Thursday, May 2, 2013

Susu kambing freshhhhh dari ladang


Assalamualaikum.
Cop..cop, rasa nak tergelak dengar lagu blog sendiri :P hahaha. Takpe, nanti tukar balik. Nak amik mood comel jap. kikiki...


Oklah, entry kali ni nak share salah satu perkara yang Irine amalkan time mengandung. Alhamdulillah, since preggy ni Irine takde alahan untuk minum susu. Sebab susu yang Irine amalkan since kandungan 2 bulan yang lepas sampai sekarang dah hujung-hujung ialah susu kambing hi-goat. Kalau korang pergi dekat tesco ke giant ke or etc, korang mesti penah nampak kiosk2 yang jual susu higoat ni.

Ada orang cakap minum susu kambing higoat nanti badan jadi panas? Ermm..so far, dah berapa bulan amalkan takde pulak badan rasa panas. huhu. Tanya kawan-kawan yang lain pun diorang cakap tak panas pun. Entah..tak tau nak ulas pasal ni. Irine minum higoat setiap hari 2 paket, pagi 1 paket dan malam sebelum tidur 1 paket. Kalau betul-betul malas, minum sebelum tidur je. Kadang-kadang pagi tu jadi liat sikit nak minum sebab kelas waktu pagi, rushing2 minum susu boleh menyebabkan muntah dalam kereta.

Sebelum ni carik-carik jugak susu kambing yang freshhhh. Ramai cakap kalau nak carik yang fresh boleh beli dekat pasar tani. Tapi nak pegi pasar tani pulak satu hal takde masa. Ada jugak kawan2 bagi no phone orang yg boleh buat home delivery susu kambing fresh tapi semua duduk area jauh. Pastu, aritu dalam group mummy2 ni, ada sorang akk suggestkan beli "Nubian Goat's Milk". hehe. Terus berminat nak beli dan carik.
Akak tu cakap, susu Nubian ni boleh buat service home delivery sekali.

Mana nak dapatkan susu kambing fresh ni? Haaa boleh tengok dekat bawah ni.


Website Nubian Goat's Milk 
 Comel kan website dia. Macam budak-budak pun ada.hihi!
Siapa2 nak beli boleh laa bukak website ni.

So far, area Shah Alam takde buat home delivery. Tu setahu Irine la, sebab yang ada diorang buat dekat area Jb, Kl, dan Penang je. Pastu, Irine pun email diorang mana nak dapatkan susu kambing Nubian ni dekat area Shah Alam. Lusa tu diorang reply cakap boleh dapatkan dekat tesco atau jusco. Lepas balik kelas, terus ajak husband menjalankan misi mencarik susu Nubian ni.



Dannnn finally jumpaaa jugak Nubian Goat's Milk :)
Irine jumpa dan beli dekat tesco, masa tu excited gile bila nampak ada jual.hihi.
Time tu ada tinggal lagi 10 botol je tak silap Irine. Irine ingat nak amik 10 botol terus nak abiskan stok kat situ, tapi husband pulakk cakap jangan tamak, amik 2 atau 3 botol je dulu. Kang beli-beli takut tak kena dengan tekak, dah dia pulak kena habiskan. huhu. So, amiklaaa 3 botol dulu.



Sampai-sampai rumah, terus letak dalam fridge. Satu tips kalau nak minum susu kambing ni, make sure minum time sejuk2. Kalau minum time tak sejuk, for sure akan termuntah balik.haha. Lagi satu, Irine suka susu Nubian ni sebab botol dia comel sangat :'D

Sedap ke susu kambing Nubian ni? Haaaaa..mestilah sedap gile! Gile ok! haha. Tapi, mungkin bagi sesetengah orang tak suka kot sebab susu ni dia ada sikit2 rasa and bau hamis kambing. Nama pon susu freshhh..Tapi, jgn risau, kalau minum time sejuk-sejuk tu, memang tak rasa pun, rasa susu biasa. Irine minum sekali teguk je dah habis. Esok tu dah habis dah 3 botol.hoho. Maybe sebab Irine daripada kecik memang takde masalah nak minum susu segar macam ni. Ayah Irine memang dah ajar daripada kecik.
Lagi satu, susu Nubian ni tak perlu risau, susu ni memang dah pasteurized :) Boleh minum tanpa was-was.

And now, susu kambing Nubian ni dah jadi one of my fevret! Boleh jadi stok susu diri sendiri dalam fridge! heheh.

Dekat bawah ni, korang boleh baca Irine sharekan benefits susu kambing.


Kelebihan Susu Kambing

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda


Ok, bye..Assalamualaikum..