Thursday, October 23, 2014

Supplement untuk 2nd pregnancy


Assalamualaikum. 

Orang cakap bila anak kedua perasaan mengandung tu tak se "excited" macam anak pertama. Yang tu aku x tau nak describe macam mana, kalau aku takde pun rasa macamtu, sama je excitednya haaaa. Tapi, mungkin boleh nampak dari segi tahap sabar kot. Contohnya macam siapa tengah mengandung 1st baby, mesti excited bila bab nak pegi scan baby, kalau boleh tiap2 minggu nak pegi scan, kalau takut husband bising mesti pegi scan senyap2, alasannya sebab rindu nak tengok baby dalam perut. Owh i know laaa reason dan taktik tu :P Aku pernah mengalaminya. Tapi scan selalu pun x elok. Tapi bila anak kedua ni, tak sabar nak scan tu kurang lerr sikit. Macam sekarang ni, aku rasa check up sebulan sekali pun dah cukup. sebulan sekali baru scan, kalau macam dulu 2 minggu sekali. Takdelah sampai tak sabar. Maybe sebab masa 1st baby kita dah tau kan macam mana pengalaman and progress baby dari semasa ke semasa :) 

Untuk kali kedua ni, satu je aku perasan (as mention previous entry), yang aku x boleh minum susu sangat. Minum sikit tu boleh lah, tapi teguk banyak2 macam Medina dulu oh kenot kenot! sampai aku selalu usap2 perut sambil bermonolog sendiri dengan baby "sorry syg, ibu x boleh minum susu untuk awak, air manis2 je masuk". Aku kerap tanya dekat suami "abg, kalau syg x minum susu kali ni, banyak minum teh ice, milo ice, anak jadi coklat tak". Suami aku selamba dia jawab "merepek je lah,abistu kalau suka minum air oren, anak keluar2 nanti kulit jadi oren?". Aku tersentak la kejap ayat dia tu --' haha. 

Macam before ni jugak, aku cerita yang adik Medina dalam perut ni takde mengalami alahan apa-apa pun. Muntah pun takde, dari 1st trimester sampailah 2nd trimester yang sekarang aku ok je. Alhamdulillah.Berbeza serba serbi sangatlah dengan pengalaman mengandungkan anak 1st. Jangan akan2 datang teruk sudah.huhu.

Ramai tanya dekat aku, masa pregnant anak 1st aku makan ape supplement ape and dulu pun aku dah jawab soalan tu dalam entry ni

Untuk adik Medina, aku still teruskan and sambung makan Salindah. Tu supplement yg aku rasa x boleh tinggal kot. Kalau boleh semua anak nak makan Salindah. Salindah ni product homeophathy.



Salindah ni product memang femes dah. Sebut je orang mesti tau. Bagi yang mungkin 1st time dengar bila baca blog aku, Salindah ni dia ada set dia. Ada set hamil dan set bersalin. Tapi aku amalkan set hamil dia je, set bersalin tak. Set hamil ada 6 botol yang kau kena makan dari bulan ke bulan, adalah instruction dia yang kena ikut, bukan main tibai je makan. hehe. 

Start daripada B1,B2,B3, B4,B5 dan B6. Ramai tanya dekat aku dulu, bila kena start makan Salindah. Product dia start daripada kandungan dah cecah 12 minggu baru boleh makan dengan start dulu B1. Then diikuti dengan botol yang lain ikut masa yg dah ditetapkan. Sampailah minggu ke 36 mengandung, aku makan yang B6 pulak. 

Dulu ramai je yang komen Salindah ni x elok lah ape lah. Ada jugak yang aku baca, ada certain nurse dengan doctor tak bagi makan ada effect mcm boleh turun darah la, susah bersalin la bla bla yang boleh buat korang macam ragu2 nak makan. But i can say 80% - 90% testimoni cakap bagus, even akak aku sendiri makan untuk empat2 anak dia and even pengalaman aku jugak yang dah makan time Medina. 

Ramai jugak cakap benda yang sama yang Salindah ni kalau orang tu ngam dan sesuai, memang bagus kesannya. Wallahualam. Tapi sebabkan anak 1st aku ngam, maka aku teruskan. tak salah pun :) Alhamdulillah boleh nampak dari segi aktif sangat, bijak and cepat tangkap. Masa aku nak beli product ni pun, ada customer lain jugak datang nak beli , sempat borak jugak dengan aku, dia cakap dia memang amalkan utk anak2 dia. Masa anak 1st dia x amalkan product ni, anak 2nd dia makan Salindah and dia dapat tengok perbezaan ketara anak 1st dengan anak 2nd dia which is anak kedua lagi more active and bijak sikit. Tapi macam aku cakap, tu semua kuasa Tuhan. Benda2 macam ni atas usaha kita je nak makan ke tak :) Depends pada masing2. 



Selain tu, macam biasalah proceed makan folic acid. Benda wajib semua akan dapat kan. hehe. 
Tapi, aritu doctor tukarkan folic acid yang aku yg biasa ke Iberat Folic. Aku pun tak penah makan ni selalu makan yg biasa tu je. Cuma aku tanya dekat doctor ape beza folic acid biasa dengan Iberet Folic. Dia cakap, Iberet Folic lagi bagus, kesan dia lagi "power". Aku pun mcm angguk2 je. Sempat makan seminggu lebih macamtu, then aku rasa macam badan aku daripada kuat jadi agak lemah sikit and bila makan ni cepat mengantok. Tak lupe jugak, daripada aku x loya boleh jadi loya. Tak tau lah sama ada tu effect daripada iberet folic ni. Aku rasa macam yerr sebab effect dia nampak mendadak sangat.

Makanya, aku berhenti makan Iberet Folic dan pegi klinik mintak Folic Acid yang biasa tu, and keadaan kesihatan aku kembali normal. hehehe. Maybe x sesuai kot yg iberet ni.


Dan yang lain, selain Salindah, Folic Acid, macam biasa aku amalkan
1) Set pregnant Shaklee. 
2) Madu Qaseh Gold Adinda
3) Kapsul Habbatus Sauda

Madu dengan kapsul Habbatus sauda tu kadang2 gilir2 jugak makan. Ikut mana yang ingat je. hehehe..




Ok lah, yang lain-lain aku share nanti.
Dan aku terdetik nak share something yang even kalau kita nak kawen pun, tu adalah "rezeki",
dan ingat jugak yang bersalin dan melahirkan anak ni pun "rezeki dan nasib" masing-masing. 
Apa-apa cara atau kaedah kita bersalin sekalipun, tu semua rezeki. Please jangan banding antara satu sama lain, kalau kita banding2kan tu namanya kita tak redha dengan ketentuan Allah yang dah tetapkan untuk kita. 



See u next entry! :)
Mmuaahhhx!