Wednesday, May 22, 2013

Maternity Shoot..


Assalamualaikum.
Ok dah ada mood semula nak type untuk entry kali ni. hehe. Final exam pun dah habis, now dah boleh goyang kaki berehat dekat rumah sementara menunggu masa.

Agak mencabar jugak, 36 minggu bersamaan nak dekat 9 bulan Irine bawak anak dalam perut ulang alik pergi kelas tiap-tiap hari. Eh rasa macam kejap sangat ? Ingat lagi, masa awal-awal dapat tau pregnant,masa tu baru 4-5 minggu. Pergi kelas dalam keadaan mabuk-mabuk, loya-loya tak hengatt dunia. Sampai sekarang, banyak plastik dalam bag pergi kelas nak buat back up kalau termuntah dalam kereta.

Keadaan dan kenangan yang paling tak boleh lupakan, masa awal-awal dululah. Irine rasa dah pernah cerita dekat entry dulu.Suami anta pergi kelas, sempat lagi muntah dalam kereta. Padahal lagi 5 minit nak sampai tu. Boleh dikatakan hari-hari la jugak muntah dalam kereta, tapi berbekalkan plastik lah. Kereta suami jadi mangsa.Bila cerita dekat suami pasal ni, tau ape dia cakap? Dia cakap camni
" haaa tengok, dah 36 minggu pon, sampai sekarang abang tak basuh lagi dalam kereta tuh". 
HAHA. sentap maks.

Lama jugak tahan mabuk2 semua ni, alah Irine elok bila dah nak cecah 6 bulan. Sepanjang 6 bulan tu laa paling teruk sikit ..*Baby! Besar tauuu pengorbanan ibu awak ni, bawak awak ke hulu ke hilir dalam keadaan sakit-sakit"

Lagi satu, paling tak tahan time nak pergi kelas, kena siap-siap jauhkan diri daripada budak-budak lelaki.Tiap kali kalau dekat, nak-nak bila dalam lift, mesti dalam lift tu jugak nak termuntah sebab bau badan diorang *wuuu..soryy koranggg, pembawakan anak, bukan salah i :P hiks.


Ok tutup cerita pasal tu *


Bukak cerita pasal lain..






Hari Ahad lepas, macam yang diplankan sebelum mengandung lagi (over tawww plan siap2), Irine and suami saje-saje nak shoot untuk maternity. Shoot semasa mengandung. Dalam banyak-banyak shoot, shoot kali ni agak best and sempoi sikit. Sebab shoot dalam rumah and bilik je.haha. Mula-mula tanya dekat suami, kat mana nak shoot, dia cakap shoot dekat2 je. Irine teringin gak nak shoot kat luar, tapi suami cakap larat ke. Terus tak jadi. Ikut jelah idea suami. Percayalah, banyak2 idea, idea suami paling terbaik. Gituuu.

Berbekalkan dengan 50 belon gas helium sebagai props, dah cukup dah untuk shoot maternity ni. Simple je kann..hehe. Shoot ni sebagai kenang-kenangan untuk 1st time merasa nikmat mengandung. Nanti anak dah keluar boleh kasi tengok :P  Maybe boleh jadi jugak idea untuk korang nak shoot nanti ke.Mana tauu.

Jom layan gambar. Entry kali ni lebih kepada entry bergambar je.. :)



My tummy :)

Setengah orang cakap perut Irine beso. Sampaikan ada yang cakap kembar lagi tu. huhu. Mana adaa, ada satu kantung je dalam perut ni :) Jangan pandai-pandai buat gosip eh. hehe. Maybe dalam gambar je kot besar, bila tengok depan-depan, kecik molek jee perut ni ikut size badan..hihi.




Harta kesayangan dunia akhirat saya =) 
Abang tembam saya.haha. 
Aritu borak-borak dengan suami, dia cakap macam ni,
"abang rasa syg time pregnant muka elok je, sebab baby bukan amik seri syg, tapi amik seri muka abang".
haha pulakkkk dahhhh. Perasan la jugak kt muka dia :P kikiki...

Deco dalam bilik dah serupa macam suasana tadika. hehe.
Takde bilik khas untuk baby pun, bilik baby sama dengan bilik ibu ayah dia jugak. Katil dia pon letak sebelah katil kitorang, sebelah Irine je.



 Tilik gender la konon.. :'D



"Haaaa..dah tauuu dahhh gender apeeee.."
hehe :'D
 

"Assalamualaikum baby Ibu dan Ayah" :)


  Sebenarnya yang Irine pegang tu gambar scan baby 3d/4d yang lepas. Tapi tak jelas pulak dalam gambar ni..hehehe.



Kasut cinonet baby.. :'D


Version tembam :'D 
Bukan selalu boleh tembam camni..hee.


Best rupa-rupanya bila mengandung. Ya Allah..Tuhan saja yang tau perasaan ni..


Sape cakap mengandung2 tak boleh lentik-lentikkan badan? :P
 

Awak...berat kita dah sama sekarang. huhu..


I love Ibu Ayah


 


dialog yang suami selalu cakap dengan baby dalam perut :-
Suami : "baby...kalau sayang ayah tendang sikit"
Me : *cepat-cepat tarik nafas sebab dengki..haha*
Baby : "kick* !! 
@____@
 

 Our Family =)
kucing tersayang, Si Bubbu. Daripada awal dulu sampai sekarang, dia je lah penghibur kitorang berdua :) tapi malangnya Bubbu tak sporting time ni, dia takut belon.haha. Padahal kucing jantan tuh. Ish.




Ya Allah, peliharalah anak ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,

Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.






Bye, Assalamualaikum