Friday, August 2, 2013

Stroller baby idaman hati


Assalamualaikum..

Sejak dari awal mengandung, kebanyakkan barang-barang keperluan baby yang harga agak beratus-ratus mahupon yang beribu-riban, mesti akan letak dalam list paling tepi dan ke bawah skali. hehehe.Sebabnya, barang2 yang mahal selalunya memerlukan fulus yang banyak. haha. Selalunya, akan tunggu bulan yang betul-betul durian runtuh baru beli.

Macam Irine, semua barang-barang baby Irine suka survey dalam google dan tanya-tanya pengalaman orang yang pernah guna dan beli. Contohnya macam nak decide beli baby cot aritu. Berkenan tengok katil baby yang design ala-ala english style, terus rasa macam nak cari dan start menabung! haha.


Masa mengandung dulu, berkenan sangattt tengok design baby cot ni. Rasa macam best and selesa pulak kalau baby tido dalam katil macam ni. Lagi-lagi color putih. Disebabkan bilik kitorang katil sendiri pon dah tema putih, so nak la jugak matchkan dengan katil baby jugak.




Rasanya lama jugak nak decide dan survey baby cot masa nak beli aritu. 
Ada laa dalam 2-3 bulan sebelum tu asyik-asyik masuk kedai yang sama. Ikutkan Irine, kandungan 5 bulan dah nak beli katil baby, tapi fikir-fikir balik awal sangat. Bila dah masuk tepat 8 bulan, baru masuk kedai yang Irine jumpa sebijik ada jual katil design macam ni. Sebenarnya bersepah je kedai jual katil macam ni. Tapi, Irine ni jenis, kalau dah nampak satu benda tu dekat satu tempat ni, mesti akan stick dgn tempat tu jugak. Tak boleh tukar-tukar lg! haha.

 


Jadi, kitorang pon belilaaaaa katil yang sejibik yang Irine idamkan. hehe. 
Irine beli dekat kedai baby dalam Setia City Mall. Kalau sape nak carik, silalah serbu kedai baby dekat level atas sekali tu okeh. Kalau design macam ni ada 2 color tak silap Irine. Color putih dengan color dark brown (yg ni pon lawa jugak!). Sebenarnya katil baby ni bila lepas bersalin pon boleh beli, sebab baby baru-baru lahir memang tido sekatil dengan kita. Tapi dependsla, Irine beli sebab time tu memang dah aimkan bulan ni nak beli katil! hehe.

Tutup bab katil baby, bukak bab lain pulak~
..
......
....................
.......................................


Sejak dari awal mengandung, selain dari breastpump atau baby cot, stroller pon antara salah satu yang selalu kitorang survey.hehe. Ketiga-tiga benda alah ni antara barang keperluan baby yang boleh buat Irine semput sikit.haha. Tapi takpelah,, untuk anak je pon. Lagipun, stroller ni boleh guna lama and boleh recycle untuk anak kedua, ketiga, ke ke ke. huhu. Yang bestnya anak 1st ni lah, semua dapat merasa benda baru :)

Bila jalan-jalan dekat mall, Irine mesti nak tengok stroller dulu. So far, sekarang ni Irine tak beli lagi stroller, masih dalam mood survey lagi. Sempat pinjam stroller akak Irine je aritu. hihi. Memang dalam plan kitorang, stroller adalah keperluan nak beli lepas bersalin. Tau-tau je laa kan, harga stroller ni pon boleh tahan jugak. Puaslah jugak menabung :P Dependsla dengan brand dan kualiti dia. Sekarang, tengah tunggu masa je nak beli sebabkan kitorang pon dah selalu bawak Medina keluar pegi mana-mana. Susah nak dukung, lenguh satu badan.

Kalau diikutkan nak beli stroller, Irine suka color merah atau hitam. Dua-dua color tu mcm nampak smart sikit selain color penyelamat. hehe. Maunyaaa Irine beli color pink, anak kedua nanti boy,takkan nak pakai pink jugak. huhu. Lagi satu, kalau boleh biarlah stroller yang nak beli ni handlenye boleh guna untuk ke depan dan belakang.

So, antara yang banyak-banyak ni, ada la jugak beberapa pilihan stroller yang Irine suka dan berkenan.

Pilihan pertama Irine : Quinny Zapp Xtra

Of course Quinny paling berkenan di hati.haha. Even ramai yang pakai macam ni, tapi still suka jugakk. Rasa macam smart lagi-lagi color merah. Tapi husband cakap dia kurang berminat dengan Quinny Zapp Xtra ni pulak sebab kalau boleh dia nak carik stroller yang ada tempat isi barang besar sikit. 

Pilihan kedua Irine : Quinny Buzz


Cair hati tengok stroller Quinny color pink ni. Mesti Medina sukaaa niiiii.. Padahal ibu dia yang suka lebih sebab color pink mengancam! huhu. Suka jugak dengan Quinny Buzz ni, tapi antara banyak2 stroller yang berkenan kitorang survey, Quinny Buzz ni antara yang termahal. Jadi, ada besar kemungkinan tak beli stroller ni :P 

Pilihan ketiga Irine : SCR by Sweet Cherry

Cun jugak stroller ni. Yang paling penting, suami cakap ok. haha. Tengok ramai jugak yang pakai SCR macam ni, nampak cool and smart. Color black ni pon nampak best. Besar kemungkinan boleh terbeli stroller SCR ni. Okeh kita tengok dulu macam mana. 


Pilihan keempat Irine (sebenarnya tak masuk dalam kategori pilihan Irine pun, pilihan suami.haha) : Halford

Baru last week, Irine 1st time tgk stroller ni. Ikutkan Irine, irine x berapa berkenan sgt. hihi. Sebab design dia nampak besar sangat. huhu.Kalau boleh nak laa stroller yang comel2 sikit. heeee.Senang la Irine nak kehulu kehilir bergaya sana sini dengan stroller :P  Tapi aritu suami dah siap test drive tolak-tolak lagi stroller ni dalam kedai. haha. Konon-konon nak bagi i terpengaruh laa tu. jangan hareep.hihi. Dia kata best sebab tempat simpan barang2 besarrr. Lagi satu, dia penah cakap kalau bab stroller serah pada dia sebab last-last stroller tu dia yang akan tolak and lipat masuk kete.
Emm..yang ni besar kemungkinan akan direject-sereject2nya oleh Irine.haha.tapi x taulah macam mana nnti, ok kita tengok!


 Antara keempat-empat ni, tengoklah mana yang bakal dibeli. Nanti Irine share dalam blog ni. Kalau ada rezeki lebih, bolehlaa beli stroller yang ok sikit. he~he~he~ (gelak ada makna). Bakal2 ibu diluar sana,dah beli stroller ke? Bolehla share dengan Irine mana yang bagus, mana yang tak.


 Tengah google-google stroller, sekali terjumpa gambar stroller ni.




haha, cool gile kalau Medina naik stroller macam ni. 
nak pegi mana ni? Bulan? haha