Wednesday, April 17, 2013

Breastpump pilihan hati


 Assalamualaikum. 
Memandangkan diri ni bakal menjadi seorang ibu, jadi cerita-cerita dekat blog pon makin hari makin berunsurkan cerita pasal mak-mak sangat. hehe. Mesti ada yg rasa cam kelakar sikit sebab dulu post dekat blog pasal life2 remaja je. Sekarang semua cerita lain. hehe :P

Masa awal-awal  buat list keperluan nak beli barang-barang baby aritu, memang konfius and pening sangat sebab macam-macam nak kena beli. Tu satu hal, lagi satu hal dahlaa takde pengalaman apa-apa, semua refer dekat blog orang lain. Boleh dikatakan ZERO KNOWLEDGE. Macam awal-awal aritu, tengok dalam list yg dicopy paste kat blog lain ada tersenarai kena beli botol susu dengan breastpump. Dalam hati mati-mati ingat botol susu dengan breastpump tu benda yang sama (haha, malunyeeee mengaku kat sini). Bila tanya-tanya dekat group mummy dekat facebook, barulah tau rupanya dua2 tu lain. Cerita dekat husband dia tergelak, dia cakap dia pon tau dua benda tu tak sama (malunya husband lagi tahu pasal ni).

Boleh dikatakan hari-hari jugaklah study pasal breastpump semua ni. Niat hati nak menyusukan anak sampai umur 2 tahun nanti. Sebenarnya banyak je jenis breastpump yang jual dekat luar sana. Macam-macam brand korang boleh jumpa. Ada yang murah, ada yang mahal. Terpulang pada kemampuan masing-masing. Jadi, bila tengok ramai sangat review orang ramai cakap breastpump paling bagus and hot macam goreng pisang ialah Medela Freestyle. Irine pon ape lagi, tiba-tiba jadi super Kak Ton nak tau serba serbi pasal Medela Fs ni. Apa yang best sangat Medela Fs ni sampai ramai nauu dok kata. 

Apa yang bestnya Medela Fs ni ?? 
Meh Irine sharekan apa yang Irine dah study sikit2 
(chewah, study sangatt kan, macam exam laa pulokk).

  • BEST DAN BERBALOI-BALOI sebab  jenis double pumping yang superb comfort. 
  • BEST DAN BERBALOI-BALOI sebab tengah buat kerja pon still boleh pump dengan selesa, even tengah drive pon boleh pump. Haa power tak power. 
  • BEST DAN BERBALOI-BALOI sebab medela Fs ni tak bising bila pump, lagi-lagi untuk yg wanita bkerja dekat office 
  • BEST DAN BERBALOI-BALOI sebab jenis electric. Tangan boleh relax je,tak perlu lenguh2, takyah pump secara manual
  • BEST DAN BERBALOI-BALOI sebab tak sakit bila pump 
  • BEST DAN BERBALOI-BALOI sebab jimat masa, and boleh buat stok susu banyak-banyak misal kata time tu tengah bengkak susu ke, baby tengah kenyang ke, ataupun macam Irine nanti lepas pantang terus naik kelas.
  • BEST DAN BERBALOI-BALOI sebab dapat sekali dengan tote bag yang comel. hihi. 
  • BEST DAN BERBALOI-BALOI sebab tak berat dan motor pump dia pon size macam tapak tangan je. Cinonet comel. 
  • BEST DAN BERBALOI-BALOI sebab medela fs ni soft-sunction. Sangat lembut dan tak menyakitkan.
Senang cerita, orang ramai cakap walaupun beli mahal-mahal tapi semua tu berbaloi-baloi. Bila dah buat perbandingan dengan yang lain-lain, terus cakap dengan husband nak beli. Dia tanya harga berapa. Dengan penuh yakinnya cakaplah harga Medela Fs ni. Terus dia cakap "TAK YAHHHHH". Perrghhhhhh..jawapan dia betul-betul menusuk hati hamba. huhu. Macam-macam reason bagi dekat dia nak bagi dia setuju beli. Dia cakap takyah beli, breastfeed je macam biasa..Alahai mcm mana pulak sebab Irine pun lepas-lepas pantang nanti terus naik kelas macam biasa. Memang taklahh kan. Jadi dalam hati nk siapkan stok susu siap-siap untuk baby. Lama jugaklah nak merayu-rayu berdrama bagai dengan husband pasal niat hati nk beli medela fs ni. Husband tanya macam-macam kenapa mahal sangat medela fs ni, dok pertikaikan, kalau nak beli sangat, beli jenis lain. Puas terangkan dekat dia apa yang specialnya medela fs ni, dia still tak bagi beli. (sentap gile time ni.haha).

 Tah macam mana, datang satu idea nak pujuk husband supaya beli. Punyalah tak give up ni.Lama jugaklah nak lembutkan hati dia. Apa yang Irine buat? haaa..cerita ni unik sikit. kuikuikui.. 

Irine dok dalam bilik sorang-sorang, pastu Irine amik satu kertas kosong, tulis surat dekat husband Irine cakap nak beli. Dekat atas kertas tu, siap ada kata-kata mukadimah "Assalamualaikum abang" lagi. Irine tulis semua luahan dalam surat tu, senaraikan satu-satu point "Sebab-sebab kenapa sayang betul-betul nakkan Medela Fs". HAHA. Adalah dalam 10 sebab Irine bagi kat dia. Salah satunye, Irine cakap "kalau abang tak bagi sangatpun, abang anggaplah ni as reward untuk sayang mengandung selama 9 bulan". hihihihihi! Dah setel tulis surat tu, Irine lipat-lipat, keluar bilik bagi dekat husband. Padahal husband ada dekat luar bilik je.haha. Lepas bagi surat tu, terus lari masuk bilik kunci pintu. hihi. 

Husband dah siap-siap baca, terus dia masuk bilik senyum2 sebab tengok Irine siap tulis surat bagai. Last-last dia cakap "haaaa yelahhh boleh beli, tapi survey2 harga dulu jangan main beli je". Hah! ape lagi terus senyum lebar. Berguna jugak idea tulis surat ni. hikhik,  
(ke dalam surat Irine lebih nampak telus dan jujur berbanding dekat luar!huhu.) 

Kalau ada sesapa yg ada halangan yang sama macam Irine alami ni, boleh guna idea tulis surat bagi kt husband. ngeee.Eh cop, tak jadi masalah pon kalau nak beli breastpump model dan brand apa, semuanya depends pada korang. Dr. Halina wife Dr.Muzaffar Shah pun guna Medela Swing tau tak.. Jadi semuanya depends :)



Jadi, ni laaa hasilnya daripada drama pujuk rayuan gombal tu. huhu.
Dapatlah jugak akhirnya salah satu perkara yang diidamkan semasa mengandung. Tinggal tunggu baby keluar je tak lama lagi. Harap-harap nanti lepas bersalin niat nak menyusukan baby sampai umur 2 tahun jadi kenyataan. InshaAllah. Irine pon still dalam proses study ilmu breastfeeding ni dekat orang lain.

Yang Irine dapat dalam set complete ni...


Tote bag yang comel dan bergaya..hehe.  Senang nak bawak pegi mana-mana.Senang jugak husband tolong angkatkan (kikikiki...)

 Cooler bag, ice pack, and FREE 4 storage bottle.


Yang paling penting, motor pump. Kiut kan? hehe. Ringan and size macam tapak tangan je.
Macam mainan pon ada.

Lain-lain accessories malas nak tangkap gambar. Dapat sama macam dalam gambar dalam kotak dia la senang cite. Warranty setahun.


Haa tu jelahhh nak cite. Satu tips daripada Irine, kalau nak beli breastpump ni make sure buat research betul-betul supaya nanti tak menyesal. Tak beli 2-3x. Kalau boleh, buat perbandingan harga. Tak kisahlah bandingkan harga dekat kedai2 ataupun ekspo. Harga pasaran kat luar dalam Rm2k something jugak laa.

Tapi, kalau ada sesape nak beli, boleh jugak beli dan order melalui Irine. Dapatkan harga yg lebih murah dengan Irine.(untuk Medela Fs dan Medela Swing sahaja tauuu). 
Just email irine untuk dapatkan harga breastpump ni and Irine akan guide korang :- 
irine_nadia@hotmail.com
(make sure subject email tulis "Medela Fs @ Swing" )

Ok bye2.