Monday, April 22, 2013

Pureen Warehouse Sale


Assalamualaikum.  

Saje nak berkongsi cerita sikit arini tentang Pureen Warehouse Sale yang Irine pegi Sabtu lepas. 
Golongan mak-mak mungkin lebih tau laa pasal brand Pureen ni. 

Sebelum ni rajin pegi usha-usha barang-barang keperluan baby dekat Ekpo je. Contoh macam Ekspo dekat Mid Valley 2 minggu lepas. Tapi, bila kawan cakap Pureen ada buat stock clearance promotion hujung bulan ni, terus rasa berminat nak pegi. Harga Ekspo dengan harga warehouse macam ni selalunye tak sama. Warehouse lagi murah. Sebelum ni tak penah pegi pon, tak tau apa-apa maklumat langsung pasal ni. Apa yang best sangat Pureen Warehouse ni? best sebab baju-baju baby sangat murah! Korang boleh dapat baju-baju baby serendah Rm1-Rm3 (tapi harga ni sape yang cepat dtg, dia dapatlah dulu). Takpun kalau dah habis harga yg murah tu, yang banyak tinggal baju yang harga dalam Rm8-Rm12.  Kira ok la kot harga. Barang-barang toiletries baby pun murah.Macam-macam ada.

Seminggu sebelum nak pegi sini, dah siap cakap awal-awal dengan husband. Kena plan siap2, takut dia malas nak layan.hehe. Dan malam sebelum nak pegi ingatkan lagi dekat husband pagi Sabtu kena bangun awal sebab nak gerak awal sikit. 



Bukak pukul 10 a.m sampai 6 p.m
Sebelum nak pegi sini, try jugak google dekat internet baca blog orang tentang review Pureen tahun-tahun lepas punya. Memang dalam blog ramai yang cakap kalau ada Pureen buat clearance macam ni memang sesak sangat.  So, siap-siapkan diri bila nak pegi kena extra hati-hati takut orang langgar perut.


Pureen ni buat dekat Summit Company, area PJ. Sampai sini pukul 9.45 pagi, parking dah susah nak carik, ditambahkan lagi sesak dengan para peniaga mengambil kesempatan jual-jual makanan dekat tepi2 jalan dan luar kilang ni. Agaknye diorang pon dah tahu tiap2 tahun memang ada buat dekat sini. Husband suruh turun dulu tunggu depan gate, dia pegi cari parking. Tapi, Irine bukan tunggu pun.haha. Ingatkan gate tak bukak lagi sebab cakap bukak kul 10am. Rupa-rupanya ada yang cakap pukul 9.30 pagi gate dah bukak T_T


Boleh nampak betapa ramainya dah beratur dekat luar gate time ni? perrghhhh..macam-macam jenis ragam manusia boleh jumpa dekat sini. Yang Irine geramnya yang para suami yang main tolak-tolak dan langgar-langgar perempuan yg tengah mengandung. Kesian kot. 


Masuk-masuk je dalam Pureen ni, terus gunakan plan strategi .haha. Ok mungkin lepas2 ni ada antara korang yang nak pegi Pureen Warehouse ni, please ikut tips dan strategi macam Irine guna ni :-
  • Bila masuk je, korang akan jumpa bahagian toiletries dulu. Time-time macam ni la mata korang akan dikaburi dengan pelbagai jenis barang keperluan baby. Rambang mata sangat. Tapi, please! Jangan terpedaya dulu.haha (dah macam tips apa je rasa). Korang terusss je jalan masuk menghala ke bahagian baju baby dekat belakang kilang ni (ada 2 bahagian). Korang kena pantas sikit la jalan, tapi toksahlah sampai berlari. Lagi2 yang pregnant. Tips ni boleh menjimatkan masa korang dan korang boleh grab baju2 baby dengan cepat and byk pilihan.

Ada macam2 dekat sini. Detergent baby, body wash baby, pampers ada, botol susu, wipes, and lain2 keperluan baby.Murah2 la jugak~ Sesuai and berbaloi kalau beli borong. Detergent baby botol besar tu harga Rm17. Kalau beli dekat Ekspo Rm22. kalau dekat luar dalam Rm26-27 macam tu. 



Bila dah sampai bahagian baju baby, korang jangan terperanjat beruklah. Sebab memang teruk suasana dekat dalam ni.Lagi2 bahagian baju. Sumpah korang akan rasa "Errr..Ya Allah, tempat apekah ini". Irine jalan sorang2 kat bahagian ni, suami tgh carik parking. Korang akan jumpa pelbagai jenis ragam manusia, lagi-lagi golongan mak-mak. Bukan nak memburukkan, tapi sekadar nak bagi pandangan dan komen sepanjang Irine kat sana, Irine dapat lihat ramai golongan mak-mak yang terlalu terdesak nak beli baju sampaikan hilang adab-adab. Main tolak-tolak jangan ceritalah. Irine jalan dekat tengah-tengah alam manusia, dapat rasakan macam dalam "ombak laut". Terhuyung-hayang badan Irine ke kiri dan ke kanan. Nasib baik sorokkan perut dengan halang handbag. 

Lagi satu, Irine rasa suasana dekat sana sangat teruk sebab bila pekerja2 Pureen bawak masuk stok baju dalam kotak nak letak dalam rak, semua golongan mak-mak ni macam dirasuk watak "histeria". Menyeramkan. Irine masa tu ada dekat bahagian tepi sebab nak selamatkan diri. Tiba-tiba dengar bunyik orang perempuan ramai dok menjerit bising2. Terus pandang nak tengok ape jadi dan rupa-rupanya, adegan rebut-merebut baju-baju baby. Apa yang Irine boleh gambarkan time tu macam suasana nak bagi ikan pirana makan. huhu. Sekali zappppppp, tangan-tangan dok berebut. tak sampai beberapa saat.  Pelik jugaklah situasi ni, maybe pekerja2 Pureen pon dah faham dan lali sangat dengan perangai macam ni tiap2 tahun. Sampaikan Irine terdengar ada para suami yang tengah tunggu isteri masing2 tengah pilih2 baju sempat cakap "time-time macamni laa kita boleh tengok watak bini-biniku gangster". haha, Irine tergelak time ni.

Boleh tengok suasana dekat sana dalam video ni : https://www.facebook.com/photo.php?v=10151475792709213

Ramai yang berebut baju, dapat je baju terus masuk segenggam baju dalam bag plastik. Diorang just amik random macam tu dulu sebab takut habis, then bila dah setel, diorang semua akan berkumpul dan berkemah dekat tepi2 jalan dok asingkan baju mana yang lawa dan akan letak semula sesuka hati baju yang taknak bersepah2. Tinggalkan macam tu je. Time-time macam ni laa mana yang tak dapat beli baju, diorang akan kutip and tengok mana yang berkenan di hati.

Gambar ni Irine amik dekat google, Pureen tahun lepas kot.
Masing-masing berkemah tepi2 jalan nak asingkan baju2. huhuhu..


Bahagian baju. Ada banyak lagi bahagian. Tapi semua gambar2 ni Irine amik dekat Fb Pureen. 
So far, apa yang irine boleh review dekat sini, datang sini memang murah2. Tapi, jangan sampai tunjukkan perangai2 yang tak berapa nice, orang tengok malu. huhu. Bukan niat nak memalukan, tapi mungkin pandangan sebagai seorang perempuan jugak. Lagi2 semua yang datang sini semua yg dah jadi mak2. Masing2 boleh fikir. 

Kalau tak berebut-rebut pun x pe, buat macam biasa. Seriusly, irine dekat sini jalan slow sangat, bila dah sampai rak, just carik2 dan tarik2 baju gitu je untuk carik size.. Hasilnya? Dapatlah jugak 1 plastik besar baju2 baby. Adala dalam 20 helai jugak. At least, dapat jugak kan? :) Semua yang Irine beli banyak2 kat sini semuanya baju size besar-besar. 6-12 bulan ke atas pon ada. Beli siap2 and baby kan cepat besar. Boleh la buat baju basahan dok rumah nanti. 

Okla jugak beli kat sini dapat banyak baju and sempat grab 2 botol detergent baby. Itupun sebab sempat hulurkan tangan kaut siap2 masa nak menghala ke bahagian baju. Ingat lepas bayar baju, nak sambung beli barang2 toiletries. Dah amik dah, tapi letak balik sebab orang beratur kat cashier panjang sangat. Takpelah, beli lain kali and dekat luar je nanti :) Datang pukul 9.45 pagi, setel bayar 10.30am.

Hari kedua Pureen dah lengang sikit orang cakap.tapi x tau lah byk lagi pilihan or tak. 
Ok tu jelah review untuk pureen ni :)
Bye, Assalamualaikum.