Sunday, October 12, 2014

2nd pregnancy, Adik Medina.


Assalamualaikum. Hyeeeeee :) 
Blog masih di privatekan lagi, maybe next week lah kot baru nak open balik. Emm, ramai tanya kenapa x boleh bukak blog, kene block ke. huhu, ingat ni instagram ke ada option untuk block2 orang.hehe. Tak boleh bukak sbb owner dia sendiri gatal tangan nak senyapkan diri dulu daripada dunia blog.Haaa..gitu kau.haha. So, sape2 yang baca semula blog ni, nak bagitau siap-siap yang sila baca 3-4 entry lepas2 yang aku karang masa blog ni tutup. hehe. Baca dari bawah lah ye. 



Ok, here u go. 
Untuk bacaan Medina bila dah besar nanti, entry ni cerita tentang adik awak. hehe. 
Alhamdulillah dah masuk 2nd trimester. Sekejapnyaaaa oiii. Tak percaya ni haaaaa. Mungkin aku rasa sekejap sangat sebabkan faktor-faktor bawah ni :- 

- takde alahan teruk

-takde adegan drama bersiri--- makan muntah keluar balik. Macam 1st anak dulu, time Medina lah saat-saat paling genting kene hadap.hehe. teruk sangat alah morning sickness. Mungkin sebab baby girl? Wallahualam. Time Medina, perut tengah lapar sangat nihhh, bila dapat makanan, dah setel makan, tak sampai beberapa minit semua makanan dah Alhamdulillah dimuntahkan semula.haha. Rugi je. perut kosong balik.

- Mungkin aku rasa sekejap sebab kali ni aku macam layan tak layan je. hehe. Husband pun. Tunggu perut besar dulu baru excited kot.


Tapi, bersyukur sangat, sebab masa pregnant Medina dulu, walaupun alahan dia datang awal 7 minggu sampai 7-8 bulan, tapi proses nak bersalin tu Allah permudahkan. Takde sakit-sakit and kesan czer masih cantik sampai sekarang. Owh ye, btw masa Medina dulu aku melahirkan secara czer sebab baby breech. Lepas daripada czer, dalam tempoh pantang 3 hari  tu, aku dah boleh jalan laju tahap maksima! haha ! laju dia tahap kain batik hampir terlucut sikit.haha. sampai kene tego dengan ibu mertuaku suruh jalan slow-slow.. Tukang urut pun puji kesan jahitan czer cantik dan kemas. 

Kalau nak diikutkan, sekarang Medina dah 1 tahun 4 bulan, dan sepanjang tu sikit rasa sakit atau bisa-bisa daripada kesan czer, aku tak rasa ape (bukan riak, ni nak shareee je nihh pengalaman). Cuma rasa gatal2 tu je lah ada, yang tu normal rasa gatal2.Orang panggil, "gatal sedap". HAHA. gatal yang bila garu tu tahap feeling kaw-kaw sampai menutup mataa. Gituuuu kann.  Aku akan rasa gatal2 dekat part jahit tu bila tersalah makan ikan. Selalunye bila aku makan ikan siakap ke, ikan jenahak. Senang cite, ikan yang sedap dimasak steam atau sweet sour. Sabo je lah, tu semua fevret.  Mungkin jugak, salah satu faktor proses bersalin aku dipermudahkan sebab aku makan set pantang Shaklee (wallahualam, kita usaha je.hehe). Jadi, marilah kita amalkan shaklee. 


.
2nd pregnancy ---- 2nd trimester. 

Assalamualaikum anak kedua ibu. hehe.Awak ni baby girl lagi ke atau baby boy ? :) 
Kalau baby boy, cepat-cepat sikit tunjuk bebird tu.haha. Kalau girl, Kakak Medina dah tak sabar nak main sama-sama. 

Cuma yang aku rasa kali ni, pening-pening dan cepat letih satu badan tu of course ada. Setakat ni, makan muntah keluar balik tak penah jadi lagi. Akan-akan datang tak tau lah. Cuma, aku akan muntah sekali pada waktu pagi, muntah acid ataupun dikenali sebagai muntah HIJO! haha. Muntah yang membuatkan waktu pagi aku spoil.huhu. Sakit tauuu bila muntah acid ni, bila muntah tu,muka dengan kaki tangan main peranan penting ye. Sampai hentak2 kaki. Tu je lah, lain2 xde. Makan kena on time itu biasa. Kalau tak once dah masuk angin, rasa loya.

Kakak Medina pun dah makin bijak. nampaklah dia tu berdikari sikit. Kalau orang tanya, manja tak dia lagi2 bila dapat tau ibu dia pregnant lagi. Of course manja! Kuat "merappp" orang Utagha panggil. Kuat merap tu kuat berkepit lah.


Anak kesayangan ibu, 1 tahun 4 bulan.
Rimas tengok rambut depan, kasi potong bentuk mangkuk.kihkih. Tu pon tak sama,ayah punya hasil tangan la ni. 



Comel sangat la tuh kan dok sengih! haha

Medina still fully breastfeed lagi. Dia lahh breastfeeder paling tegar dan setia sekali! huhu. Sbelum ni dah try tanya doctor, boleh ke proceed bf kan Medina sambil pregnant skali. Doc cakap, boleh proceed selagi ibu dan anak takde masalah apa-apa. Jadi, aku plan bf kan je Medina ni selagi rezeki susu untuk dia ada lagi. Wallahualam susu aku dia akan berkurang sendiri bila beberapa bulan akan datang sebab ada kawan-kawan yg aku tanya, diorang kata susu kita akan berkurang dengan sendirinya. Aku try-try jugak aritu bg Medina try susu formula, tapi dia tolak kaw-kaw punya. 3 jenis susu try, Susu Mamil, S26,dengan Biolac. tiga2 reject. Takpelah, aku teruskan je BF Medina selama mana boleh :) Lagipun tu hak dia.Tak sampai hati aku untuk wean off dia terlalu awal.


Fullname : Fiska Medina
Occupation : Breastfeeder 



Untuk yang 2nd baby ni, kalau boleh and kalau ada rezeki, aku nak try bersalin secara normal. Doctor pun cakap takde masalah kalau 1st baby dah czer, 2nd pulak nak try bersalin secara normal. Cuma kena tengok keadaan aku masa dah sarat nantilah, boleh ke takk normal. Harap-harap boleh la normal. InshaAllah. Kalau dekat Klinik bersalin UMRA Seksyen 13 shah alam ni, doctor dia cakap dengan aku, diorang memang dah tetapkan kalau 1st baby dah czer, 2nd CONFIRM diorang akan czerkan jugak. Alasannya sebab diorang taknak ambil risiko takut kes rahim pecah kalau nak try bersalin normal. Tapi aku x plan pun nak bersalin situ,nak dekat tempat lain.

Kalau nanti,tak boleh normal pun, kalau 2nd nnti kena czer jugak, takpe mungkin tu dah bahagian aku yg dah ditetapkan :) Mungkin Allah tahu kalau normal, aku tak boleh tanggung rasa sakitnya. Macamtu lah yg husband aku nasihat dekat aku masa bila dapat tau 1st baby kena czer. betul jugak tu, Hikmah dia, aku takde rasa sakit ape utk czer ni lepas bersalin. Ape-ape pun, redha tu penting.  






Ok lahh. Jumpe next entry!!
Harap banyak lagi benda aku boleh sharekan dekat blog ni nanti.