Saturday, April 26, 2014

Medina turns 1 : Planning and checklist



Assalamualaikum.
Rindunya blog. hahaha. Kau dah kenapa Irine awal-awal mukadimah entry dah gelak --'
lamanya tak habiskan masa sepenuhnya dekat depan blog. 


Takde ape cite sangat pun, life Alhamdulillah Allah kasi pinjam kasih sayang. Ada keluarga sendiri, keluarga mertua yang sangat baik, suami dan anak pun dah cukup syukur. Takde ape pun nak minta lagi selain panjangkan kasih sayang kitorang semua :'D


Sebenarnya, nak cerita niiiii. Ada lagi 48 hari lagi nak tunggu si kecik tu genap setahun. Haa siap kira kau 49 hari, bukti ibu mithali .haha :P Kejaplaa pulak setahun umur anak, haihhh. Medina punya birthday 6 June. So kalau nak diikutkan memang lambat lagi, tapi tau-tau je laa kalau bab-bab macam ni aku jadi tak keruan and suka nak siapkan macam-macam benda. Lagi-lagi 1st time nak sambut birthday anak, kalau dulu masa kecik-kecik ayah dengan mak yang dok raikan birthday aku. Sekarang ni turn diri sendiri pulak. 

Macam-macam dah plan, tapi plan cakap pakai mulut je lah.haha. Tapi cakap2 pakai mulut ada la jugak 2-3 perkara dah setel booked. Tu pun senyap2, husband wait and see je lah nanti. Ntah, aku ni memang suka plan sorang2, then sampai masa nak mintak pendapat baru laa tanya husband. hehe. 

Untuk birthday Medina ni nanti, kitorang plan buat serentak dengan birthday ayah Medina. Lagipun beza seminggu je. Medina 6/6, ayah Medina 12/6. So, dah alang2 kan, nak cut cost buat sekali majlis kesyukuran dan birthday party sekali untuk dua orang ni :)  

Ada beberapa perkara jugaklaaa yang aku berjaya  siap-siap listkan. Ni pun banyak refer2 dekat blog kawan2. Tq dekat blog Kak Zimie sebab banyak sangat share apa yang perlu and kena ada kalau nak buat birthday party ni. Semuanya aku listkan dalam buku khas, kalau x catit confirm hilang idea2 tu. ngehngeh.

Checklist 

TEMA 



Sebenarnya aku dah plan siap-siap, tema birthday Medina ni nanti nak buat tema cartoon Chibi Maruko Chan.huhuhaha. Nak diikutkan, Medina memang fanatik cite Upin Ipin, tapi takkanla aku x nak buat tema tu kan, macam tak kena pulak dengan Medina sebab dia gegirl. So, plan nak buat Chibi sebab kadang-kadang aku sendiri tengok medina macam rupe chibi.haha :P 
Tapi tema Chibi Maruko Chan tu direject sekeras-kerasnya dengan husband. Sabo je lahhh. sebab dia x nak tema tu. huhu. So, tukar plan, tema nya nanti to be confirmed , cuma tema dari segi color nanti GOLD & TIFFANY BLUE :) Kalau boleh memang nak lari daripada tema PINK color sebab ibu dia sendiri dah bosan dengan color pink tu, so kita try tukar.hehe. Tapi x tau lah, ibu mampu ke tidak tak selitkan color pink dalam tema ni. kehkehkeh pendirian tak tetap. 


Ni laa Chibi ibu. hehe


Chibi Ibu 10 bulan setengah. 
Bila dah besar muka lebih ke arah ayah dia dah. Dulu masa kecik macam ibu. :D
Betul orang cakap muka baby cepat berubah-ubah.


melawat kakak Chibi dekat tesco :P 



TARIKH & WAKTU 
sehari atau 2 hari lepas birthday Medina. 
7 or 8 June 2014 (Sabtu @ Ahad) tapi nak buat maybe 7 June 2014 hari Sabtu sebab kalau hari Ahad macam tak best sangat sebab esok tu dah hari Isnin masuk keje, sekolah la ape la. 

MENU 
Menu takat ni tak sure lagi sebab tak tau nak buat2 makan nasi ataupun makan makanan petang macam mee goreng ke, mihun, laksa, sate. TAK CONFIRM lagi.

DECORATIONS 
belon, backdrop banner, Alphabet banner





GOODIES 
stationary, lolipop, toys, candy. Untuk goodies ni aku x focuskan untuk bagi dekat mak2 budak! hahah. sebab nama pun birthday party kan, hehe so maybe dalam goodies bag tu lebih pada budak2 punya makanan and mainan budak2 je :P Mak ayah bagi makan cukup. hihi.



GUEST LIST 
Guest list tak ramai pun. Lebih pada family, family in law, sedara2, jiran, kawan2 Uni, kawan2 rapat and kawan2 yang kenal kt internet. hehe. 100-150 orang mcmtu.

KAD JEMPUTAN 
Emm, kalau buat card besar2 kang mengalahkan macam nak buat kenduri kawen anak pulak.haha. So, jgn mengada2! Buat card design sendiri and post invitation dekat FB pun cukup asalkan ikhlas nak jemputnya :)

BIRTHDAY CAKE 
Birthday cake. tak sure lagi jenis macam mana, tapi kalau family belanja dialu2kan. hekhek! 
Plan kalau ada bajet lebih nak belikan satu cake untuk husband. Haaa jaga2!! tperanjat nnti cake macam mana. hehe





CANDY BUFFET
cupcake, candies, personalized food antaranyaaa yg boleh dipilih --- > kitkat wrapper, cotton candy in tube, popcorn in cupcake cup, fancy cookies & candy in clear plastic
Water label untuk botol air mineral yang bentuk bulat2 tu .





COOKIES
untuk cookies ni kalau ada bajet lebih boleh laa plan untuk buat. 
untuk cookies setelah dikaji-kaji nak cari yang cookies ada bentuk baby, bentuk romper baby, bentuk botol susu baby. Haaa, kan nice tu. hehe! comel sebab penah nampak and trend cookies bentuk macam tu.




sampai sayang nak makan :'D









So, ada sesiapa boleh suggestkan tak website/facebook page/instagram yang boleh buat cookies macam ni? Nanti suggestkan dekat bahagian comment blog ni ok! memang urgent cari sekarang. 

LUCKY DRAW
Untuk lucky draw ni sebenarnya dapat idea daripada attend birthday party anak kawan, Kak Am. hehe. Masa party nanti guest sampai2 je terus bagi balang cabutan bertuah. So, agak2 masa semua dah habis makan, cabut no and bagi hadiah mana yang bertuah. Bagus jugak idea ni sebab boleh bagi guest semua tak balik awal nak tgu nama bertuah ke x menang hadiah.ekeke.

PHOTOGRAPHER
kene ada. hehe.kalau boleh nak elakkan daripada siblings sendiri jadi photographer sebab nanti takde gambar dengan diorang. So, untuk photographer dah booked and setel siap2 last week.

DRESS FOR BIRTHDAY GIRL
dah ada idea jugak nak jenis dress macam mana untuk Medina nanti. Tapi kalau boleh nak elakkan dress yang material dia tebal and boleh buat medina cepat panas and berpeluh. Kalau berpeluh and panas for sure mood dia lari.




 Tak kisah pun dress jenis macam mana, janji ikut tema and si kecik ni selesa bila pakai and nak bergerak2 :) 



Ok last but not least, tu je lah nak share planning and checklist. 
Yang gambar-gambar atas ni sebagai contoh and inspirasi je. hehe. sekadar angan2. hehe.


Tata~~

Salam sayang, 
Ibu Medina