Thursday, April 18, 2013

Meatball Abang Burn terbaikkkkkk!


Assalamualaikum. 

Selalu sangat bercerita tentang pregancy, entry kali ni nak cerita tentang makanan pulak. Nomnomnom! 

Memandangkan dah berada di fasa-fasa terakhir sebelum nak bersalin, haruslah mengikut apa sahaja rentak perut nak makan. Terfikir je makanan, tingggggg! terus cakap dengan suami, dan suami bawak dan tunaikan.hehe. 

Dan nak dijadikan cerita, selepas dah boleh start makan semula makanan yang berupa daging, cepat-cepat bagitau suami yang hajat di hati nak merasa makan meatball ! Yerrr, meatball! Tapi kali ni bukan nak makan meatball dekat Ikea tu tauuu, tapi hati terdetik nak makan meatball dekat Restoran Burger Bakar Abang Burn di Seksyen 7, Shah Alam. Eh burger bakar Abang Burn ada menu meatball? Masa bila pulak? Bukan burger bakar je ke? Haaaa tulahhh nak dok cite sekarang ni. Terpengaruh dengan kata-kata kawan dok suggest makan meatball dekat Abang Burn, terus rasa nak try!



 Meatball Abang Burn

1st impression bila makan meatball ni cakap dalam hati punyeelaahhhhhh sedap! Makan sambil tutup mata nak kasi feel. hihi ! Serius cakap, susah nak jumpa meatball dengan sos yang sedap macam ni. Lepas ni dah tak heran sangat dah kalau mengidam nak makan meatball, takyah pegi jauh-jauh, pergi je Restoran Burger Bakar Abang Burn dekat Seksyen 7 ni. Lagipun tak sampai 15 minit dah sampai dekat sini. 

Apa yang Irine boleh bagi review tentang meatball Abang Burn ni ialah meatball ni ialah homemade meatball. Yang sebijik tu pon dah besarrr ! Puas sangat makan lagi-lagi bila meatball dia dah upgrade ke pure daging !! Yang paling Irine suka ialah sos meatball ni, rasa lain daripada yang lainlahh. Jangan main-main, sos ni ialah resepi rahsia Abang Burn sendiri iaitu Mushroom Brown Sauce.


Sangatlah sedap dan korang takkan dapat jumpa dan rasa sauce macam ni dekat tempat lain :) Dari segi harga pula sangat berbaloi dengan apa yang kita dapat iaitu RM 9.90 (10 meatball & 5 wedges) . Tiba-tiba rasa nak makan lagi meatball Abang Burn bila type entry ni.. :'D Masa order burger bakar dengan meatball ni pon takdelah lama sangat nak tunggu. Dalam masa 10 atau kurang daripada 15 minit dah dapat dah ordernye. Masa Irine pegi makan ni pelanggan ramai jugak, tapi order yang sampai cepat! Yeayy! Mak buyong tak sabar nak makan.




Dari segi kebersihan kedai pulak pun best dan selesa sangat . Yang Irine tau Restoran Burger Bakar Abang Burn memang menitik beratkan kebersihan kedai. Sambil-sambil makan tu, mata ni dok observe la jugak suasana restoran Abang Burn ni..hihihi. Irine boleh bagi rate A untuk kebersihan kedai (cewah, sesuka hati bagi rate kan, macam pegawai kesihatan pulak..huhu).  Masa tengah makan tu pun Irine tinjau-tinjau jugak, semua crew Abang Burn diwajibkan pakai glove, bandana, dan apron untuk kebersihan. Semua crew pun pakai kasut. Nampak kemas and buatkan Irine rasa yakin nak makan kat situ :) Tempat restoran pulak sangat santai, lepas ni janji nak bawak family makan dekat situ pulak. 




Bagi yang duduk dekat area Shah Alam, mesti korang tau dekat mana lokasi Abang Burn ni. Lagi-lagi pelajar UiTM Shah Alam. hehe. Lokasi Restoran Burger Bakar Abang Burn ni di Seksyen 7, Shah Alam. Alaaaa ada dekat Shah Alam je ke? Haa, jangan risau, banyak lagi tempat ada. Semuanya ada 14 jajahan, boleh tengok lokasi BBAB . Nak tengok Abang Burn update tentang Burger Bakar dan menu lain jugak korang boleh check dan like Facebook Page Restoran Burger Bakar Abang Burn  ataupun website.http://www.abangburn.com/