Monday, February 4, 2013

Apa yang saya makan,minum dan guna semasa mengandung..


Assalamualaikum semua.
Baru ni berkesempatan pulak nak update dan coret-coret pasal mengandung. Yelaa, pengalaman sendiri tak salah kalau nak berkongsi dalam blog ni. Kali ni nak kongsi sikit apa yang saya makan, minum dan guna sepanjang mengandung ni. Lebih kepada suppliment lah.

Okehhhh, let's go. Nampak kan gambar dekat bawah ni. Bersusun-susun botol vitamin. Daripada sekecik-kecik size ubat sampailah segedebak size pon ada. Yang cuma dah tak makan ialah folid acid. Masa awal-awal mengandung dulu sampailah masuk 5 bulan aritu, memang tak skip-skip makan folid . Rasanya ramai dah kann yang tau apa fungsi folid acid tu. So, Irine takyah ceritakan lagi, kalau nak tau sila google :P Sebenarnya acid folid ni dah boleh ambil sebelum kita kawen lagi. Tapi sebab tak pernah terfikir pun nak makan awal :P hehe.




Jadi, yang sekarang saya still makan hari-hari ialah 
1- Vitamin C plus (Shaklee)- (Percayalah, banyak2 suppliment, yang shaklee ni lahh paling tak sedap dan susah nak telan sebab dia besarrr..huhu). tapi banyak jugak khasiatnya.

2- Salindah B1- Salindah B1 ni bukanlah wajib untuk semua wanita mengandung. Dependslah dekat korang. Tapi, sebabkan akak saya dulu masa dia mengandung, ketiga-tiga anak dia amalkan Salindah, dan Alhamdulillah semuanya aktif dan bijak. Jadi saya pun turut beli dan makan jugak! hehe. Salindah ni ramai dah bagi testimoni yang best2. Selain menaikkan darah, ramai jugak cakap InshaAllah senang nak bersalin dan baby lahir-lahir cantik dan gebu. InshaAllah, harap-harap macam tu la.  Kita dah berusaha, dan yang selebihnya kita berserah pada Allah kan? :) Owh ye, yang sekarang ni Irine masih ambil Salindah B1, masuk kandungan yang ke-6 bulan nanti dah boleh bertukar ke Salindah B2.  Salindah B1 ni boleh consume masa minggu ke-12 hamil.

3- New Obimin- Obimin ni pulak saya baru ambil since kandungan cecah 3 bulan. Obimin ni fungsi dia untuk kalsium. Rasanya saya pun tergolong dalam kalangan yang kurang kalsium. Nak kata tak minum susu,tak jugak. Pelik pulak. Tapi, sejak mengandung ni, boleh nampak perubahan  yang setiap pagi nak gosok gigi, gusi kalau tak berdarah , memang tak sah :( Doctor cakap sebab baby kita dah serap kalsium ibu dia. huhuhu....

4- Neurogain-Yang ni saya baru consumekan sebulan lepas. Doctor yang suggestkan, bukan saya nak sangat :P hihi! Neurogain ni untuk perkembangan otak bayi. Neurogain ni jenis minyak ikan tauu, bentuk kapsul. So, faham-faham jelah, bila sebut minyak ikan, mesti lah bau dia sangatttt tak mesra dengan hidung.

  
Jadi, bila dah dikumpul-kumpulkan semua ubat, terhasillah 5 biji kesemuanya yang harus telan dan hadam dalam perut.  Yang pink tu Obimin, color cream Vit-C, kapsul kuning tu Neurogain, dan lagi 2 biji tu Salindah.


5- Susu Hi-Goat - Saya confirm dan boleh jamin mana-mana wanita mengandung mesti excited awal-awal pregnant nak beli susu untuk mengandung. Termasuklah yang tengah type ni. Masa awal-awal dulu semangat pegi beli Susu Anmum, tapi alangkah malangnya susu Anmum tak berapa nak masuk sangat dengan tekak. huhu. Sekarang susu Anmum tu dah tersadai dekat dapur tu. Takde sape nak minum. Jadi, mak saya telah belikan 2 kotak susu Higoat sebagai permulaan. Dan hasilnya, memang sedap rupanya Higoat ni! haha. Yang penting tak berapa manis dan boleh diterima oleh si tekak.


Minum 2x sehari. Pagi dan sebelum tidur (tapi kadang2, rajin minum sekali je sebelum tido..huhu). Yang pentinggg, tiap kali minum susu bukan saya yang bancuh! Suami yang bancuhkan sejak daripada beli lagi. hihi. tq tq tq :'D

6- Losyen Mustajab - sejak masuk 2nd trimester ni, bila dah hilang satu dugaan muntah dan loya, didatangkan satu lagi dugaan iaitu sakit2 sendi dan otot. Bukan sakit sendi je, sakit tulang belakang, sakit pinggang, perut krem semuaaaa ada! Punyalahhh besarr pengorbanan seorang ibu tengah mengandung kan tahan banyak2 sakit dalam satu masa..  Jadi, saya pon beli dan gunakan losyen mustajab Patia Halia  Haruman Delima  untuk sapu dekat bahagian-bahagian otot dan sendi yang rasa lenguh-lenguh tu. Tapi, tapi, tapi, saya tak sapu dekat perut tauuu bila krem, doctor memang tak kasi lagi-lagi kalau losyen atau minyak panas.. (melainkan kalau nak guna lepas bersalin untuk buang lemak dan nak slim balik). Sakit krem kat perut tu nak tak nak memang kena tahan.


Bau delima. memang bestt! Wangii pulak tuuuu. Bau dia memang kena dengan hidung! haha.Yang ni antara benda wajib yang kena ada dalam bag saya dan bawak tiap masa.Asal lenguhhh je bahagian kaki lain-lain, saya akan sapukan. Korang yang ada selulit pon boleh guna losyen mustajab ni.

JOM LIKE FB Losyen Mustajab 


Saya sekarang :) 
Yang lain-lain makanan macam buah2, sayur2 semua saya makan. Yang tu Alhmdulillah takde masalah. Harap-harap baby saya nanti lahir dengan sihattt. Saya dah cuba makan yang terbaik semata-mata untuk baby kecik dalam perut ni :)  InshaAllah, usaha, doa dan tawakal. Apa-apa pon, kalau rasa was-was, tanya doctor anda k. Saya hanya kongsikan apa yang saya ambil waktu mengandung ni.




Selitkan sekali gambar ni dalam blog :)
adik-adik yang cukup peramah yang terjah saya dekat Jj semalam. haha. 

Kalau ada yang sudi nak share pengalaman semasa mengandung, bolehlah drop komen sekali dkt entry ni :) Satu kita share, 1000 lagi  yang kita akan dapat.



Ok jumpa lagi :)