Tuesday, January 14, 2014

Cara-cara buat passport baby


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Pagi tadi kitorang pegi buat passport untuk baby Medina. Disebabkan semalam cancel nak pegi sebab terlajakkk tido, maka pagi-pagi tadi lepas subuh terus siap2 nak gerak awal. Selalunya Medina bangun awal lepas Subuh, tapi td nyenyak pulak dia tido, letih berenang kot masa dekat baby spa tu.haha.

Pukul 8 pagi macam tu, kitorang gerak pegi Pejabat Imegrisen dekat PKNS shah alam. nasib baik dekat, tapi dekat-dekat pun bila sampai parking penuh dah. Kitorang naik atas and tengok-tengok ramai dah orang. Nasib baik nak buat passport untuk baby je sebab passport kitorang still valid dan tak mati lagi.

Kitorang buat passport untuk baby RM 80 untuk 2 tahun. Before nak ambil no tu, kena isi borang kecik dulu. Dalam tu ada la kena isi nama, alamat, ketinggian baby, status bujang ke, dah kawen ke. Irine tanda dekat status Medina "bujang". Wahahah.rasa macam besar sangat pulak kan anak dara sorang ni. Tinggi dia sebenarnya tak sure, tapi boleh ukur dekat situ diorang tampal pengukur dekat pintu. Tinggi Medina 66cm. Ok lah kot untuk baby 7 bulan. Kalau korang nak buat passport baby, bawak sijil beranak baby sekali ok.

Lepas isi borang  kena beratur la dekat kioks ambil gambar layan diri dekat tepi tu. Rupa-rupanya tak boleh, sebab kalau baby orang tu suruh pegi amik gambar dekat ada bilik belakang khas untuk baby. Penat je beratur T__T

Ikut ada sorang auntie tu bawak tunjukkan bilik tempat untuk khas ambil gambar baby dan sampai-sampai je orang dekat situ cakap, takde baju gelap sikit ke pakai untuk baby. Irine pulak terlupa nak bawak spare. Irine pakaikan dia baju color merah, mungkin merah terang sangat kot, tak terima. huhu. Nak taknak, akak tu cakap kena sarungkan Medina dengan kain color merah gelap.

Ni laa hasilnya gambar passport Medina. haha.


senang pulak nak amik gambar dia senyum. cuma, bila senyum tu kepala dia jadi senget plak. akak yang amik gambar tu mcm x puas hati.haha. Rambut medina kan selalu memang masuk dalam telinga, pastu kena tolak ke belakang sebab nak kasi nampak telinga.

Sebenarnya kan, kalau korang perasan mesti nampak pelik kan kain merah tu. Sebenarnya tu tudung tau T___T tudung yang ada awning keras tu, akak tu sarungkan dekat leher medina jadikan dia baju.haha. Boleh nampak line dekat tengah-tengah tudung tu :P

Lepas setel amik gambar semua, tunggu no giliran. sekejap je pun padahal orang ramai, tapi diorang utamakan warga tua dan baby. Medina punya giliran dapat orang no kedua. Nasib passport sendiri tak yah buat lagi dah. Dah setel semua nama kena panggil, bagi sijil beranak, gambar 2 keping, and ic ayah/ibu (penjaga). Mykid tak payah pun sebab dah pakai sijil beranak kan. Then, bayar lah utk passport :) Passport siap dalam 2 jam, so kitorang balik rumah dulu, then datang lepas tu ambil passport yang dah siap. Medina sooo happy! dia pegang passport dia tak lepas2. nak amik marah + nangis. Hishhh budak nii !haha

K lah, tu je. saje nak share :)
kot-kot korang nanti nak buat passport untuk anak ke kan. Boleh la refer entry ni ape nak buat + bawak.



Tata, Assalamualaikum.

p/s : Korang dialu-alukan untuk "SHARE" entry ni