Wednesday, February 27, 2013

Anak lelaki atau anak perempuan ?


Assalamualaikum. Nampak gaya macam ramai kawan-kawan terdekat and orang2 tersayang cuba meneka-neki baby gender apa yang Irine tengah kandungkan sekarang ni :P. Amboi, sape yang lagi excited ni! Cecite sikit! huhu >_<

Kalau ikut kata doctor, kalau position baby cantik, awal 4 bulan lebih pon ibu2 semua dah boleh nampak gender baby sama ada yang nampak tu "bebird atau bunga". haha. Tapi kadang-kadang ikut nasib masing-masing laaa..hehe. Ada certain cepat tau, ada certain lambat. Biasalah tu, baby nak buat suprise katanya.

Sepanjang time pregnant ni, Irine bet mesti ramai bakal-bakal ibu semua rajin baca and google2 dekat internet tentang baby. Samalaaaaa kita, tetibe jadi rajin pulak kan. Yang Irine paling suka baca, perkembangan baby and tanda-tanda anak lelaki atau anak perempuan. 

Ok, Irine listkan eh apa yang Irine alami untuk 1st pregnant ni :-
  • mengalami morning sickness yang teruk dan super tahap gaban punya teruk.haha. 
  • suka makan makanan2 masam. (walaupun ramai yg cuba nasihatkan jangan makan asam2 nanti anak dapat jaundice, tapi tetap degil jugak -,-' )
  • tak suka makan makanan manis2
  • alah dengan bau suami masa awal-awal 1st trimester dulu. haha.
  • tak boleh bau shower gel, perfume, sabun cuci baju. Sampaikan perfume suami nak pakai pergi masjid pon Irine sorokkan belakang almari (wakaka, mengada2)
  • Pemalas ya rabbi... (yang ni jgn cite lah, memang Irine malas pon. semua benda kalau boleh taknak buat)
  • Tak boleh masuk dapur, apetah lagi nak masak kan? haha (tapi bila pertengah 2nd trimester ni dah nampak dah aura2 rajin nak masak..hihi, puji diri sendiri)
  • Suka bangun lambat ( apesal semua macam sifat negative je ni.huhu)
  • Suka bersolek. haha, maksudnye kat sini, bukanlah solek mana pon. Cuma, time pregnant ni takdelah sampai malas nak berbedak. Yg tu semua masih normal macam tak mengandung dulu.

Hoho, jadi inilah rupa Irine untuk bulan ni. Hoyeyyh hoyeyyhh.
Agak-agak, dari segi tilikan korang, Irine ni tengah mengandungkan baby boboy or baby gegirl? :) 

 Sebenarnya, Irine taknak bagitau sape-sape dulu. hehe. Kita tunggu dan lihat je yang keluar ni nanti Irine's junior atau Amirul's junior. hihi.


owh ye, perkenalkan, yang kat lantai tu anak angkat terbaru Irine :p 
Bubbu namanya.ahax



Yang dekat bawah ni pulak macam teori dan pendapat orang yang Irine jumpa dekat internet. Tapi, tapi, kita bukan boleh percaya sangat. Sebab yang tentukan tu semua Allah kannn :) Just baca2 untuk suka2 boleh laa, kalau sama tu anggaplah kebetulan.

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. (tengok cam bulat)

2) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan ( rasanya suka menghadap belah kiri..huehue)

3) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan ( rasa macam dua2 belah suka duduk.hoho, ke perut ni tebal sangat sampai tak boleh nak kenal pasti)

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. (hahh! hahhh! hahh! haha. ntahlah, yang ni kena tanya orang sekelilinglah.takut perasan pulak nanti :P

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan (lepas baca ni terus pegi depan cermin belek perut.haha, yang terhasil buat masa sekarang nampak macam garisan tegak takde putus2. Ye2 je aku ni, sekali daki je lebih)

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri.. (kononnya berseri, selekeh je aku nengok diri sendiri.haha)



Ok tu jelah nak membebel untuk entry kali ni. hehe. Korang2 ada yang pengalaman bolehlah share dekat entry ni ok :D Ok bye!