Sunday, June 9, 2013

Lahirnya baby "FM" ke dunia...



Assalamualaikum semua.
just nak update entry paling cepat dan seringkas mungkin. Tak boleh amik masa yang lama sebab dah ada orang baru dalam hidup. huhu.

Alhamdulillah, seperti yang Irine update dekat instagram, twitter dan facebook sebelum ni, Irine dah selamat melahirkan baby perempuan pada pukul 2.46pm, bertarikh 6.6.2013/27 Rejab 1434. Tarikh lahir baby jatuh pada hari yang istimewa iaitu hari Isra' Mikraj :')

Berakhir sudah perjalanan mengandung Irine selama 9 bulan dan bermulalah hidup Irine sebagai seorang ibu kepada seorang baby perempuan yang sepet dan berambut lebat ni. hehe. Terima kasih dan syukur ya Allah atas nikmat yang paling besar dalam hidup..

 Baby Irine beberapa jam selepas dilahirkan. tapi time ni Irine masih dalam bilik lagi,tak keluar lagi doctor tengah dok jahit. hihik. Semua yang tengok baby Irine, semua cakap baby lebat. Dalam hati, patutlah time mengandung, perut kemain gatal lagi. Orang cakap kalau perut gatal, tandanya rambut baby...hihi


 Baby tengah pandang Irine time ni. Malam pertama sebelum tido, dapat melihat anak sendiri. Ya Allah, syukur sangat. 


Last but not least, terima kasih kepada semua yang mendoakan Irine daripada awal hingga lepas bersalin :) Terima kasih juga untuk semua yang wish tahniah, Irine tak dapat reply satu-satu, reply secara pukal je terus! :P

Ramai yang dok tanya-tanya, ape nama baby girl Irine ni. InshaAllah, mengikutkan sunnat, masuk je selepas hari ke-7 nanti, Irine akan umumkan nama anak Irine :) Sekarang ni panggil je lah dulu "baby FM". hihi, dah macam stesyen radio la pulokkk.

Assalamualaikum, ada masa lagi nanti Irine buat entry lagi panjanggg..





Jgn lupe "VOTE" Irine dalam Blogger Digi Awards