Wednesday, May 15, 2013

Super duper busy


Assalamualaikum.
Curi masa 10 minit untuk update blog. Sempat lagi. Padahal tengah siapkan assignment. Kepala sakit sebab hadap banyak sangat assignment 2-3 minggu ni. Semua kena submit sebelum final exam minggu depan. Takpelah redha, kasi pejam mata semua tu sebelum nak cuti bersalin. Sepanjang bawak "perut" ulang alik hari-hari pegi kelas, so far takde banyak masalah. Alhamdulillah sebab ramai kawan-kawan kelas yang baik-baik hati. hehe. Semua macam bertukar jadi caring semacam.haha. Bila lagi nak merasa macam tu ye dak?
Tapi tu lah, seminggu dua ni dah makin kerap rasa macam "braxton hicks". Bila dalam kelas, perut akan rasa sakit sangat macam baby acah-acah nak keluar. huhu..Yg tu nanti2 la cite..



Rasanya minggu lepas kot paling busy, kena siapkan macam-macam dan lecturer suruh organize project. So, we all satu class decide untuk project kali ni pergi rumah anak-anak yatim dekat Subang. Sebenarnya 1st experience pergi charity event macam ni. Mula-mula dapat tau macam risau pulak larat ke nak pergi naik bas and buat project ni. Tapi sebabkan excited sangat nak cuba new experience, join jugak. hihi. Excited dia sebab nak tengok budak-budak kecik kat sana. Gambar kat atas ni dapat letak gambar kelas je la, kitorang memang dah diberitahu siap2 tak boleh letak public gambar anak2 yatim kat sana.

Dah setel project daripada pagi sampai petang, malam tu pulak siap-siap untuk abang nak nikah. Abang yang ramai cakap muka cam kembo macam i ni (phewww..haha).


You can see betapa tekunnya muka si adik nak siap-siapkan abang dia pakai sampin (tapi lebih nampak muka ke arah gangster pregnant woman..huhu whatever). Tu memang dah jadi kerja tiap-tiap tahun time raya tolong pakaikan dia sampin, kalau orang lain pakaikan mesti senget2. kalau Irine pakaikan mesti perfect. (wahaha..). Gambar macam tak banyak pulak, tapi takpelaa asalkan berupdate sikit.



Esoknya pulak, wedding reception.


Untuk wedding abang kali ni, sebenarnya kitorang adik beradik semua decide nak beli and buat baju seragam color emerald green. Tapi, bila sampai-sampai dekat Jakel, ayah cakap dia tak berkenan color tu sebab nampak macam "pasukan kompang". haha. Adoiii..last-last ayah yang pilih color ala-ala pink belacan ni. Memang color fevret si ayah. Color yang sama macam color baju Irine tunang 2 tahun lepas. hehe.



Kain baju ni dah dapat lama, tapi Irine kena tempah last minute sebab kalau buat awal takut ukuran perut tak sama and lari. Lagi 2 minggu abang nak kawen, baru pegi tempah.

Maternity custom made dress by OLD BLOSSOM BOX  :)
Love the diamonds! nampak naikkk sangattt. and dekat belakang Irine suruh letak ribbon, senang nak adjust bila dah lepas bersalin nanti. cuma tu laa, terlupa nak buat zip dekat bahagian depan untuk senang breastfeed nanti. Salah diri sendiri. huhu.

Fyi, korang boleh tempah custom made dress dengan Sis Jezmine owner OBB untuk pakai raya ni :) Just email her, and dia akan bagi quotation. Dalam masa 10 hari dah boleh siap tempah baju ni (tp utk Irine la, sebab irine request nak pakai cepat baju ni utk wedding, lagi satu sebab Irine customer yg paling awal email dia.hihi).


Full pic


Ok tu je lah. Minggu depan kenduri kawen adik ipar pulak dekat Perlis :)  


Bye, Assalamualaikum..







*kenapa aku perasan entry kali ni macam bosan gila. haha.