x ganda besar. Ok lah tuh rezeki.hehe. Untuk premium pool villa satu malam dalam Rm700++ something macam tu. Kalau nak details lg, sila tanya En.Google.hehe


Inside the room.
Pool bersambung dengan bilik, bersambung jugak dengan toilet,kitchen, dengan tempat nak make-up2.
sangatttt luasssssssssssssss ! =)


Mandi puas-puas :)





Siap ada pelampung lagi tu. Pelampung sangat kerassss, macam bertahan atas batu. huhuhu. 


Shortcut nak pegi ke mini kitchen. hehe
Jalan tepi-tepi pool tu je dah cukup :P 


Yang ada dua pintu tu, ialah toilet. 


Riang ria Aidilfitri nya mukaku main air. huhuhu..


Pool ni dalam dia 4kaki. So jgn risau kalau anda x boleh berenang ke ape ke..sebab tak berapa dalam mana pun, tapi puasss lahhhh..hehe.


Takde motif langsung letak pic ni :P tapi rasa macam nak letak jugak.kikiki...




Ada shower jugakkk dekat hujung pool ni. Depends lah nak mandi sini or dalam toilet kat dalam tu :P 


Semua gambar ni bukanlah Irine yang snap. tapi husband yg snap time Irine tengah tido.. :)



Bilik kitorang kan atas laut. Masa baru-baru sampai, bila pijak lantai bilik nampak air laut cantikk sangat dekat bawah ni. Tapi bila esoknya, bangun-bangun pagi je dah nampak air pantai dah surut. Tinggal pasir je kat bawah lantai bila pijak. 


Me in Poplook's Maxi Dress :) 


Emm..untuk hotel Grand Lexis ni mmglahhh irine suggestkan sangat-sangat semua orang pegi dan rasa sendiri bcuti dkt sana :)

Ok bye..
Salam..