Friday, February 13, 2015

Save the date | Grand Opening FISKA


Assalamualaikum.

Selalu buat review opening butik orang lain, sekarang buat review tentang opening butik sendiri pulak. Ecehhh :'D 


Quickly update from me, anyone yang suka shopping-shopping, jemput datang ke Grand Opening butik kitorang, Butik FISKA. InshaAllah 28 Februari 2015, hari Sabtu. Start dari pukul 9 pagi sampai 8 malam. Make sure datang tauuuu sebab 100 orang terawal akan dapat FREE goodie bag yang mana dalam goodie bag tu macam-macam ada!! Ada free inner neck Medina from FISKA, ada free pallazo, skirt,pin hijab, cookies, perfume, calendar, notebook, keychain, masker, beauty product, dan lain2. Wehhhh banyakkk gileeeeeee isi dalam goodie bag!! haha. Ku kira-kira, 1 goodie bag mungkin bernilai RM50 tau! Ish ish, rugi siapa tak datang.




InshaAllah 28 februari 2015 ni jugak 1st time butik dibuka secara public untuk semua orang! Dah alang-alang kira launching session la jugak :) berbulan-bulan jugak kitorang nak bina butik pertama ni. Hasil titik peluh berbulan-bulan renovation, kehulu kehilir nak siapkan butik untuk keselesaan para tetamu yang datang. Ada jugak yang dah datang nak masuk butik, sbb diorang ingat kedai dah bukak :'D Tapi sebenarnya tak bukak pon lagii. 



Apa yang ada dalam butik FISKA ni? ramai tertanya-tanya kan.

Basically, of course barang-barang muslimah untuk wanita. Me in charge dalam bahagian muslimah, of course our best seller inner neck medina ada harga SALE tau! Shawl labuh, instant labuh, jubah dan lain-lain lagi. Selain tu, kalau sesiapa yang datang dengan bertemankan suami ke, ayah ke, abang ke, jangan risau kalau diorang merungut cakap "arghhh boringlahhhh teman perempuan masuk butik". SEBABNYA konsep Butik FISKA ni bukanlah focus untuk perempuan shopping ajeee. Ada bahagian untuk para lelaki untuk cuci mata shopping jugak. Ada cap, ada jugak jacket, jubah dan InshaAllah coming soon dalam production kasut by FISKAMEN. Dekat dalam butik Fiska jugak, berkonsepkan FISCAFE which is ada cafe dalam tu. Ada macam-macam jenis dessert, minuman dan lain2. Tempat duduk yang selesa beramah mesra ada disediakan jugak kat depan butik sambil menikmati pemandangan luar butik  :P :P hihih!

InshaAllah, semua dijemput hadir ke 

Grand Opening FISKA | 28 Februari 2015 | SABTU

Location : C-27-1, 
1st floor, Alam Avenue 2, Seksyen 16, 
Shah Alam, Selangor.

(Landmark dia kalau nak senang : Bila berada di traffic light Padang Jawa, pandang straight jeeeee, korang akan nampak bangunan bercatkan color kuning. Dekat bangunan tu je, signage dan dome bertulis "FISKA" dah terpampang dari jauhh. hehe.




JUMPA NANTI ! InshaAllah.