Sunday, April 21, 2013

Setel sesi mendobi baju-baju baby


Assalamualaikum..

Selamat hari Ahad. hehe. Plan minggu ni penuh dan terisi la jugak dengan banyak aktiviti.  1st, semalam hari Sabtu pagi-pagi buta dah siap-siap nak pegi Pureen Warehouse Sale. Haaa yang tu next entry je lah cerita. 2nd, hari Ahad hari ni sebenarnya dah plan siap-siap daripada hari tu nak start mendobi baju-baju baby. Yelah, lagi berapa minggu je lagi takut tak sempat nak cuci baju baby. Mana tau ditakdirkan baby nak keluar awal, tapi harap-harapnya baby keluar seperti yang ditetapkan la :-) Lagipun, kalau ditangguh-tangguhkan,mesti lagi pemalas nak buat sebab perut dah beso. 

Emm, hari ni je setelkan dulu baju-baju baby, sarung tangan dan sarung kaki baby, dan barut. Total semua ada 2 baldi dan 1 satu bathtub baby (pinjam kejap tempat mandi baby..hihi). Asingkan siap-siap baju color putih dan berwarna. Takut kang tak pasal-pasal turun pulak color. 

Mitten and booties banyak jugak beli siap-siap.Lagipun, mak cakap yang tu penting, kene beli banyak nanti baby sejuk. Ada la dalam 15 helai kesemuanya (10 helai pun dah cukup sebenarnya, boleh pakai ulang2,tapi terover beli pulak..wuu). Barut pulak Irine tempah online je. Beli yang bercorak-corak sikit.hehe. Ada corak bunga, corak kucing, corak dinosour and lain2. Comel la jugak. Taktau pon sebenarnye ape function barut ni, ingat taknak beli. Pastu kena marah sebab benda alah tu pon keperluan jugak untuk elakkan baby kembung, at least kena ada 5-10 helai barut. So, Irine tempah je 10 helai terus.huhu. Mak datang rumah, tunjuk dekat mak barut yg baru beli tu, pastu mak cakap "mak dulu time lahirkan korang takdepun nak beli barut-barut bercorak ni, sekarang ni macam2 ada". hihi.  (barut nanti Irine tunjukkan design dan tempah dekat mana)

Basuh baju baby handwash je. Ingat nak masukkan ajee dalam mesin tapi macam takut rosak and kalau boleh nak rasa sendiri perasaan 1st time basuh baju baby. Biarlah baju-baju babyku dibasuh dan disental dengan jari-jemariku sendiri. Gitewwwww ! hoho. Nanti anak kedua,ketiga, masuk je dalam mesin! hewhew! :P  Jenuh jugak nak basuh baju baby. Sebab baju-baju baby semuanya cinonet-cinonet. Takdelah basuh beria-ria. Cuma rendam dalam detergent, pastu sental-sental manja gitu. Bukan baju kotor mana pun, setakat nak hilangkan bau kedai .

Lagi satu, seelok-eloknya, baju-baju baby ni atau apa-apa jenis pakaian daripada material kain, cuci lah dulu.  Takkan nak pakai baju baru yang keras kejong tu. Lagi satu, kulit bayi kan lembut, takut sensitif atau alergic dengan pakaian yang tak dibasuh. Kulit bayi bukannya macam kita. Pada yang tertanya-tanya kenapa nak cuci pulak baju baby, kan baju baru. Mestilahhhh, takut kalau2 ada hama ape-ape melekat ke kan. Takpun, mana tau baju baby yang korang baru beli tu, masa diorang nak packing nak jual2 dilambak-lambak kat lantai ke (contoh), dan takut bila diorang packing kat lantai kena pijak2 ke (bagi contoh, tapi memang ada terjadi pun benda macam ni). Biasalah tu bila dah banyak kan. 



Review tentang detergent pulak. Irine beli and pakai jenis Pureen ABD. Beli dekat Pureen Warehouse semalam.  Terpengaruh dengan kawan-kawan cakap detergent baby brand pureen ni memang wangi . Tu yang rembat 2 botol tu. Time cuci tadi memang wangi sangatttttttttttttttttttt ok! Tak tipu! Rasa nak cuci baju sendiri sekali.haha. Guna satu penutup pon dah banyak buih. 



Tadaaa.haha. 
2 baldi dan 1 bathtub baby diperlukan dalam misi menyental arini. huhu. 
Napkin, towel, blanket , cadar ke ape ke, next mission pulak. Setelkan yang ni dulu, takut tak cukup ruang nak basuh (sebenonye malas nak nyidaiiinyeee..).

Haaa tu jelahhh cerita untuk arini :-) 
sambung nanti. hehe

Assalamualaikum