Friday, March 1, 2013

Pengalaman bawa baby masuk dewan exam


Salam. 
Sekarang masih berada dalam mood exam lagi. 2 minggu exam..Fuhhh, jgn risau, masih larat lagi untuk jawab exam. Masih kuat dan bertenaga lagi ni! Cuma yang agak cabaran dan dugaan sikit bila masuk dalam dewan exam, terpaksa tahan sakit-sakit badan dan pinggang duduk atas kerusi. Nak-nak sekarang bila sistem exam dah bertukar. Kalau sem lepas, sejam sebelum habis exam, sape dah setel jawab nak keluar awal boleh keluar. Tapi sekarang ni, diorang memang dah tak kasi langsung keluar, kena tunggu jugak dalam dewan sampai habis waktu T___T   
Emm..takpelah..tahan je laaa sakit. 

Tapi yang bestnya bila jawab final exam kali ni ditemani dengan baby dalam perut. hihi. Walaupun baby tak keluar lagi, tapi tiap kali jawab exam, rasa macam bawak "someone"  masuk jawab exam sekali. :'D (mengada-ngade sangat! ) Lagi satu yang bestnya, pengalaman ni Irine anggap macam sweet la jugak, sebab bila Irine tengah menulis-nulis jawab exam, baby dalam perut dok tendang-tendang. huhu. Kuat pulak tu, boleh nampak perot bergegar. Tanjatt boboyy.  So, jawab exam dalam keadaan yang tersenyum and rasanya lagi semangat nak jawab :) 



Salam Jumaat semua :) hari ni berbaju kurung la kita pegi jawab exam.
Sebenarnya kalau nak tau, baju kurung ni bukannya muat mana pon. Kain tu dah tak boleh zip habis pon, apetah lagi nak cangkukkan. Dapat zip sikit cinonet je, takpe, kreatif letak pin kat tepi kain :P  

Sebenarnya, mana-mana ibu yang tengah mengandung pon mesti nak anak dia bijak kan bila dah lahir nanti. Sama macam Irine. Walaupun agak2 malas, tapi dapat cover bila tiap-tiap hari pegi kelas. Sem tahun ni pon banyak buat calculation, asyik menghadap nombor je depan bijik mata. Lecturer Irine pon banyak kali cakap, kalau rajin buat kira-kira masa mengandung nanti anak bijak. Walaupun tak berapa nak expert sangat dalam bab kira-kira (haha), tapi InshaAllah, kita usaha dan berdoa je lah kan :) 

Yang bawah ni pulak Irine google tentang rahsia orang Yahudi ni bijak pandai dan cerdik. Takde niat nak membanggakan diorang, tapi perkara yang baik kita perlu ikut contoh :) Lagipun memang dah femes kan. Dikatakan orang Yahudi ni akan mengambil kelas atau membuat latihan matematik sewaktu mengandung. Itu antara faktor orang mereka ramai bijak2. Jadi, banyakkan la kira-kira, buat latihan matematik mudah hinggalah sukar, dan ada sesetengah orang main sudoku. Tapi, malangnye Irine tak pandai main sudoku! haha. Irine gantikan dengan buat latihan matematik dalam subject kat kelas.

Yang lain-lain tu boleh baca kat bawah ni, irine copy kat google.
  • Ibu Yahudi yang mengandung kerap memakan kacang badam dan kurma berserta susu. Makanan tengah hari mereka adalah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam.
  • Menurut mereka,daging ikan baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan pula akan merosakkan pengembangan otak anak dalam kandungan. Mereka kerap memakan pil minyak ikan.Malah,di mana-mana rumah Yahudi,mereka akan menghidangkan ikan atau filet.
  • Mereka tidak mencampurkan ikan dengan daging ketika makan kerana ianya tidak elok untuk penghadaman perut.
  • Salad dan kacang terutamanya kacang badam merupakan makanan asasi mereka ketika makan.
  • Mereka memakan buah-buahan dahulu,kemudian,barulah memakan hidangan utama. Menurut mereka,memakan makanan karbohidrat sebelum memakan buah-buahan akan menyebabkan badan terasa letih dan lembab belajar.
  • Merokok merupakan satu kepantangan. Sekiranya ada orang yang merokok di dalam rumah mereka,mereka akan segera menghalaunya. Namun,pengeluar rokok terbesar di dunia dipunyai oleh orang Yahudi. Mengapa?
  • Kanak-kanak Yahudi ditekankan dengan pelajaran muzik kerana bagi mereka,gegaran otak akan berfungsi dengan cekap apabila bermain muzik.
  • Pada usia darjah 1 hingga darjah 6,anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pembelajaran Sains.

Ok tu jelah untuk entry kali ni. Tapi apa-apa pon, bak kata suami Irine, usaha tu usaha jugak, tapi amalan ibadat jangan tinggal pulak. Suami selalu ingatkan baca surah-surah dalam Al-Quran. Kalau datang time malas tu, memang dia akan paksa baca jugak sampai habis :') Semuanya demi anak dalam perut kan. InshaAllah kita amalkan sama-sama. 


Ok Bye.