Monday, January 6, 2014

Sweet 2013 !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Selamat tahun baru! Haa nampak tak dekat situ, kalau bab-bab ketinggalan nak wish apa-apa, blog ni la selalu lambat :'D heee!  2013 rasa terlalu cepat pulak, yes pejam celik pejam celik, tup tup perut dah memboncet. Pejam celik lagi sekali, tengok-tengok dah keluar anak sorang. Ape lagi kau nak Irine selain daripada bersyukur? 

Dah tak berapa aktif sangat dekat blog, sebab semuanya hari-hari lebih di update dekat instagram. Tu je lah paling senang nak tekan-tekan, nak capai-capai dalam waktu tengah menyusu, dalam waktu tengah salinkan pampers anak. Nak capai laptop jangan hareppp, tengah malam baru dapat merasa panas sikit kerusi meja online ni. 

Tahun ni naikla setahun umur, not forever 21 lagi dah. Tapi, dalam hati , jiwa dan raga masih sedapkan hati, yesss akulah forever 21! huu! Takde ape sangat pun dengan umur, melainkan setiap umur tu ada perubahan yang besar berlaku dalam hidup kita. Alhamdulillah, dengan adanya anak, lebih dapat merasakan erti sebenar kehidupan. Dah rasa tak nak buat perkara-perkara lagha, sedang belajar berubah dan mempraktikkan 'solehah' secara menyeluruh dari hari ke hari, perbetulkan niat untuk masuk syurga untuk jadi ketua bidadari dekat suami nanti. Suami selalu cakap, buat baik taat dekat suami, solat cukup semua, pilih la pintu syurga mana nak masuk nanti..senang sangat kan untuk wanita masuk syurga, tak teringin ke?

Dear suami dan anak ibu, kita jumpa di syurga nanti ye. 

Hari ni tepat baby umur 7 bulan. How time flies! dulu kecik nye laa haaiii. Lahir-lahir sedap-sedap badan cinonet je. Sekarang membesar dengan juaranya ! Allah kurniakan anak yang senang jaga serba serbi senang, takde banyak cekadak, senang tidur, senang menyusu, senang melayan, kalau nangis pun untuk susu atau untuk main dengan dia je. 



2014 bertiga. Mungkin hujung tahun berempat, siapa tau kan. 
Allah sebaik-baik perancang. 


And sebabkan baby Medina duduk pon dengan kitorang berdua je, jadi no wonder memang tersangat manja. Kalau nak dengan orang lain, dia akan ambil masa untuk scan dulu muka orang tu, nak tentukan dia serasi ke tak. haha. Agak-agak dia nangis tu, bermakna, anda tak berjaya! direject sereject2nya and please try again! hehe. Selalunya, orang yang ada aura-aura suka budak-budak ni, baby Medina akan senang serasi :) 


Memang betul la kan, anak 1st ni special dia lain sikit. Mesti Medina bila besar nanti belagak dengan adik-adik dia  
" Ibu sayang Kakak Medinaa, jangan jeless, adik pakai baju-baju recycle kakak Medina je ". *imagine jap dengan muka dia cakap macam tu nanti T__T 


Macam biasalah, rambut dia baru bangun ada terjongket-jongket dekat and gulong-gulong dekat tepi tu. Masam tau tak!!! gerammm tgk.Rasa nak picit2 je. 


Tepat 7 bulan, ibu bercita-cita dan memasang impian untuk ajar Medina tido dalam katil dia sendiri. Tak terlambat lagi kan, yelah, sebab selama ni si kenit ni tido tengah-tengah katil ibu dengan ayah dia. Senang sebab malam2 bila dia menangis terus bagi susu je and peluk dia sampai dia tidur. Sekarang ni tengah berfikir-fikir macam manaaaaaa nak bagi dia biasa tido dalam katil sendiri. Mungkin, lepas bagi susu sampai tertido, alihkan dia masuk katil sendiri? Idea owh idea! 


Perlu ke nak garuk-garuk kepala macam tu? haha. 


anak ayah. Ok kene bersyukur sangat-sangat sebab dapat suami yang memang suka budak-budak. Semua jenis lawak antarabangsa semua dia pandai acah-acah dengan Medina ni. Kadang-kadang bila dia acah-acah Medina, ibu akan cakap 
" Ayah tak pernah pun acah-acah ibu macam tu!!". 
yes jeles T__T 


Dari segi rambut Medina, rambut dia tumbuh lepas cukur masa umur 2 bulan tu dengan jayanya. Asyik fikir kalau rambut lambat tumbuh, rambut cukur bantal ke ape ke.Tapi,tumbuh dengan cantik. Jangan la tanya pakai petua ape dan sapu minyak ape dekat baby jadi lebat. Memang tak sapu ape-ape minyak , maybe sebab genetic rambut ayah dan ibu dia lebat? Wallahualam. Setakat ni rambut dah penuh and menutupi semua kepala, cuma tengah tunggu panjang je. Takpelah sama je, lebat ke tak lebat ke, yang penting dah besar nanti ada rambut kan? Dun worry mummy2 dkt luar sana!! 


Hari-hari hantar ibu pegi kelas. 
Eleehhhh macam tak biasa plak ikut ibu pegi kelas. Jangan tak mengaku, awak tauu takk, masa awak dalam perut ibu 2 bulan lagi ibu dah kendong awak dalam perut sampai 9 bulan pegi kelas. dari dalam kelas sampai dalam dewan exam awak dok tendang-tendang perut ibu konon2 nak exercise kaki dengan tangan . Sampai dok kutil2 perut ibu sampai ke pusat terasa geli dia.

Hermmm, selalunya waktu malam dia akan tidur around pukul 9.30 pm, dan malam akan berjaga 2x untuk merengek2 nak susu je, ibu pusing dkt dia and susukan and tertido sendiri sampai ke pagi. Waktu pagi dia akan bangun dulu, ayah dan ibu masih berkerohhhhh lagi. pukul 6 or 6.30 a.m dia akan bangun dulu, pusing2 meniarap atas katil. Sempit tau tak! Ibu dah penah sekali jatuh katil. huhu. 



Moga jadi anak yang solehah sayang. Mudahkan urusan ibu dan ayah. 




Ibu balik kelas tiap2 2 jam untuk susukan dia sebab terlalu banyak botol2 susu and macam2 puting segala jenis brand sampai takde brand dah bagi nyotnyot dia reject habis2. dah tak payah nak suggest suruh pigeon ke, avent ke, mimijumi yang menyerupai dan berbentukkan nyoyot ibu2, lupekan sajeee :D  semua tu taknk. Medina setia dengan nyotnyot asli dia. haha. takpelah, ape2 pon happpyyyyyy sebab walaupun rushing tapi sesuatu yang manis. 




Last but not least, happy 7months sayang!!
Cepat2 berjalan ok, senang nak tolong ibu tolak troli stok Shaklee! haha!!

Ok byeee!! 

Nanti sambung lagi.

Assalamualaikum.



Jangan lupa like 
FACEBOOK PAGE IRINE ok! untuk yang nak order SHAKLEE!
Yang nak order Set Skin Care, Set Basic Slimming, Set Weight Gain, Set Pregnant 1st,2nd,and 3rd Trimester , Set Kesuburan Suami isteri, Set berpantang/bersalin, Set Resdung, Set Senggugut, Set Breastfeeding dan banyak lagi boleh LIKE fb page Irine ok!

IRINE NADIA MARCELLO DOT BLOGSPOT