Tuesday, January 14, 2014

Hippopo Baby Spa & Wellness


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Ok sebabkan ramai yang tanya dalam instagram video baby Medina dok swimming kuak lentang dia tu, maka dengan sukacitanya Irine share dekat sini :) For me, ni salah satu pengalaman yang terlalu menarik and best sangat-sangat untuk family outing dengan baby sekali.

Lepas habis exam petang semalam, terus balik rumah dengan leganya sebab macam yang di plan, lepas habis exam ni nak pegi long holiday. Padahal takde cuti pon lepas exam, amik cuti sdn.bhd. hoho :'D Ampunn lecturer. huhu.nnti saya bagi surat. huhu.

Nak dijadikan cerita, malam tadi, Irine and husband plan pagi-pagi hari ni dalam pukul 8 pagi macam tu nak pegi Pejabat Imegrisen sebab nak buat passport untuk baby Medina. Tah macam mana tahh, pagi2 lepas Subuh, tertido balik, pastu sedar-sedar dah pukul 8.30 am. Terus cancel plan! sebab for sure, ramai orang and no giliran dekat pejabat imegrisen tu dah la cepat habis. Pernah kena sekali dulu. Then, terus carik idea nak pegi mana hari ni nak bawak baby.




Tinggggg! *lambang mentol menyala*



Terus cakap dengan husband, abang jom pegi tempat ni jom, dah lama survey tapi sebab exam lama sangat tangguh dulu hasrat. Very nice place yang sesuai untuk parents habiskan masa dengan baby !

Just nak share dengan korang, satu-satunya 1st spa untuk baby di Malaysia. Haaa, ingat kita-kita je ke yang ada spa, baby pun ada spa dah skang. Amboi,amboi,amboi, kecik-kecik dah pegi spa. Biassaaa dia tu.



Hippopo Baby Spa & Wellness

Tq to uncle Andika and Auntie Hazura parents baby Umar sebab suggestkan tempat ni!! Rasa excited tengok gambar baby Umar pegi spa ni.

Hippopo Baby Spa & Wellness ni bukak pukul 10 a.m. So, around 10 a.m gitu, Irine call untuk set appointment dengan diorang. Yelah, kot-kot full ke, tak ke penatt nak ulang alik. Irine set appointment pukul 12 tengahari takdelah terlalu pagi sangat kan.



Datang-datang je takde orang masa ni! haha bestnyeee!! Sebab pegi weekdays kan, kalau weekend sure penuh sebab ramai set appoinment bila weekend. Kalau korang nak pegi time weekend, make sure call set appointment 3 days before ok! Sebab dengar cite, kene tunggu turn kalau ramai sangat. So, kira untung la jugak pegi time takde orang macam ni. hehe. Takdelah rushing-rushing and rasa macam buat rumah sendiri pon ada! hehe.



Kalau korang nak tau,  Hippopo Baby Spa & Wellness ni ialah Baby Spa ada swim + baby massage! sebenarnya bawak medina pegi baby spa ni nak bagi Medina exercise dalam air, nak bagi dia main swimming2 dalam air :)

Cantik tau dalam dia, pastu bila masuk and sepanjang dalam spa ni ada lagu baby diorang pasangkan. Lagu suara budak-budak. Yang besar ni pun dengar terhibur rasa enjoy. Yang dalam gambar atas ni, big tub tau.


Small tub comel :) Rasa nak beli letak kat rumah  :'D


Siap ada lagu keluar masa nak mandi.


Toys dia pon best2 :P



Ok mula-mula sebelum Medina nak bawak mandi dalam kolam dia tu, kena main-main dengan mood dia dulu. Bagi dia khayal and kasi warm up dulu. So, staff dekat Hippopo Baby Spa ni pandai jugak dia attract Medina dengan main-main dengan dia dulu. Nampak tak muka Medina macam pelik semacam? haha, sesi suai kenal la tu. Suka sangat dengan cara staff dia main dengan baby. Very friendly! 


Lepas dah setel main-main dengan Medina, sebelum mandi staff baby spa ni dia streching kan kaki dengan baby Medina dulu supaya tak terkezuttt masuk kolam nanti. hihi ! Nampak muka Medina tu, muka macam redha dan pasrah je. Oii! princess sangat tau! Ibu dulu kecik-kecik pon atok dengan maktok tak bawak pegi spa pun. huhu


Maka, siap sedialah si kenit ni dengan muka pasrahnya sebab ibu nak masukkan dia dalam air!! hehee. Salin semua baju, diorang pakaikan pampers diorang untuk bawak masuk dalam kolam. Yelah, kot-kot terkencing ke terberak ke, habis berkeladak air.haha. Nasib Medina tak berak :P Nampak muka dalam air macam tengah meneran tadi. Ibu dah cuak dah.haha. 


And tadaaaaa!!! hehe! 
dah kenapa rupa Medina dah macam Shin Chan masa ni.hahah! Mula-mula reaksi Medina macam relax wat cool je kan. 


Kitorang biarkan dia bawak diri dalam air dengan pelampung ni. hehe. 
Eh cop, mesti ada yang tanya, "eh tak sakit ke kepala Medina dalam pelampung macam tu, kesiannnyerrwwww". Ok janganla risau, sebab pelampung ni dia neck support which is dekat bahagian leher tu dia support. Irine sendiri ada beli pelampung ni dekat rumah, and dekat baby spa ni pun diorang guna pelampung yang sama khas untuk babyy.  Baby yang guna neck floats ni alat yang sangat membantu dan berguna untuk baby sebab dia membolehkan baby2 rasa selesa, bergerak bebas, dan selamat dalam air.

Pelampung tak payah bawak, kat sana dah sediakan :)
Cuma korang kena bawak pampers siap2, tapi pampers tu kita gunakan masa nak balik la kot. Sebab masa nak mandi, diorang pakaikan pampers diorang sendiri.



Mula menunjukkan belang. haha.


Tapi belang tak menjadi sebab Medina kaki dia tegak semacam dalam air! haha! Nak tergelak tengok. Tapi, masa ni awal-awal lagi, dia baru nak sesuai dengan air.

 

hahahhaa. mau tak tergelak tengok gambar ni?
Dah kenapa si Medina ni terapung semacam dalam air.Seriusss, dia float kot! haha.Pastu buat muka slumber dia je.  Ibu masa tangkap gambar ni mau tergelak terbahak-bahak tengok gaya macam ni. And lastly baru dia kayuh-kayuh. Comel gile tengok tauuu!!



Ok tukar pelampung lagi satu! hehe
Ibu rasa heppyyy sangattt bila tengok si kenit ni happpyy!! 


Amboi, siap nak silang-silang kaki tau dalam air. huhu. hebat sangat la tu? 


Pandai berdikari dah time ni. Ok kalau nak tau, masa dalam kolam ni selama 20 minit tauu :) Tapi rasanya Irine macam dapat lebih sikit sebab masa mula-mula rendam tu keluarkan dia balik sebab Medina lapar. Then, Irine breastfeedkan kan dia dulu dalam bilik bf yang disediakan untuk ibu-ibu yang menyusu baby dekat bahagian belakang. Lagipun takde orang masa ni. Selesa tauu! Pastu baru bawak masuk balik mandi sambung :) 


Masa ni kaki dia kayuh-kayuh tauuu. Eh lupa nak cakap, air dalam ni tak sejuk pon tau. Suam-suam je, boleh buat baby mengantok-ngantok nak tido sebab dia rasa tenang. Rasanya seingat Irine dia cakap tadi suhu air tu 36 drjh celcius. 

Kalau korang nak tengok video macam mana Medina swimming dalam pool ni, 
follow Irine dekat instagram , search @irine_nadia ok?! 


Ok dah selesai mandi! hehehe. habis dah 20 minit main-main dalam air tadi.
Nampak kan muka happy dia tu? Melting tengok :')


Yes ibu ! Medina dah habis mandi, now i want my fresh milk!! 



Suka la tu ayah dia dok dukung.





And last sekali, massage time!! Best tauuu, lepas mandi ni, dia massage kan seluruh kaki, tangan, badan baby. Seluruh badan habis dia urut. 


Masa ni, Medina diurut dengan minyak organic ape tah, tak ingat ape dia cakap. hahah. Tapi, nampak macam best dan hampir-hampir terpengaruh nak beli. Nasib baik, iman masih terkawal lagi masa ni suruh jangan membazir.wakaka! 

tq Hippopo Spa Baby & Wellness atas layanan tadi. InshaAllah pasti akan datang lagi bawak baby.

Bagi yang nak tau berapa bayaran kena buat, only RM 76 per session include swim for 20 minutes + baby massage. Rasanya sejam setengah jugak dok dalam baby spa ni tadi :) Memang rasa sangat berbaloi tauu! 

Untuk full address, boleh check dekat sini.

Address : F30 1st Floor, Centrepoint Bandar Utama, 
No. 3 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya, Selangor

Operation Hours : 10 a.m.- 8 p.m. (Monday-Saturday)
10 a.m. - 7 p.m. (Sunday and Public Holiday)

Mommies and dadies, remember to spend quality time to your little ones ok! 

InshaAllah nanti akan review dan share apa-apa lagi yang best dalam blog ni :)

tata, Assalamualaikum.
Tq for reading! 

Jap, terjumpa gambar ni kalau fullhouse time weekend. 
Bandingkan dengan Irine pegi time takde orang.hihi 


Fullhouse!

Semuanya terletak di tangan anda,
chewahhh!! hahah :P



p/s : Korang dialu-alukan untuk "SHARE" entry ni untuk suggest pada kawan2 or sape2 je lah!!