Sunday, October 19, 2014

Jeruk mangga asam boy

Assalamualaikum. Hi.

Kali ni penangan pembawakan baby, tekak aku lebih nak merasa dan menelan serta membaham makanan-makanan manis je. Terus terang aku cakap, teh ice mamak tu memang hari-hari aku bungkus ikat tepi. Laki kita dah bebel-bebel, "nanti kena potong kaki baru tauuu, nanti kaki berlubang baru tauuu, bla, bla, bla". Aku sentap lah jugak, tapi malas nak layan sangat, aku lebih layankan tekak aku. herherher. Sebab aku x boleh minum susu untuk 2nd pregnancy ni. Masa Medina boleh :( 

Makanan pun prefer manis-manis jugak macam ice cream. Stok ice cream banyak lah kat dalam fridge tu. Tu semua bukan makanan pengenyang, tapi makanan untuk menghilangkan rasa-rasa loya. Cuma kalau asam-asam jeruk tu ke kadang2 layan jugak, tapi tak selayan sefeeling masa pregnant Medina dulu. 

Tapi, aritu dekat facebook, jadi viral pulak gambar Jeruk mangga asam boy ni haaaa. Rasa nak hentak kepala atas meja laju-laju sebab terliur sangat tengok.haha


Yang tak mengandung tengok ni pun boleh terliur, apetah lagi ibu yang tengah mengandung. Aiyoyo. Aku tengok ada orang jual, tapi aku rasa senang je nak buat sendiri.haha cuma rajin dengan malas je. Mujur aku rajin sikit walaupun aku jenis yang pemalas bila bab-bab mengupas buah berkulit ni.

Jadi aku pun mulalah roh rajin datang merasuk. Suruh husband belikan mangga muda and buat sendiri. Nak beli malas nak post2 takut pecah.



3 biji mangga muda.
See, walaupun aku jenis malas nak kupas buah, tapi potongan agak kemas dekat situ, tak terlalu tebal potong kulit buah :'D hewhew!


Potong buah mangga tu. Dari segi size dan ketebalan buah nak potong tu ikut suka hati kau lah kan. Macam aku suka makan tebal2 panjang gini. Basuh bersih-bersih and tapis. Jangan buang tebiat basuh dengan sabun pulak. 

dah tapis,masuk dalam bekas, letak garam, letak gula, letak asam boy, masuk dalam fridge perap and sejukkan. Agak2 dah sejuk tu boleh la makan depan tv jadikan snack.lol.



Ok dah siap. satu bekas Rm5.haha. Sedap gak, sebab guna mangga muda kan, makan sejuk2 terangkat.Takyah beli kt orang.senang je buatnya, rajin dan tak rajin konsepnye :P