Monday, July 15, 2013

44 hari



Assalamualaikum..

Esok dah tepat baby Fiska Medina genap 40 hari. Maksudnya, ibu dia ada 4 hari lagi untuk dihabiskan tempoh berpantang 44 hari tu ! hoho! sukanya :P Tapi tahun ni tak dapat nak merasa nikmat puasa. Memang sah-sah kena ganti banyakk nanti. huhu. Takpelah, ada hikmah tak dapat puasa tahun ni sebab baby Medina pon still menyusu badan sampai sekarang. Kejap-kejap susu, kejap-susu :) Macam-macam makanan/minuman  makan untuk tambah and banyakkan susu demi anak yg sorang ni. Set Shaklee lah, rebus buah longan kering lah, minum horlick lah (minum horlick paling meriahh) makan Habbatussauda lah, makan kurma lah, and minum air suam sebanyak yang mungkin dalam waktu sehari. Walaupun pada hakikatnya jarang nk minum air suam dlm hari-hari biasa. huhu..

Kalau nak cerita dari segi penjagaan baby Medina, Alhamdulillah senang nak jaga. Cuma kalau nangis-nangis pon sebab terjaga dari tidur nak susu. Waktu berjaga pon still sama, 2-3x kena bangun dan berjaga susukan Medina. Yang tu cabaran sikit lahhh :P Kalau tengah-tengah pagi, walaupun bangun banyak kali takpe, sebab baby Medina lepas kenyang je dapat susu terus sambung tido balik. Kepala terhangguk-hangguk time menyusukan dia waktu pagi jangan cite laa..hihi.  Lagi satu, dia menangis sebab nak orang dukung or riba dia. huhu. Orang tua2 kata, jgn selalu sangat dukung and riba baby, nanti sampai ke besar nak macam tu je. Tapi nak buat macam mana kan, anak sendiri tak sanggup tengok kalau dia nak ibu ayah dia dok peluk dan belai dia je setiap masa. Yelah, 9 bulan dok dalam perut, tak ke bosan? hihi. dah keluar2 mesti nak kena belai pulak :'D Semoga anak ibu menjadi anak yang baik untuk selamanya.

Sebelum baby Medina lahir lagi, suami dah pesan awal-awal, dia taknak biasakan anak dia dengan dua benda. Satu, ajar anak tido dengan pakai buai. Dua, ajar anak dengan sumbat puting. Walaupun sebenarnya si isteri dah fikir siap-siap dua benda tu perlu! haha. Takpelah, masing-masing ada sebab untuk kebaikan anak. So, sekarang ni kalau papehal baby Medina kitorang ajar dia tido dengan dodoi-dodoi and  tepuk-tepuk montot dengan nyanyian zikir and tak ajar puting. Walaupun ambil masa sikit nak tepuk-tepuk dan dodoi-dodoi dia, tapi lepas tu terus letak dia tido atas tilam. Kalau datang time mengantok dia lagi senang sebab lepas menyusu dia akan tido dalam pangkuan. Terus alih dekat tilam. Menangis macam mana skalipun, pujuk secara natural.Cewahhh. (kadang2 susah gak, huhu, tapi lama-lama dah terbiasa). 

Lupa pulak nak selitkan cerita tentang sepanjang tempoh berpantang. 
Daripada segi makan time pantang, semuanya ok. Takdelah teruk macam mana mcm digembar-gemburkan. Rasanya macam sama je cuma rasa sakit hati je bila tgk orang lain makan sedap2 dok upload dalam instagram! haha.  Sepanjang pantang, Irine banyak makan ikan tenggiri, kembung, siakap and salmon. Ayam, sotong, udang semua tak boleh. Takut gatal katanya kalau makan effect dekat tempat jahitan. Kalau sayur pulak, antara  sayur sawi dan dan brokoli. Selalu makan dua menu je, ikan dengan sayur.  Burpp..kenyang!


 

Nasib baik publish blog time dah berbuka puasa :P

Makanan dalam gambar ni antara menu time berpantang la. Bukan Irine masak, bukan mak Irine yang masak, tp suami yang masakkan. huhu ! Haihh tererrlaa pulak dia. Berkat tengok rancangan masak2 dekat Astro. Hari2 mesti bukak channel orang oversea masak. Dari situla kot dia pandai bertukang kat dapur.Tak boleh tipu , sedap jgk. Rasa macam tercabar pulak. haha. Ikan siakap kukus steam limau,  ikan salmon grill, ikan salmon kukus. Menu macam tak serupa pantang je. hihi. Hari-hari pulak tu dia masakkan :'D

Dalam kepala banyak dah senaraikan apa nak makan lepas habis pantang ni nanti. hehe

Banyak pulak bebel entry ni.


Finally,


Kiri : Ibu (masa 3 bulan kot)
Kanan : Medina (tak sampai sebulan)

Agak-agak sama tak muka kitorang? huhu :'D

Bahagia menjadi seorang ibu....... :')



Ok bye2~