Friday, March 22, 2013

Happy 3rd trimester


Assalamualaikum.

Alhamdulillah..berjaya melepasi 1st dan 2nd trimester yang sangat mencabar tu. huhu.
Sekarang genap masuk 3rd trimester mengandung. Means ada masa 2 bulan lagi mengandung sebelum nak bersalin :) Eh cepat kan? Rasa macam baru semalam tau pregnant. huhu. Kadang-kadang duduk sorang-sorang rasa rasa macam taknak kasi baby keluar lagi, huhu (boleh ke camtu), sebab nanti mesti rindu waktu-waktu pregnant. Waktu-waktu pregnant ni
i tell youuuu all, ramai sangat yang beri perhatian! hihi.  Syokkk dan besttt :P
Kalau anda berpeluang merasai macam apa yang Irine rasa sekarang, silalah nikmatinya sebaik mungkin. Enjoyy betul-betul, kenangan manis semua ni.




Gender baby? ngeeeee.
Long Dress from PopLook.com


Pergerakan baby dalam perut sangatlah aktif. Kadang-kadang suka sangat parking dekat perut belah kiri. Keras semacam. Taktaulah tu badan dia atau siku ke ape ke. Tapi best, time tulaa ambil peluang cakap sorang-sorang dengan baby dalam perut.  Terkenangkan 1st trimester dulu, tak sangka dah berjaya melepasi dugaan-dugaan muntah loya bagai.  2nd trimester pulak selera makan membuak-buak.Dan harap-harap dengan permulaan masuknya 3rd trimester ni dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Mengharapkan doa daripada kawan-kawan agar Irine selamat sehingga 9 bulan akan datang dan saat-saat genting nak bersalin nanti :'D


Permudahkan segala urusanku Ya Allah....Ameen :'D
Please doakan baby dan Irine sihat. Tak lama je lagi.... :)

Blouse from PopLook.com

Eh macam pendek je kan entry kali ni? Haha. dahlaa, mengantuk ni.