Sunday, July 7, 2013

Rezeki anak, DIGI WWWOW AWARDS 2013


Assalamualaikum.

Pernah dengar kan DIGI WWWOW AWARDS? sebelum ni dan tahun yang lepas-lepas pon memang dah ada award ni cuma Irine je yang tak berapa nak amik tau. Tahun ni je, entah angin apa sangat tah yang nak amik tau. hihi !

Nak dijadikan ceritanya, Irine tau tentang award ni bila terrrrrrtengok iklan Digi WWWOW Awards dekat dalam tv. Terrrtengok ok. hihi. Dalam hati macam berminat nak join sebab ada kategori yang melibatkan blogger. Terus bukak website Digi WOWWOW Award ni and tengok syarat2 nak join. Masa nak register untuk join tu, Irine tengah pregnant lagi dan tengah nak tunggu masa je. Dah alang-alang tengah takde keje tu, saje2 laa nak try masuk, mana tau ada tuah kan? 

Untuk award ni ada banyak kategori, bukan satu je. Ada 15 kategori semuanya, ada kategori Blogger of The Year, Shorty Blogger of The Year, Fave Entertainment Blog, Fave Tech Head, Online Shop of The Year, Fave Video of The Year, Most Inspiring Internet for Good Award, Top Online Over-Achiever Under 16, Apps of The Year, Photostory of The Year, Breakthrough Youtube Star, Social Media Gathering of The Year, Fave Makan-Makan Expert, People's Choice Award and last skali pemenang keseluruhan Best of The Best. Kategori yang Irine masuk ialah Blogger of The Year by Nuffnang  :)


Lama jugaklah nak tunggu result award ni, daripada pertengahan Mei sampai 6 July semalam . huhu. Lama sebab untuk award ni ada banyak proses, daripada submitkan penyertaan, proses nak undi dan proses untuk pengadil nak judge pemenang. 
Minggu lepas baru dapat email from Digi WWWOW yang cakap Irine shortlisted dalam kategori blogger of the year dan diinvite pergi finale dekat Starbucks,Tropicana City Mall.  Dalam banyak-banyak penyertaan, diorang pilih 50 blogger yang terbaik dan antara tu dishortlistedkan lagi 3 orang blogger untuk menang award ni. Kiranya, Irine tersenarai dalam top 3 lah. Sebenarnya tak tau pon ada 3 orang yang dah shortlistedkan sebab dalam email memang diorang tak cakap. Nak buat surpiselah kot katanyeeerr. hewhew!. So, tak letak apa-apa harapan pon.



Jadi, Irine pon pergilaaaa Tropicana City Mall semalam. Sebenarnya semalam pon pergi dalam keadaan masih berpantang lagi. haha. Ada orang tanya, "Irine dah habis pantang ke?". Jawapannya mestilah tak! haha, ada balance lagi 14 hari untuk diharungi! Kiranya semalam Irine lari kejap dari pantang :P 
Walaupun tak tau menang ke tak lagi, tapi, rasa nak pergi jugak finale ni.

Irine and akk ipar, Kak Lynda :)


Semalam pegi dengan husband, bawak skali Medina and Irine ajak skali abang dan akak ipar temankan sebab husband memang dah cakap awal-awal dia taknak masuk, biar dia jaga Medina dekat luar sebab takut dalam tu bising nanti. Abang dengan akk ipar la temankan kat dalam tu. Kesian Medina jauh dengan ibu. huhu

Sebenarnya jadi top 3 pon dah syukur sangat-sangat dah. Bukan senang kan. Antara salah satu dalam top 3 ialah blog Denaihati dan sorang lagi Irine tak berapa sure.


Dan semalam Alhamdulillah rezeki berpihak pada Irine untuk menang  Blogger of The Year by Nuffnang :') Tq NUFFNANG, tq juri-juri yang pilih blog sederhana Irine ni dan tak lupa jugak dekat pembaca yang voted blog ni. :)

Terketar-ketar jugak semalam bila nama diumumkan sbg pemenang. Tak sangka pulak rasa. huhu. Rasa macam nak nangis je sampai nak julang-julang baby! haha. 

Sepanjang award ni semalam, korang pon boleh tengok secara "LIVE" dekat website DIGI WWWOW. Sape yang tau tu, nampaklah kot Irine semalam. hehe. Sorry gambar tak berapa clear, ni pon amik daripada kawan yang tag. 

Hari dalam sejarah :') *nangis sikit*. tsskk..tssskk.. hihi



Anggap hadiah ni untuk rezeki anak. 
Betollah orang cakap, rezeki Allah tu diturunkan dengan bermacam-macam cara. Rezeki Allah tu sentiasa ada dan Irine percaya dengan anggapan tersebut sebab setiap kelahiran anak ada rezeki yang dah ditentukan oleh Allah sendiri.

Hadiah percutian tu Irine bg hadiah dkt husband sempena 1st anniversary minggu lepas. hoho! Yelaaa, minggu lepas Irine takde bagi apa-apa cuma wish dgnku hadiahkan senyuman yang manis sajoo! haha.. Nak keluar celebrate anniversary pon tak boleh sebab keadaan Irine yg tengah berpantang lagi. hehe.

Antara hadiah-hadiah lain yang menang semalam :-
  • A fully sponsored 3D2N Tour to Manila, Philippines with Chuckei (Top Local Blogger & Microblogger) and BroDon'tLikeThatBro (DiGi WWWOW 2012 Blogger of the Year) to meet up with Yugatech (Top Philippine Tech blog) and DivinemLee (Top Philippine Blogger, Microblogger, Model & Actress).
  • 1 x HTC One X
  • RM 1,000 cash prize
  • 1 x 3D2N accomodation at The Gurney Resort Hotel & Residences sponsored by Asia Web Direct
  • RM1,000 Cash Prize courtesy of AIG Insurance



Last but not least, trofi ni :)

Dalam banyak2 hadiah, Irine lagi suka trofi ni, lg bmakna buat Irine.
Hadiah ni semua bukan untuk Irine sorang je, tapi Irine sharekan sekali dengan readers blog Irine yang always support blog ni. Tak kisahlah kalau korang silent reader skalipon. hehe :P  Tahniah jugak untuk pemenang2 yang lain. Tahniah untuk Mat Luthfi skali sebab dah gondol 2 award  and dipilih Best of The Best!


 Tq NUFFNANG!!

 Tq semuaaaaa!
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan moga Allah merahmati kalian :')





p/s :  Balik rumah semalam, terus flat satu badan --' 
sambung semula kehidupan sebagai wanita berpantang...huhu~~~~~