Thursday, May 7, 2015

Part 2 : Kronologi bersalin (Labour room)


Assalamualaikum.

1stly nak bagitauuuu niihhh, terima kasih yang sudi baca entry berjela Part 1 yang lepas. Aku ingatkan entry panjang-panjang gitu orang malas nak baca. haha. Thank you, thank you. Niat aku tulis entry tu sekadar perkongsian. Aku takut sebelum penyakit pelupa aku datang, nanti dah tak ingat ape-ape lagi dah. hehe. 

Ada yang mesej and email dekat aku request untuk aku buat entry tentang ape perbezaan rasa secara normal dan ceaser. Aku rasa aku tak layak lagi nak cerita panjang-panjang tentang tu walaupun aku dah merasa dua cara bersalin ni untuk anak yang pertama (bersalin ceaser) dan anak kedua (bersalin normal). Tapi tu lahhhh, aku pernah cakap dekat facebook yang apa-apa sekalipun jangan bandingkan darjat orang yang bersalin secara ceaser dan bersalin secara normal. Benda yang aku dengar daripada dulu "bersalin cara tu pahala lagi besar, tak sama, bla bla bla".  Haihhh..bukan ke Allah je yang maha mengetahui semua tu? Sape je kita nak menilai pahala orang tu besar ke kecik kan. 


Ok sambung balik cerita Part 2.


Venue : Labour Room, PPUM
Time : 9 pagi


Previous entry aku dah mention yang sampai-sampai je bilik labour room, doctor check bukaan dah pun 5cm. Bila dengar 5cm je kan, perasaan nak "bertarung nyawa" tu seakan-akan "zappppppp" merasuk dalam tubuh badan aku. Rasa macam semangat dah berkobar-kobar sambil mata ni dok menjeling jam dekat dinding tu. Yelah, dah tau yang tak lama je lagi baby nak keluar. Memang time ni dah start contraction yang skala 10 punya. haha. Sakitnya tak boleh describe, Allah saje yang tau. Patutlahhh bila aku tanya mak aku "mak, macam mana rasa sakit nak bersalin tu mak". Jawapan mak tak habis-habis "sakit yang tak boleh describe". 5x aku tanya mak, 5x dia jawab jawapan yang sama. haha. Jadi, aku macam tertanya-tanya sampailah aku rasa sendiri. 


Kalau ikutkan, kisah aku dekat labour room takdelah sekejap. Banyak jugak drama nya. haha. Selalu dengar orang cite, dia dalam labour room tak lama pun, ada yang sejam je, ada yang 1 jam setengah, 2 jam. tapi bahagian aku lama sikit :) Doctor cakap, setiap 1cm nak bukak tu 1 jam. Maknanya, 1 jam akan buka 1cm. Aku tanya kenapa. Doctor cakap sebab ni kira kali pertama awak nak bersalinkan baby ikut bawah,kira fresh lagi la, tak pernah ada bukaan. Bila aku dengar 1jam untuk 1cm, aku macam tergamam la kejap. Lamanya. huhu. 


Aku tak ingat pukul berapa, tapi sejam lepas daripada bukaan dah 5cm tu, doctor datang check and dia cakap bukaan dah 6cm. Sejam lepas daripada tu, check lagi. Bukaan dah 7-8cm doctor cakap. Tapi......bayangkan lah bukaan yang 1cm nak bukak tu pun aku dah nangis-nangis sebab contraction time tu datang sekejap2. Kali ni bukan 5 minit sekali datang contraction. Kali ni 3 minit sekali kekerapan. Kejap-kejap aku pandang jam dekat dinding, bila lahhh nak habis pertarungan ni. huhu. Masa tengah contraction tu, kejap-kejap golek badan belah kiri, kejap-kejap golek badan belah kanan. Rasa macam badan terkunci, kaki tangan terkunci. Mulut je boleh keluar bersuara. 

Orang cakap, kalau dalam keadaan macam tu jangan buang tenaga dengan jerit nanti nak push takde tenaga. Aku? Aku dah habiskan separuh tenaga aku dengan bersuara kuat mengerang kesakitan. Yes, honestly, memang suara aku boleh dengar dari luar labour room sebut "Allah, Allah, Allah..." . Takpun, aku baca zikir " La ilaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minazzolimin" sampai putus-putus suara aku dah tak kedengaran zikir tu. 



Labour Room, PPUM
Time : 12 tengahari

Masa ni dah sampai tahap kemuncak. Terlalu sakit contraction, contraction datang seminit-seminit. tudung yang aku pakai pun dah senget benget, dah tak rupa orang sangat. haha. Dahi dah start berpeluh-peluh, tak henti-henti keluar peluh walaupun aircond pasang. Doctor and budak-budak praktikal dah keluar tinggalkan aku sorang-sorang. Dalam hati aku, kenapa diorang keluar!! Mana aku nak dapatkan support moral time-time sakit cenggini. Time sorang-sorang cenggini, kejap-kejap aku dengar bunyik dan suara perempuan bilik sebelah menjerit. Nyaring giler. Aku agak dia pun tengah sakit macam aku. Tiba-tiba lagi, aku dengar bunyik pasukan sorakan "pushhhhh! pusshh!! pushh, sikit je lagi, sikit je lagi!" . Riuh rendah jugaklah, aku pasang telinga sambil tahan contraction. 


Besi katil tu je lah pengganti tangan suami aku :'( i need my husband time ni :'( 
Mungkin kalau suami ada teman sekali, contraction yang sakit sangat-sangat tu akan kurang rasanya bila kita pandang orang yang kita sayang.....


Aku masa ni try gagahkan diri tak nak tekan button merah panggil nurse, tapi tak bolehhh. Aku capai jugak wayar button merah atas kepala, tekan sekali. Pastu takde sape pun datang. 5 minit lepastu, aku tekan lagi sekali, ada sorang nurse berumur ni datang. Dia tanya "yerrr kenapaaa". Ehhh boleh pulak tanya kenapa. Dah terang-terang la sakit. Wuuu. Aku tak salahkan pun nurse tu, entah, walaupun rasa geram, geram tu aku ignorekan. Tengah sakit-sakit mana boleh ada perasaan marah2. huuu. Nurse tu pon tengok dekat mesin CTG, contraction makin kerap katanya. Lepastu nurse tu keluar, tinggal lagi aku sorang-sorang tahan sakit. Yang teman sape? Air mata :'D Kuatnya rasa. Allah bagi kekuatan dalam kesakitan. 


Aku pejam mata, aku ketap gigi. 

...............................

Sekali ada sorang akak ni masuk, pakai uniform putih. Aku bisik dalam hati"leganyaaaa ada orang masukk". Tapi..............dia masuk sebab nak angkat sampah dalam tong tu je. Ya Allah...huuuu. Akak yang angkat sampah tu pandang je tenung aku yang tengah mengerang kesakitan, aku terbukak mulut mengadu dekat dia "akak.....saakittt...". Dengan dia pun jadilahhh aku tumpang mengadu. Tapi dia senyap dan keluar mcmtu je. 

Letih...letih sangat dah time ni. Rasa putus asa, tapi sebab fikirkan buat apa nak putus asa, lagi beberapa jam je nak bersalin. Kena kuat, muka Medina, muka suami aku, muka mak aku semua terbayang time ni. Terbayang apa akan jadi dekat diorang kalau aku takde. Haihh macam-macam lahhh. Patutlaa Allah beri ganjaran mati syahid pada wanita yang meninggal bila lahirkan anak. Besarnya ganjaran ni......



Labour Room, PPUM
Time : 1 petang

Doctor datang. Tiap kali aku pandang muka doctor dekat muka pintu laboor room, rasa happy sangat-sangat. Doctor nak check bukaan, aku curik-curik dengar perbualan dia dengan doctor lagi sorang tu cakap "patutttlahhh dia sakit sangat.. dah 10cm dah ni". Rasa macam nak melonjak dah time ni happynya Allah je yang tau sebab aku hanya tinggal nak keluarkan skill aku untuk push kan baby tu je. haha. Tapi aku tak tau kenapa doctor tu tiba-tiba cakap "bagi dia lagi 1 hour untuk kepala baby tu sendiri keluar dulu". Tergamam kejap, aku dah sakit sangat-sangat ni. Sesekali rasa tu datang macam nak buang air besar. Sesekali rasa tu macam nak meneran. Bukan ke kalau dah 10cm, boleh je push? Mana mungkin aku mampu tunggu lagi 1 jam sedangkan bukaan dah buka 10cm. 10cm kot, sakit MashaAllah dengan perut mengeras nya lagi. Bukan aku taknak tanya, tapi aku tak larat tanya apa sebab doctor suruh tunggu lagi sejam. 

Contraction dah tahap sakit teramat-amat. Teringat sorang kawan aku cakap,
"kalau kau sakit nanti jangan jerit "ammaaa appaaaaa" pulak, kawal sikit iman tu, kalau tak tahan sangat pun gantikan dengan zikir2 je". haha. 


Labour Room, PPUM
Time : 1.30 petang

Tepat setengah jam, ada 2 orang doctor datang bergegas masuk bilik aku. Doctor sempat tanya "Puan, puan sabar ye, sikit je lagi nihh". Tiba-tiba diorang decide untuk taknak tunggu sejam macam doctor yang lagi sorang tu arahkan, mungkin dia tak sampai hati dah tengok keadaan aku. Doctor arahkan nurse ambil 2 batang besi untuk penahan letak kaki. Masa ni aku dah tau yang "pertarungan sebenar" dah nak bermula. 



Aku praktikkan semua pesanan yang orang pernah pesan dengan aku, 

1st, masa nak push jangan angkat punggung, nanti koyak
2nd, jangan jerit masa push, nanti takde tenaga
3rd, bila push, anggap push tu macam nak meneran sekuat hati kita. 
4th, kepala dan dagu lekap kat dada 
5h, push bila rasa sakit je, means push bila mana kau rasa baby tengah mengeras and rasa period pain yang dashat tu je. Kalau tiba2 time tengah push tu, dah takde rasa sakit, terus RELAX ! Yes RELAX! Relax tujuan dia untuk kumpul tenaga balik sementara tunggu next contraction untuk meneran. 

kelima-lima perkara atas ni semua aku buat. Yang bab punggung jangan angkat tu memang takyah citelah, sebab aku rasa punggung aku dengan katil tu dah macam melekat daripada awal masuk labour room sampai time ni. 

Masa ni doctor dh cakap dengan aku, 
"Nadiaa, kalau awak rasa macam nak meneran, meneran je ok".

Aku pun ape lagi, get ready. Tiba-tiba rasa nak meneran, dalam fikiran aku "mungkin time ni dah boleh start push and meneran kot". haha. Aku cuba try 1st percubaan untuk push. Doctor nampak muka aku tengah push, dia bagi support cakap yessss teran lagii, terannnn lagii. Masa ni, doctor ajar, masa nak meneran tu tahan sampai kiraan 10 saat. Means, teran sekuat hati mungkin, jangan berhenti sampai dia habis kiraan 10 saat. Doctor tu kirakan daripada 1 sampai 10. Nampak macam kejap, tapi lama. huuu.

Terngiang-ngiang lagi doctor ajar,
"ok Nadia, tahan teran tu sampai 10 saat yer, lepas daripada  kiraan 10 habis, try "CURIK NAFAS" sekejap" 

Aku pun buat lah macam doctor ajar. Memang menjadi. haha. bab curik nafas tu aku bantai je, aku buat je ikut suka aku, asalkan doctor tak tegur, tu namanya betul lah cara aku. hehe


......................................................................







dan aku dengar....


"ok Nadia, sikit je lagiiiiiii...sikit je lagi, jambul baby dah nampak, kepala baby dah keluar tu! Uishhhh lebatnyaaa jambul babyyyy "

"sikit je lagiii...sikit je lagiii..haaaaaaaa teran lagiiii..teran lagi, mata dengan hidung baby dah nampak...yessss good nadia good!"

"nadiaaaa...boleh nadiaaaa boleh..teran lagi kasi betul-betul keluarkan mata dengan hidung baby, nanti takut dia lemas tersangkut.."

"ok, push! push! push!! " 
*masa ni penat dia Tuhan saje yang tau. Aku boleh gambarkan yang bila nak push tu tak sakit, yang sakit dia ialah contraction je. 


Aku nampak tangan doctor seolah-olah tengah pusingkan badan baby untuk tarik keluar. 
"Pushhhh lagii...Alhamdulillah"

"Nadiaaa, ok sabar sabar..baby awak dah selamat keluar Alhamdulillah" 

Tepat 1.59 pm, baby selamat keluar. Bising satu labour room bunyik dan suara baby nangis. Indahnya perasaan masa tu. Allah gantikan perasaan sakit dengan perasaan gembira yang tak terhingga, digantikannya pula seolah-olah perasaan sakit tu terus hilang sekelip mata bila pandang dan sentuh badan baby. Perasaan masa tu? Terus kepala jatuh atas katil, nangis teresak-esak. Berakhir sudah pertarungan ni akhirnya.

Doctor letakkan baby atas dada aku, dia tanya aku, baby awak ni baby lelaki ke baby perempuan. Aku jawab baby perempuan. Terus doctor tunjuk "bunga" baby dekat aku. Aku cium, aku peluk sekuat hati adik baby. Adik baby kecik,tapi badan dia padat, gempal sikit daripada Kakak Medina. Kakak Medina dulu kecik halus je 2.5kg, yang adik dia 2.96kg, lagi berapa gram nak cecah 3 kilo. 


Alhamdulillah... 
*lap peluh, betulkan tudung yang dah senget-benget*


Doctor terus bawak baby untuk dibersihkan. Kata nurse, suami aku dah datang iqamatkan baby.
Bermulalah proses nak menjahit. Jahitnya tak lama, sekejap je, sebab doctor cakap sikit je. 
Apa rasa kena jahit? Emm, bagi aku tak rasa sakit pun. Aku kena jahit masa waktu sedar, tapi tak terasa sakit, mungkin rasa sakit tuh tak rasa sebab aku letih sangat. Memang tak rasa apa. Aku cuma nampak doctor tengah tarik benang bawak masuk dan keluar je. Lepas tu setel.





habisssslahhh cerita dan pengalaman bersalin anak kedua ni.
Pengalaman yang sangat berbeza dengan bersalin secara ceaser. 
Semestinya pengalaman indah kan, walaupun terngiang-ngiang lagi rasanya macam mana.

Aku cuma kongsikan pengalaman dkt blog ni. Macam aku cakap, mungkin boleh jadi bahan bacaan sebab aku ada selitkan tips/pesanan yg tak seberapa dekat perenggan atas tu sebelum nak push :)

InshaAllah jugak, tak mustahil kalau kita dah pernah bersalin secara ceaser, tak boleh untuk cuba bersalin normal pula. Yang penting, kena ada dan WAJIB ada support daripada husband kita sendiri, family, mak ayah. Aku syukur sebab orang sekeliling ramai yang support kali ni.

Thank you Allah...



Thank you for reading

Assalamualaikum..