Friday, April 5, 2013

Shoot for promo Tv


Assalamualaikum. 
Sejak dah kawen ni rasa macam semua aktiviti berkaitan dengan shoot ni lama ditinggalkan. Dulu-dulu je aktif gitu-gitu. Nak masuk itu ini. Tapi lepas kawen banyak komitmen lain dengan melayan suami. Eh, rasa macam terbalik. Ke suami yang melayan kerenah Irine ni? haha. 

Nak dijadikan cerita, ntah macam mana last minute Irine and husband dipanggil untuk shoot untuk promo Tv. Kalau nak diikutkan, Irine lebih lega dan suka kalau ada shoot apa-apa boleh libatkan suami. Sebab nanti takdelah malu sangat.kikiki.. Owh ye, shoot ni untuk scene promo salah satu program Tv Al-Hijrah :) Rancangan apa nanti kalau korang bernasib baik nampaklah muka Irine and husband tertempek sepanjang minggu ,sampailahhhh rancangan musim tu habis.haha (malu nak bagitau sebenonye..hihi). 


Sekejap je scene ni, tak banyak aksi pon kene buat. hehe.
Just Irine berlakon sebagai Mama and husband sebagai Papa kepada seorang budak perempuan kecik. Jangan main-main, budak perempuan kecik tu lagi banyak pengalaman berlakon sana sini untuk iklan..hehe.

Secara ringkasnya, macam Irine ni sebagai "mama" tengah pakaikan telekung dekat anak Irine (budak kecik tu). Lepas tu, scene kami bertiga, husband (papa) datang dukung anak perempuan kitorang . Terus berangan macam real je suasana masa tu..huhu.


Nasib baik Irine and husband ada baju color yang sama. Color hijau, sesuailah dengan tv Al-Hijrah..hihi. 

Kalau tak husband kena pakai jubah, and Irine pon sama. tapi disebabkan husband takde, dia pakai baju kurta and kain pelekat kasi nampak macam ala2 family sangatttt.. hihi. Irine pulak just pakai Long Dress from PopLook.com

Haaa tu jeeee nak cite sebenarnye...heheheh. 
Kalau bernasib baik, korang nampaklah Irine, husband and anak kitorang (chewah). 



Ok jap-jap lupa nak cakap, perasan kan Irine selalu cerita tentang Losyen Mustajab Pati Halia tu kan? Saje ingin berkongsi, aritu ada kawan di twitter tanya, losyen mustajab pati halia mana yang sesuai untuk orang yang aktif. Jadi, Irine pon suggestkan dekat dia, Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot! 


Jangan main-main, yang ni antara paling panas antara yang lain2 tauuu! Kalau sape-sape yang tahan panas, nak sapu dekat bahagian perut time sengugut pon boleh. Ramai jugak feedback dan berkongsi pada Irine yang diorang pon gunakan losyen ni dah bertahun-tahun untuk legakan sengugut.

Antara kelebihan Losyen Mustajab Patia Halia Super hot yang lain :-
  • Sesuai untuk ahli sukan, dan yang bergiat aktif
  • Cepat membakar lemak dan lebih lama rasa panas 
  • Mengandungi halia bersama capsium
  • Capsium bertindak sebagai akti-oksidan


Tadaaa! dan yang ni pulak ialah koleksi losyen mustajab Irine :)
semua ni Irine dah cuba dan ada beberapa yang Irine simpankan sebagai stok untuk lepas bersalin nanti. Dan ada juga yang bagi dekat mak ayah..hehe. 


Nak tau lebih lanjut pasal ni, you all boleh like facebook dan tengok2 website dunia herbs :)


Facebook : DUNIA HERBS  
Dunia Herbs Website : http://duniaherbs.com.my/dhv2/