Thursday, January 2, 2014

Throwback -Deco Khemah + Pelamin


Assalamualaikum.
Last entry dah update tentang throwback hantaran belah lelaki dan belah perempuan.
Kali ni. nak full review (throwback) tentang pelamin, khemah, deco2 dan kerusi + meja makan.
Sebelum ni ramai yang tanya, yang buat ni orang yang sama atau setiap satu tu lain-lain. Ok jawapannya,  daripada pelamin,khemah, setup meja dan kerusi, plus deco semua daripada orang yang sama. Boleh check entry Irine yang duluu dah pernah bagitau. :) 


Our pelamin :) 
tp setahun lebih yang lepas punya ceritalah! hehe.kata throwback kann.
Ok sebenarnya pelamin ni buat dekat garage kereta depan rumah je :) 
Kalau tengok gambar sebelum, mesti tak percaya.haha, sebab memang lain sangat-sangat. Kira transform menjadi pelamin sangat2 menjadi dan puas hati bila tengok hasil dah siap.







Full pic. 
Garage kereta ni depan rumah je.hehe. 
kira macam garage kereta kepunyaan ayah ni boleh muat dalam 4 bijik kereta macam tu, tapi macam yang kitorang plan, tak semua space jadi pelamin, tinggalkan sikit space dekat tepi tu untuk ruangan meja DJ. Dan pelamin ni sebenarnya, dia jadikan stage, so memang tinggi dan diorang buatkan tangga dekat depan tu. Kira stage tu sebenarnya tinggi la jugak.



Yang Irine ingat, semua ni pasang ambil masa dalam 3-4 hari jugak. 
Lori besar datang dari KL- Melaka setelkan semua kerja dari pelamin, pasang khemah, susun kerusi, meja, gubah bunga untuk setiap meja makan. And pekerja-pekerja diorang semua stay dekat homestay dekat Melaka. tu yang irine ingat lahh :) 




Deco untuk meja makan beradab.





Deco untuk meja makan tetamu yang datang


Kitorang guna khemah jenis Arabian dan kalau x silap total semua ada 8 khemah. 
Bila dah siap-siap semua rasa macam banyak pulak, tapi Alhamdulillah, berbaloi sebab tetamu datang semua memenuhi ruang khemah.


Ni suasana bila malam. Sebab, yang macam irine penah cerita dulu, 
majlis nikah kitorang dulu buat malam, so bila malam serius memang sweet sangat and nampak romantik sebab lampu-lampu color oren tu kan. And setel nikah, resepsi pada esok hari pulak. 
Sampai sekarang rasa syukur sangat-sangat sebab masa kenduri tu, cuaca tak panas langsung. Tapi, sejukkk jeee sebab malam after nikah tu, tengah-tengah pagi tu hujan lebat sampai pelamin sikit lagi dah nak tertumbang.haha. Tapi esok pagi tu, cuaca cantik dan semuanya berjalan dengan lancar :)


Ok the end.

tu je lahhh :)
Kalau nak tau lebih pasal ni, pegilah carik-carik balik entry lama masa kawen dulu. lagi details cerita tentang ni. entry ni lebih kepada gambar je sebab ada gambar yang x penah letak :)

Tata,
Assalamualaikum!