Tuesday, July 23, 2013

Berpuasa bertiga...


Assalamualaikum.

Sedang type entry ni dalam keadaan tenang sikit sebab anak tengah tido. Line free.haha. 

Hye semua. Amacam puasa ada ok? Irine pun dah start puasa ok.hehe. Hari ni hari ketiga Irine berpuasa. Tepat-tepat pantang 44 hari pon dah habis, and lepas tu diberi peluang untuk berpuasa.  Semangat jugak puasa kali ni sebab tiap kali nak sahur, baby FM mesti dia yang jadi alarm clock kitorang.haha. Macam tau-tau je ayah dengan ibu dia dah nak terlajak tido tak sedar-sedar nk bangun sahur. Agak-agak lagi 5 minit nak pukul 5 pagi, baby FM dah start dah bunyik "ek ek ek" dia tu. Pandai bg signal. 

So, sahur kitorang tahun ni ditemani sekali dengan anak. Kitorang pon berjaga, dia pon berjaga. Kitorang pun bersahur, dia pon nak jugak bersahur (tapi dia punya sahur minum susu je lah). hehe. 

Sekarang ni baby Fm lagi dua hari nak cecah umur 50 hari.haha, ibu dia hari-hari dok mengira umur anak takut nanti lupa. lol :P Kalau belek-belek muka anak sendiri, rasa macam muka sendiri pon ada.hoho! tapi hakikatnya perangai dia ala-ala ayah dia. Dapat rasakan Medina ni nanti bila dah besar mesti jadi anak manja ayah dia. Takpe-takpe, nanti ibu dapat baby boy lepas ni, rapat dengan ibu pulak :'D Entah bila la pulak kan next baby. 

Semalam baby Medina teman ibu dia keluar buat kerja sikit. Kalau keluar waktu-waktu time tidur dia senang sikit nak jaga. hehe. Masa semalam nak stop untuk singgah solat dekat KLCC, kebetulan Medina pulak baru lepas yakyak. Terus carik bilin untuk salinkan baby. Sebenarnya semalam kira 1st time lah jugak masuk bilik salinkan baby.haha. Selama ni mana penah masuk, pandang dari luar je sebab takde anak lagi.hehe. Best and selesa kalau dekat KLCC. Ibu dia jakun kejap..kesian.wuuu. 

Owh ye, btw, Irine nak recommendkan satu blog ni, sesuai untuk mummy-mummy semua nak buat refer kalau ada yang berkenaan dengan baby masing-masing. Banyak sgt info dalam blog ni. Irine pon tau drpd blog Dr.Halina. Dia yg recommended kan..





Dalam blog ni banyak perkara korang boleh baca-baca untuk tambahkan lagi pengetahuan tentang anak kita.  Rajin-rajin laa membaca, especially mummy-mummy yang 1st experience macam Irine. Irine pun banyak refer and buat research tentang baby. Walaupun pada hakikatnya Irine takdelah suka sangat membaca. huhu. Tapi since dah ada baby, banyak benda kena tau and belajar.Yelah, takde pengalaman kan, zero knowledge. Daripada pembacaan macam ni kita boleh tau serba sedikit info.

Ada sesiapa tau lagi tak blog yang banyak bercerita tentang baby? Boleh suggestkan pada Irine tak? Boleh drop link kat comment entry ni okeh.

Last but not least,

Fiska Medina sekarang. hehe
Waktu-waktu sekarang ni badan Medina tengah sedap kena pegang. Dah terasa sikit berisi, sedap peluk. Nak bawak berborak je tak boleh lagi. hehe! 


K lah, bye2. nampak macam Medina dah bangun, dia duk jeling-jeling  dalam kelambu ibu dia tengah online huhu..~




p/s : Rasa macam kering pulak idea nak update tentang apa lepas ni. Korang rasa-rasa lepas ni nak update topic pasal ape pulak eh?