Saturday, August 3, 2013

Stroller for baby Medina


Assalamualaikum..

Finally...



Medina's 1st car! haha.

Tahniah anakku sebab dah berjaya memiliki kereta pertama tanpa lesen dalam hidup! hoho!
'
Lepas survey punya survey, Irine pilih stroller SCR10 utk Medina. Niat nk beli Quinny tak lepas sebab husband lagi berkenan dengan SCR10 ni.huhu. Mula-mula macam berat hati sikit sebab bukan 3 roda.hoho! Tapi bila lama-lama tengok "eh nampak comel pulak kannnn". Sebenarnya, husband tu suka sangat nak SCR ni sebab tempat letak barang dia besar. Tu jeee motif dia nak tempat simpan barang besar!! Haaa...nampak tu, terbukti jelas dalam gambar ni, tempat letak barang tu tak sempat beberapa minit dah isi banyak benda. Ish, ish, ish..nampak serabot pandangan mata. Tu semalam saje nak testing letak barang byk :D 


See? Fiska Medina nampak selesa sangat tido dalam stroller ni. Belum bayar lagi stroller time ni, just nak cuba-cuba letakkan Medina dalam ni, tengok-tengok dah lena dulu tak sedar apa. huhu..

So far, best jugaklah, takdelah berat mana. Cuma takdelah seringan Quinny kann..Haaa kannn.heheh.
Best sebab bila letak Medina dalam ni dia tak mudah nak terjaga sebab stroller ni macam tegap and tak bergegar bila tolak. Tahan lasak jugakla. Untuk stroller ni, Irine amik skali dengan car seat. Plan mula-mula nak SCR5, tapi takde pulak kat situ. Tak tau pon yang stroller SCR ni ada banyak model. SCR 5 la, 6 la, 7 laa, 8 laa, 9 laa, 10 laaa. Banyak rupenye. Ingat satu model je. 



Disebabkan rushing sangat nak balik kampung, terus setuju amik SCR10 ni. Nampak macam bergaya jugak.haha. Takde motif betol :P  Kalau dari segi nak lipat stroller ni bagi Irine mudah je,cuma besar sikit je bila letak dalam kete. Mudah sebab bukan Irine yang kena lipat masuk bonet nanti. haha.Barang-barang lain still boleh masuk dalam kete. Dun worry.  Kalau kereta Irine ok laa,tak nampak macam makan space pon. Kalau nak bukak skali tayar dia pon boleh, bukak macam tu je,pastu nak pasang, pasang masukkan balik je. Takyah pakai skru2 player2 dah. Dan yang penting stroller ni boleh pakai dari newborn sampai besar (umur berapa tak hengat ). Dengan kegagahan Irine, boleh lagi handle stroller ni :) 

So secara kesimpulannya, title entry yang lepas patut ditukar kepada
"stroller idaman hati suamiku". 
haha.



p/s : mungkin lepas ni nak cerita tentang survey baby carrier pulak. Haihh macam-macam benda. Tulaah, bila dah jadi mak-mak ni, barang-barang keperluan anak tak pernah rasa cukup.