Monday, May 18, 2015

Perbezaan Set Bersalin TANAMERA vs Set Bersalin NONA ROGUY? Mana nak pilih.



Assalamualaikum.

Hari ni genap hari yang ke-20 pantang :) 

Atas permintaan beberapa orang readers dalam blog ni, yang bertanyakan set pantang mana yang best dan boleh direcommendkan antara TANAMERA VS NONA ROGUY. Dua-dua produk set pantang ni aku dah cuba pakai. Macam masa lepas bersalinkan anak pertama dulu, which is 1st experience jadi ibu, jadi aku tak terfikir pun nak beli set pantang. Jadi, aku serahkan bulat-bulat dekat tukang urut. Dia yang sediakan serba serbi, sepanjang urut dia guna barang2 Nona Roguy. tapi tu lah, lepas habis je mengurut 3 hari, dah tak guna apa-apa lagi dah. 

Dan kali ni, sebelum bersalin ada dapat hadiah Full set Tanamera. So masa tu memang dah plan siap-siap pantang kali ni nak guna Tanamera. Tapi, tukang urut yang sama kali ni datang mengurut dia pengaruh aku dengan beli fullset Nona Roguy ni. haha. Aku nih mana boleh kena pengaruh sikit, orang terang apa kelebihan barang ni, terus aku rasa macam ishhh gerammmm betul, kena beli nihhh. See? tulahhh kelemahan aku, pantang digoda, pantang dipengaruh sikit dengan sesuatu benda yang menarik T___T

Persoalannya sekarang lagi-lagi kaum-kaum bakal ibu yang 1st experience bersalin nanti, 
set pantang/bersalin apa yang best. Mana yang patut beli dan mana yang berbaloi untuk guna sepanjang waktu pantang? Mehhh baca entry ni, kali ni kasi aku pengaruh korang balik. hehe

Yang ni merupakan pendapat peribadi aku je tauu sebab dah guna dua-dua ni walaupun tempoh pantang belum berakhir lagi :)  Jujur dari pendapat sendiri, Set bersalin Nona Roguy lebih berbaloi beli and digunakan walaupun agak pricey. Set bersalin NR ramai yang suka sebab ada tablet Phytonatal yang femes tu. hehe. Phytonatal femes sebab boleh atasi masalah besar ibu yang lepas bersalin iaitu masalah sembelit. Kalau kau makan waktu pagi, konfem akan rasa nak membuang dengan lancar pada waktu petang. Tapi jangan lengah-lengahkan lah, takut terkincit di tengah jalan. haha :p

Untuk set Tanamera pulak, tak ada pil. Yang ada cuma teh herba dan minyak kelapa dara (VCO) dan banyak items lain yang digunakan untuk kegunaan luaran. 1 benda yang aku boleh bandingkan antara 2 produk ni, Set NR items dia meliputi kegunaan luaran dan focuskan kegunaan dalaman sekali. Means, set ni balance. but Set Tanamera dia hanya focuskan and byk kegunaan luaran saje. Set Tanamera more to moden style, set ala-ala spa. Minyak urut Tanamera pon lebih pada bau wangi, berbanding dengan minyak urut NR bau dia lebih kepada bauan herba.








Aku beli Set Nona Roguy ni RM240. Beli dekat tukang urut yang aku booked time mengurut haritu. Ada orang kata murah aku dapat. Ada yang aku baca dia beli set ni RM300 pun ada. Dalam kotak ni ada 6 items which is :-



  • Minyak Herbanika
Ntahh, aku tak tau kenapa aku suka sangat dengan minyak herbanika NR ni. Salah satu sebab aku beli full set NR ni ialah sebabkan minyak herbanika ni. Boleh jadi satu kelebihan/keistimewaan untuk NR sebab ada minyak ni . Minyak ni panas dan melegakan satu badan. Plus, tarikan minyak ni ialah bau herba dia sendiri, memang kuat tapi sedap je bila time pantang bau minyak NR.

Tukang urut yang mengurut aku bila datang je, 1st thing yang dia akan buat sapu dan gosokkan minyak herbanika ni dekat bahagian kulit kepala, tengkuk dan bahu. Sebelum rambut nak ikat sanggul tinggi-tinggi dan rapi, dia akan gunakan minyak herbanika lagi satu (botol purple, kurang panas) untuk disapukan seluruh rambut. 

Minyak herbanika ni boleh guna satu badan tau. Kalau tak bersalin pun, orang biasa, orang tua boleh pakai jugak. Minyak ni boleh sapu dekat semua bahagian kecuali tempat luka czer.

Minyak herbanika ni boleh guna untuk urutkan baby. Tak jadi masalah. And selain daripada jadikan minyak urut, aku guna minyak herbanika ni untuk titiskan 3-4 titik atas pad. Fungsi dia utk cepat tanggalkan benang jahitan and serap pengeluaran darah-darah kotor. 

Fungsi Minyak herbanika utk bantu melembutkan urat saraf and otot yang tegang semasa peneranan dan membantu melancarkan aliran darah. Sepanjang berurut aritu, memang guna sepenuhnya minyak herbanika :) Kalau aku nak keluar untuk check up dekat hospital, aku akan sapukan minyak herbanika ni dekat bahagian perut dan belakang pinggang dan sapu dekat kedua-dua tapak kaki lepas tu sarung stokin. Memang lega je rasa kalau keluar mana-mana time pantang. 

  • Phytonatal
Phytonatal ni jenis tablet tau. 1 botol ada 90 biji. Aku paling suka dengan tablet Phytonatal ni sebab dia adalah "penyelamat" waktu emergency! haha. Apekah maksud "penyelamat". Kaum-kaum ibu yang baru lepas bersalin, perkara yang dia kena hadap lepas beberapa hari bersalin ialah "sembelit". huhu. Yang bersalin normal, akan jadi seriau sebabkan risau dengan luka jahitan yang baru je lagi. Makanya, sembelit ni satu masalah besar time pantang! haha. 

Phytonatal ni fungsi dia untuk melawaskan pembuangan air besar, menurunkan berat badan yang berlebihan, dan bertindak utk menguatkan lagi tubuh. Yes, bila rasa sembelit je, cepat-cepat la makan Phytonatal ni, memang membantu sangat-sangat.

  • Akar Herbanika
Akar Herbanika ni tukang urut yang datang mengurut aku aritu dia yang buatkan dekat dapur. Akar herbanika ni untuk minum tau. Satu kotak ada 10 uncang dan 1 uncang tu boleh rebus dan guna semula 2-3x. Ape rasa air akar herbanika nihhh? Jangan risau, tak pahit pun. Rasa dia macam air teh tanpa letak gula. Kalau bahasa orang kampung2, orang panggil "air teh mati". Air teh kosong lah maksudnya. 

Fungsi dia? Fungsi dia menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan badan bagi ibu2 yang baru bersalin. 1 uncang Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih. Kalau kau rasa nak tambah madu pun boleh. Kasi ada rasa sikit

  • Uncang Cuci Herbanika
Dalam banyak-banyak item dalam set NR ni, uncang cuci herbanika merupakan item yang paling fevret! sebab apaa? Haa meh sini nak cerita. Mungkin dalam waktu awal-awal lepas bersalin (especially bersalin normal), kau akan rasa tak selesa dengan luka jahitan. Perasaan takut-takut dan seriau masih menghantui lagi. hihi. Jadi, uncang cuci herbanika ni boleh digunakan untuk mencuci luka jahitan. 

Fungsi dia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. Dan aku boleh bagi contoh, let say kalau kau tersalah makan makanan yang boleh menyebabkan luka jahitan terasa macam gatal-gatal, cepat-cepat bancuh uncang cuci herbanika ni. Macam aku, tukang urut ajar ambil 1-2 uncang, letak dalam bekas besen yang lebar, letak air panas dalam tu sampai uncang tu keluarkan color teh kekuningan pekat, campur 2 sudu garam (taknak letak pun boleh), dan campurkan air suam sikit kasi air tu rasa suam-suam panas.

Kalau boleh air rendaman tu bagus dalam tahap panas berasap tapi yang tak melecurkan kulit la. Kalau guna bekas besen yang lebar, tukang urut aku aritu suggestkan kita masuk dalam tu berendam (bukan berendam sepenuhnya, berendam dekat bahagian luka jahitan tu saje dah cukup). Kalau taknak buat cara macam ni, air uncang ni boleh digunakan sebagai air untuk mencuci/cebukkan lepas buang air besar dan air kecik. Hasil dia? Macam aku, rasa lega sangat-sangat, selesa nak buat apa-apa keje lepas berendam.

  • Herbanika Lulur



Herbanika lulur ni pun best. Cara nak buat dia senang je. 1-2 sudu besar Herbanika Lulur campurkan dengan air panas suam. Pastu lulurkan je and gosok, sental sampai separuh kering. Memang semua ni senang kalau nak buat sendiri. Nampak macam rumit, tapi tu lahhh, nak cantik kena jaga betul-betul :p Kalau guna Set NR ni, memang tak sah kalau 1 bilik akan bau herba jeee. Best, macam aromatheraphy. menenangkan jugak. 

Fungsi Herbanika Lulur ni untuk hilangkan daki, haluskan kulit yang kasar, cerahkan balik kulit yang dah jadi gelap lepas bersalin (selalunya dekat bahagian perut,celah ketiak, celah leher, celah2 peha). Boleh mengecutkan bentuk badan yang kembang and mengatasi masalah sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan.




    • Krim Herbanika Barut
    Krim ni boleh sapu sebelum nak gunakan bengkung. Fungsi dia boleh atasi perut lembik,perut yang dah menggeleberr nak kasi tegang semula, buncit :) 



    So far, yang ni lah kelebihan Set Bersalin NR. Air Akar herbanika dengan Tablet Phytonatal tu pun memang bagus untuk tambahkan dan memekatkan susu badan. Ada orang tanya kalau baby kena jaundice boleh makan tak. Kalau macam aku, bila dapat tau baby jaundice, aku stopkan dulu makan/minum, sebab kalau boleh taknak ganggu susu takut panas orang cakap. Lepas baby dah sembuh dari jaundice je, terus sambung balik makan macam biasa. 

    Tablet Phytonatal & Akar Herbanika NR boleh makan kalau baby tak kuning. Kalau baby kuning, tunggu sampai baby sihat, baru ibu boleh continue and proceed makan kedua-kedua items ni semula.



    Highly Recommended ! Berapa bintang aku boleh bagi : 5 bintang untuk set bersalin NR.
    Jadi, kalau ditanyakan pendapat aku, aku akan jawab dengan sejujur-jujurnya yang set bersalin Nona Roguy memang terbaik. Tapi tu kalau nak dibandingkan dengan Tanamera, kalau product bersalin lain aku tak pasti sebab tak pernah cuba lagi. Wallahualam. Pendapat orang lain-lain kan. Mungkin ada orang lagi suka set bersalin lain. Ni review aku sndiri utk panduan yg siapa baca je, takde niat lain tauuu. Make sure sebelum decide nak beli set bersalin, survey dulu betul-betul ok !

    p/s : Set bersalin NR jugak cepat untuk kurus semula lepas bersalin. Tu ayat yang selalu aku dengar and aku sendiri pun rasa macamtu. Seriussss. Nona Roguy setakat ni feedback tersangatlah ramai pengguna yang dah cuba dan memang berkesan untuk kuruskan badan. 





    Sekian dari saya, hehe


    Day 18 pantang



    Bye-bye :)