Monday, May 4, 2015

Alhamdulillah, selamat bersalin 2nd baby :)


Assalamualaikum. hello.

Eh Irine dah bersalin ke? haha. Ha'ah, Alhamdulillah, dah selamat bersalin 6 hari yang lepas. hehe.
29 April 2015, pukul 1.59 pm dah pun selamat melahirkan anak yang kedua berat 2.96 kg. Baby perempuan yang aku rasa cukup lebat rambutnya. bibir dan hidung sebijik ikut ayahnya dan mempunyai raut wajah yang seiras macam akak dia, Kakak Medina :')


2nd princess, anak ibu dan ayah. Teman sepermainan Kakak Medina. hehek.



Bibir adik kak Nina kali ni ikut ayah dia. sebijik okehhh! Boleh dikatakan daripada segi fizikal 90% ikut raut wajah ayah. 10% ikut aku la kot.sob sob sob.haha 



Nak cerita sikit.
Kali ni aku pilih PPUM untuk bersalinkan anak kedua. PPUM kalau ikutkan takdelah jauh mana dengan rumah, tapi sebabkan laluan orang ramai bersesak nak pegi kerja pagi-pagi. Lagi-lagi kalau aku ada check up pukul 9 pagi, gerak dari rumah pukul 7.30, sampai sana PPUM ambil masa 1 jam setengah. Lama gile woi. Tapi kalau jalan tak jammed, nak pegi PPUM tu ambil masa 10-15 minit saje. 

So far, service PPUM memang bagus. Fyi, PPUM ni dia semi-government. Bayar tetap kene bayar, takde free-free ok. hehe. Daripada segi environment, tempat dia macam hospital ala-ala private, orang ramai tapi suasana dia tak sesak. Tiap kali nak check up, memang kena bayar. Deposit kena bayar 
RM 500 untuk booked bilik. Lepas discharge hari tu kena bayar balance Rm 300 lebih. Means, gedebak gedebuk campur bill check up weekly ada la cost dalam RM1k bersih mcmtu. Murah kan? ok meh dtg sini, tapi kena tau siap-siap yang nak bersalin sini suami tak boleh teman masuk even normal sekalipun. huuuuu. tu yang aku agak terkilan sikit. but so far, ok je. Nurse ok je, kalau ada nurse yang kiok2 sikit pun dalam 2-3 orang, tahan je lah telinga tu. haha. And lagi satu, PPUM bagi aku antara hospital yang support bersalin normal after czer (kalau takde ape2 masalah).




Macam yg sedia maklum, kalau sesiapa tanya aku 
"macam mana rasa false contraction atau macam mana rasa nak bersalin?".. 

Owhh please jangan tanya aku, sebab boleh dikatakan hujung-hujung pregnancy aritu aku banyak google blog-blog orang lain nak tau kisah dan pengalaman diorang sendiri ataupun kejap-kejap aku wassap mak aku, akak aku dan kawan-kawan terdekat tanya macam mana rasa contraction tu sendiri. 

 Yelah, aku zero knowledge ok tentang rasa tu, tak pernah dan tak sempat rasa sebabkan masa 1st baby dulu ditakdirkan untuk bersalin secara ceaser. Kali ni Allah izinkan boleh bersalin normal. Doctor bagi permission untuk aku bersalin secara normal dan paling happy bila aku tanya doctor, 

Me : "doctor, dari segi cara nak bersalin tu, chances untuk saya bersalin boleh normal ke atau kena ceaser semula ye?"
Doctor : "so far saya tengok takde sebab untuk awak go for ceaser melainkan u yang request sendiri nak ceaser (doctor tu sempat gelak sinis.haha). So, kita akan tunggu awak sendiri sakit sampai rasa nak bersalin baru datang hospital. Ke awak nak bersalin operate lagi? 
Me : "Eh tak nak doctor, kali ni memang daripada awal saya plan nak cuba bersalin normal seboleh-bolehnya. Saya memang nak rasa sakit bersalin normal tu sendiri macam mana"
Doctor : "ok kalau macamtu kita tunggu lah sampai masa"
Me : tersenyum dan mengharapkan Allah izinkan sebab tu semua kata-kata yang keluar daripada doctor je. kot-kot last minute kena ceaser tak tau la kan.

Fyi, masa 1st baby dulu aku pernah cerita dekat blog ni yang aku bersalin 1st baby secara ceaser sebab baby breech. Masa tu 36 weeks. Dapat tau pregnant kali kedua masa Medina umur 1 tahun 2 bulan dulu. Makanya, masa adik Medina lahir, lagi seminggu Medina nak masuk umur 1 tahun 11 bulan. Jarak anak 1st dan 2nd tak sampai 2 tahun pun, walaupun aku tau sebaik-baik planning family kalau boleh biar 2 tahun jaraknya. Tapi Alhamdulillah rezeki awal and aku pun tak stopkan BF kan Medina, sampai umur dia sekarang aku still BF kan dia. Rezeki susu tu still ada untuk Medina. Sekarang pun Medina dengan adik kongsi susu sama-sama.



To be continued~

Nanti aku akan share kan serba sedikit pengalaman aku daripada 1st bersalin ceaser dan yang kedua ni bersalin secara normal. Yang atas ni baru mukadimah, tapi time tengah create entry ni tengah tak selesa sebab tengah pakai bengkung. kahkah.