Monday, March 25, 2013

Make up during pregnancy


Assalamualaikum..

Yer, macam tajuk kat atas ni, percayalah yang kali ni Irine akan cerita dan sharekan serba sedikit tentang make up. Kali ni ceritanya jadi versi lain sedikit. Sebabnya, Irine nak ceritakan make up masa mengandung. Selalu kita dengar, time pregnant ada certain wanita tak suka nak bermakeup, tu normal dsebabkan pembawakan budak. Tapi, bagi Irine Alhamdulilllah untuk 1st pregancy ni masih ada mood untuk bermakeup dan nak kelihatan "berseri". hihi. Maksudnya Irine still ada mood untuk kelihatan "alive" dan seboleh-bolehnya nak elakkan daripada orang nampak muka kita pucat atau letih masa mengadung. Tapi, sebagai wanita pregnant mmg irine tak suka make up yg terlalu over (sebelum pregnant over ke? :p)

For me, time2 pregnant macam ni, kalau boleh taknak make up yang boleh buat Irine rasa tak selesa dan rimas. Biarlah tak tebal asalkan nampak bermaya. Tapi at the same time Irine perlukan basic make up dan suka make up jenis yang bertekstur ringan. Yang palinggggggggg pentingg barang make up yang digunakan tu selamat untuk wanita mengandung (time mengandung ialah time yang paling banyak pantang-larang, jadi bukan fikir diri sendiri je, tapi untuk anak dalam kandungan sekali) serta pada masa yang sama HALAL.
 

Survey punya survey, terbaca dekat beberapa entry blog dekat blogger lain yang bagi banyak good feedback tentang product FCC iaitu Farmasi Colour Cosmetic. Tertarik jugak sebab ramai bloggers yang komen FCC ni best dan texturenya ringan :)



Sejujurnya, Irine baru 1st time dengar dan nak cuba FCC ni. So, lepas dapat tau, Irine pun decide nak cuba dan rasa sendiri. Puas pujuk minta kebenaran suami nk try product ni..huhu. FCC ni adalah jenama kosmestik antarabangsa yang berasal dari Istanbul, Turki dan telah bertapak di Malaysia selama 5 tahun.

Haa ok sebelum tu, Irine bet mesti ramai yang akan tanya "halal ke product FCC tu Irine?". Jawapannya Yer! In Shaa Allah HALAL. Setahu Irine FCC mempunyai 2 sijil Halal dari Turkey. Dan sekarang mereka tengah mendapatkan kelulusan dari Malaysia pula. Jadi, tak perlu ragu-ragu sebab dan pasti ianya selamat digunakan untuk wanita Muslim di luar sana :) In Shaa Allah. 



Hoho, nihlaaaa set yang paling best Irine pilih untuk dipakai semasa pregnant sekarang. Oklaa tu kan, ni kira tebus balik barang make up untuk hantaran aritu yang tak kesampaian nak belikan. hihi.

Jadi, antara product2 yang sempat Irine rembat satu persatu iaitu Bb Crem, Compact Powder Cum Foundation (texture dia sangat halus, senang nak bawak pegi travel), Eyeshadow (suka sangat color ni sebab nak pilih yang natural color), blusher, eyeliner, lipstick,  dan wet wipes. 



 BB Cream. Masa ni minta tolong suami shootkan, macam buat iklan komersial product pulak.. :p

Macam sebelum ni, Irine jarang pakai Bb cream sebab melekit dan berminyak. Bukan jarang beli, memang tak penah beli pon! hehe. Irine lebih suka guna naturactor je. Disebabkan cepat terpengaruh tengok product2 FCC ni, terus try beli. Hasilnyaaaaaaaa? Haaa hasil daripada pengalaman Irine yang baru je cuba BB Cream drpd FCC ni memang besttttt sangattt ok! Serius bila pakai tak rasa berat pada muka, pada masa yang sama act as pelembab, pelindung sinaran UV, krim asas muka, agen anti penuaan, dan bedak asas yang telah digabungkan menajdi satu. Sebab tu laaa BB cream ni dipanggil "ALL IN-ONE-BB CREAM"  :) Recommend sangat dekat korang ! 



 Wet tissue. Irine ambil wet tissue ni sebab malas nak pakai remover yg jenis air tu lagi. Malas nak bawak berat-berat dalam handbag. Lagipun, wet tissue ni Irine guna wangii sangat sebab ada aloe vera dan mineral complex. Bersih secara effectively dgn satu wipes je, dan sesuai untuk area yang sensitive seperti kulit mata. Bagus guna kalau nak bersihkan make-up sebelum wudhu/solat, cara cepat dan paling mudah, sebab takde org bwk skin care dlm handbag.


So, selepas try punya try, nila hasilnye lepas menggunakan product2 dari FCC :P
Frankly speaking, irine suka sangat dia punya lipstick! Lagi2 untuk jenis macam Irine sebab jarang pakai lipstick lebih kepada lip balm. Lipstick from FCC sangat tahan lamaaaaaa.suke2! :D
tak lupa juga eyeliner yg sgt pekat dan tak comot :'D


Amacam terpengaruh tak dengan entry ni? hehe. Ok tu jelahhh nak share, kalau korang nak beli dan nak dapatkan product FCC , boleh buka dan tengok Facebook Page  
Farmasi Colour Cosmetics.  
Irine check out FB FCC ada buat giveaway BB Cream.. Just LIKE their page and if terpilih, dapat BB Cream + special invitation sempena NEW product launch on 2nd April ni. Yayyyyy! irine pun nak try nasib.haha
Jommmm!