Tuesday, May 12, 2015

Skin care yang sesuai untuk semua jenis kulit


Assalamualaikum.

Ok entry ni nak share serba sedikit skin care yang best bg aku, Terus terang cakap, kulit aku dulu jenis teruk and sensitif sangat. Sejarah silam punya cerita, memang ada masalah kulit. Kulit yang jenis tumbuh jerawat yang berketul-ketul bersepah-sepah dekat dahi. Sebab tu dulu bila mak aku nampak je kelibat aku lalu depan dia, dia terus panggil 
"meh sini jap, mak nak picitkan jerawat kau tu, geram mak tengok". 

haaa sampai macamtu sekali. Bukan takat tu je, bila dah picit tu baru habis satu kisah, kisah seterusnya pulak nak menghadap kesan daripada picit tu tinggal parut hitam kat muka. Ya Ampunn, rasa stress sampai takde mood jumpa orang, malu punya pasal. Kalau ada parut pun jenis yang akan tinggalkan kesan bekas hitam dan akan hilang sebulan, bukan sehari dan bukan seminggu ye adik2. 

Tapi tu cerita zaman sekolah dan zaman awal-awal nak masuk UITM. Lama jugak lah. Start dari nak kawen tak silap, skin dah start kurang dan jarang tumbuh jerawat. Yang aku perasan, masa start pregnantkan anak pertama tu yang jerawat malu-malu nak hinggap. Dia macam takut-takut je nak singgah. haha! Ada orang cakap sebab hormon dan ada orang cakap jugak siapa yang masa zaman nak membesar which is zaman sekolah rendah/menengah/ awal-awal dah ada sejarah jerawat teruk, nanti in future takde masalah skin lagi dah. Kalau masa zaman kecik2 kulit licin jee macam telur, masa zaman yg sekarang ni kulit dia yg ada masalah. haha kejam pulak bunyiknya. Wallahualam. Siapa yang takde jerawat tu sila bersyukur cepat! :P  Jadi untung la kot sape yang dah mengalami hormon teruk2 masa zaman2 sekolah. lullzzz

Jadi, masa pregnant yang kedua aritu, selain daripada amalkan minum produk minuman Ephyra,  pakai skin care drpd Allure Beauty. Aku nihh jenis yang kalau nak pakai skin care, suka jenis produk yang ada day cream and night cream sekali selain daripada sabun. Jadi, 2-3 bulan lepas aku jumpa produk Allure Beauty ni. Saje je lah nak cuba pada awalnya sbb owner dia suggestkan aku try. hehe. Memang best dan kalau sesuatu produk tu sesuai dengan aku, 2-3 hari lepas tu takde jerawat2 kecik timbul maksudnya sesuai. Kalau takde tu, maksudnya kulit aku approve lah produk tu. haha. 


Ni haaa product tu. Allure Beauty. Aku try 1 set terus. 1 set dia ada 4 barang which is day cream, night cream, glowing booster cream dengan sabun. 


Yang ni pulak isi dalam dia. Maaf lah yek, gambar cream semua dah tak serata.haha. Maklumlah lepas pakai tu, ada lah tangan kecil yang dok tunggang tebalikkan bekas cream ni atas meja. Medina lah orangnye! haha. Tiga-tiga cream ni tahan lama kot, aku rasa mau 2 bulan tak habis pakai lagi (gambar ni aku amik masa tengah banyak lagi).

Macam biasa lah, pagi-pagi pakai day cream. Day cream ni kalau kau rajin and disiplin mesti kena pakai (aku jenis tak disiplin, kadang2 memang terskip tp still pakai jgk). Day cream ni dia akan protect skin and elakkan sunburn. Malam pulak memang paling suka sebab sebelum tido tu, aku akan cuci muka dengan sabun dia siap-siap kasi muka sejuk sikit, pastu sapu "glowing booster" cream tu. 

Macam kes aku nih, aku suka sapu glowing booster cream tu lebih sikit sebab dia macam ala2 moisturizer gitu, lembab dan sejuk je muka. Agak-agak dah rata cream tu and dah kering tak melekit, last sekali kau sapu je night cream. Itu sajeeee, pastu pi lahhh tido ! haha. Aku dapat comparekan, kalau malam tak pakai cream ni dengan pakai, memang rasa berbeza jugak lah. 1st rasa macam sebelum tido tu kulit kering je pastu bangun esok mcm kulit x best. Kalau pakai pulak, ko akan rasa sebaliknya lah! 



Yang ni haaa sabun dia. Sabun dia bukan bentuk separuh macam tu ye! haha. Sabun ni aku dah potong separuh pakai. Tapi for me, sabun dia mmg best! Bila pakai tu nikmat je banyak buihh and tak cepat habis.

Penggunaan sabun ni selain daripada muka, boleh jugak pakai dekat badan, celah ketiak yang hitam haha, celah peha, tempat yang gatal dan allergic.


1 set ada 4 barang
day cream, night cream, glowing booster and last skali sabun dia. 


Setakat ni, dua product yang ni pakai. Satu, minuman Ephyra dan utk skin care pakai Allure Beauty nih. Tu je lah yang rajin takat nihh. Allure Beauty ni dia TANPA MERCURY ye, so selamat dipakai. Formulation utk semua jenis kulit, sesuai untuk wanita, nak bagi lelaki pakai pun boleh, ibu yg tgh pregnant selamat dipakai, dan remaja pun sesuai pakai. 

Ok ni details yang lain boleh korang refer dan baca-baca kalau was-was. 

-Bebas daripada bahan kimia
-tidak memedihkan kulit
-mempunyai KKM & GMP
-Sesuai untuk semua jenis kulit

set ini juga dapat membantu anda supaya:
Heavy check mark kulit muka jadi glowing

Heavy check mark hilangkan jerawat
Heavy check mark blackhead/whitehead
Heavy check mark Pori-pori terbuka
Heavy check mark Pigmentasi
Heavy check mark Mencerahkan kulit muka 
Heavy check mark Meratakan tona kulit muka
Heavy check mark Mengurangkan kedutan
Heavy check mark Membuang sel kulit mati
Heavy check mark jeragat
Heavy check mark melembapkan kulit muka
Heavy check mark sunburn
Heavy check mark parut jerawat 

Kalau nak beli, beli dekat sini tauu, sbb aku pun beli dkt sini. hehe

Follow Instagram:  @allurebeauty_official
Facebook :  AllureBeauty
atau whatsapp je number ni :0172364209



Selamat menjadi cantik!! ehek ehek!
Aku share jee ape yg aku rasa sesuai dan berkesan. hehe sebab tgk ramai jugak customer dia bagi
feedback bagus-bagus. Why not u try kan?

tata!